Friday 29 July 2011

Sahabat

semalam kat opiz ada buat majlis.. majlis 3 in 1.. 1--> majlis bacaan yasin & tahlil, 2--> majlis sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan pastu 3--> majlis perpisahan untuk kak B a.k.a Bi Adibah n budak praktikal Aizuddin.. so dalam majlis ni ofcoz la ada banyak makanan.. hehe.. (aku memang suka bab makan ni)..

bermula la majlis pada jam 3 petang.. mula ngan baca yasin pastu tahlil n tazkirah pendek sket.. dekat 4.30 baru start makan.. dalam ramai2 menuju ke meja juadah tu aku zup zapp potong Q dorang sambil jerit - tepi3, boss dulu.. bos dulu.. sambil mengangkat mangkuk tinggi2 di celahan orang tu.. hehe.. lau aku x buat cenggitu kompem la x dpt cepat n sian lak bos aku x makan sekali ngan peawai atasan.. aku punye makanan belakang kira, yg penting bos dapat dulu.. (camni la tugas aku tiap kali ada majlis makan2) terpaksa tebalkan muka 14 inci.. muahahaha.. nanti orang cop staff x buat keje plaks..

by the way, aku nk selitkan sikit kat sini.. semalam aku dapat sijil anugerah PEKERJA CONTOH daripada hq.. yang sukanya aku sorang je yang dapat kat opiz aku ni.. alhamdulillah, dah rezeki aku.. xnak story lebih nanti aku masukkan dalam entry baru ye.. tungguuuu...

sekitar majlis semalam


majlis dikepalai oleh ustaz  nik, pegawai undang2 syariah kat opiz aku.. ustaz ni baru je lagi keje sini, staff pon ramai lagi yang x kenal.. majlis berlangsung di ruang legar opiz..


ni port kami makan.. ni sume akak2 n abang opiz.. bab bergambar camni la kami.. haha


tengah - orang yang diraikan


kenangan - meja kak B dulu


aku pon menyelit jugaks nak gambar


gambar last sebelom balik.. cuba korang tengok masa kat sudut gambar tuh, nak masuk maghrib baru kami balik.. angkut kak B balik umah aku dulu sebab asben dia sangkut kat jem.. kan bola malaysia lwn singapore malam tadi..

p/s: w/pon seri 1-1 n kalah pada agreget 4-6, aku puas ati tengok malaysia main.. kita kalah bermaruah, n 100% local player.. singapore tu banyak drama depan gol kita, dah la pemain import ramai.. benci c cina gemuk tuh!!!


Tuesday 26 July 2011

Henpon

keperluan atau kemahuan atau kemampuan

aku pilih A.. dan2 je A, mane aku dapat A pon xtau.. hehe..

aku pakai henpon sebab tuntutan/keperluan idop semasa..

memandangkan sekarang ni henpon aku banyak buat masalah, so aku tengah ushar2 henpon baru.. henpon aku ni xde la dah lama sangat pakai, dah dua tahun lebih baru je pon.. dua tahun tu x lama kan baru je lagi.. fizikal dia elok jer ni ha.. dulu sebab henpon aku hang 3 hari tula aku pakai henpon sekarang ni.. (keperluan)

..henpon aku buat masa ni..

dulu tengok orang pakai touch aku pon sibuk nak touch jugaks.. (kemahuan) .. nah sekarang padan ngan muka aku, nak touch pon kadang sampai tiga empat kali touch baru sensor dia jadi.. paling lama lau bergayut pon 15 minit je pastu connection error.. yang ni aku x tau masalah henpon atau masalah network.. tapi yang pasti bebudak umah yang guna celcom okeh aje.. masalah henpon la tu, nak mintak baru.. kadang bila incoming call pon x dengar.. malu tol aku bila bos tepon aku terpaksa cakap -" helo3, helo.. x dengar la puan, call balik" - tup aku letak.. lau bos aku x return kol terpaksa la aku yang menelepon dia..

sekarang ni kena hold dulu pasal henpon, selagi boleh guna aku akan guna dulu.. sekarang ni duit gaji nak guna untuk komitmen yang betol2 penting jer.. banyak berhabes kat kereta je wet aku sekarang ni.. (keperluan) tengah bulan ni nak kena major servis lagi, sib baik tunggakan aku dari bulan 1 dah masuk semalam.. lega 1 part tu dah lepas.. tp nak beli kueh raya, kerepek nanti guna banyak jugaks wet.. dah la aku balik last minit x sempat nak buat kueh, so dapat kueh tunjuk2 dua tige jenis dah cukup la.. nak arapkan buat kueh aku je yang bujang kat umah.. mak aku sah2 buah kerepek bawang ngan kueh siput je, yang tu memang kueh wajib umah aku.. hehe.. 

tapi aku berkenan henpon yang satu ini..

..henpon idaman aku - blackberry torch..

cantik kan.. tapi regenya pon memang cantikkk habes wa cakap sama lu.. (kemampuan).tu la ingat lau ade wet lebih nak cari henpon baru sangat2 tapi kali ni xnak yang touch dah.. xmo dah, buat sakit ati je.. dah serik daaa.. dah la sensitip, balik kampung dibalingnya dek anak buah xke nages aku nanti.. huhu haru..

yang paling pasti aku boleh idop tanpa henpon.. oyeah, suker sangat2!! aku pakai henpon pon sebab ada keperluan.. xde guna henpon ni buat dajal kat orang.. selagi boleh bercakap n mesej dah cukup dah.. tapi bonus lau ada wifi n 3G.. bosan2 3G nengok karenah anak2 buah.. wifi kadang aku guna kat servis centre je, bosan duk tunggu kete diservis aku on9 la..hihi.. (keperluan)

bagi aku sekali aku dah beli sesuatu barang tu, aku akan jaga dia leklok sampai dah tahap xleh berfungsi baru lupuskan.. hoho.. aku tengok kengkawan baling henpon selamber je bila gaduh ngan pakwe dorang.. dorang x sayang ke?? pastu tukar baru, n tukar lagi n lagi.. senang betol dorang ni.. sanggup x makan sebab nak tukar henpon.. lau aku?? sori la aku cakap, aku sanggup makan daripada membeli barang yg xde keperluan penting.. pasal tu la wet aku banyak abes kat makan jer.. tettt, kantoi!!! (kemahuan/kemampuan)

p/s: x payah la nak tunjuk2 henpon canggih korang kat aku, aku x amek pusing.. guna henpon untuk kebaikan, jangan gatal tangan nak buat dajal kat orang lain.. n lau guna henpon canggih, pastikan kredit sentiasa ada.. 

xde ke orang nak kasi befday aku henpon idaman tu.. (sangat2 kemahuan) v(^_^)v


Sunday 24 July 2011

Dah Nak Puasa

kejap je tahun 2011 ni berlalu.. tup2 dah nak puasa dah.. pas puasa pastu raya pulaks.. x lama pas raya dah masuk ujung tahun daaa..

puasa tahun ni macam tahun lepas2 jugaks.. aku sorang2 jer.. esok last aku puasa ganti.. pastu senin depan dah masuk 1 Ramadan.. sunyi puasa kat sini, kalau kat kampung macam2 ada.. berbuka ngan femli lg uiiii syoknya..

cuti raya?? aku balik last minit raya tahun ni, confirm jalan jammed giler.. ingat nak cuti 25 tu tapi dah kena beku plak dah.. eeeiii, geram!!! padahal bos aku dah luluskan cuti aku tapi dia tarik balik.. ni gara2 audit datang la tarikh tu..

sekarang ni masalahnye aku kena drive balik Terengganu sesorang.. korang bayangkan bape jam nak sampai kampung kalo orang sume pakat balik raya.. adoyaiii... xde sesape ke nak temankan aku a.k.a jadi drebar kedua..


kasihanilah aku..


Budak Kiut


haaa, comel tak anak buah aku ni.. namanya Nor Eishal Adawiyah, umo x sampai dua tahun lagi.. semalam akak aku bagi mms ni kat aku.. katenye nak suh mok su belikan eishal tudung baru..

motip? lau x dapat tudung baru nak suh aku kasi wet raya lebih la tu..

Friday 22 July 2011

Pesta Durian

seblom aku cite panjang bagi aku gelak panjang dulu.. hahahahahahahahahaaa.. the best part lunch tadi..
 PESTA DOYAN.. huhu..

lunch tadi kami kami ke section 7 shah alam (tapak pasar mlm).. pasar malam ari rabu kat citu.. ala dekat pintu belakang uitm shah alam, n belakang i-city jugaks pon.. senang je nk cari, nampak tepi jalan banyak doyan tula tempat dia.. aku jamu korang ngan menu lunch kami tengahari tadi.. maklumlah ari jumaat rehat panjang, merewang la jawabnye.. keh3..

..catat rekod aku makan doyan tadi..

 ..rombongan cik kiah kami..

 ..makan doyan sampai lebam..

..inilah menu utama kami hari ini..

 ..tahun ni aku agak x jumpa doyan lagi sebab tu la tadi pulun  habes2..

 ..muka2 surrender..

 ..lama jugaks kami berpesta doyan tadi, memang puas hati sesangat..

 ..dah siap makan tapi x habes pon huhu..

 ..sesi tapau menapau bermula, yang dah dikopek kami bawak balik opiz..

..muka nak balik dah, dah rupa muka doyan dah..hahaha..

kami kembali ke opiz dengan badan kepanasan ngan mata kuyu.. jap lagi kul 3 ade ceramah pulaks.. tido ler jawabnyer..huhu


Annissa - Slot Samarinda TV3

x sangka lak malam tadi dah episod last annissa.. tup2 kua perkataan TAMAT bila abes cite.. ingatkan minggu depan minggu last.. iskkk, x aci betol la.. nape tv3 x gtau malam tadi last.. at least kalo aku tau episod last xde la aku gatal tangan asik duk tukar channel lain.. haishhh, gatal betol tangan aku.. balik nanti kena sorokkan remote control tu..

awal2 dulu aku x tengok cite ni bila dah sampai tengah n orang asik duk bercerita best baru la aku follow.. rupanya memang best siot, rugi tol aku.. w/pon x tau banyak awal2 dulu tp aku sempat search...hehehe.. meh sini aku nak story kat korang..


sinopsis Annissa

Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


tapi aku suka la ending dia, sedih pon ada sebab Balkis meninggal pastu Shila lak gila.. tp Anna akhirnya dapat terima Haikal (anak Balkis ngan Farid), yela budak kecik tu dah xde sape2 dah kan.. sian lak mak bapak dah xde.. tapi perasan x scene last sekali yang mana Anna muntah2.. apakah maknanya tu.. hehehe..

Thursday 21 July 2011

ME and MY BOSS

When I Take a long time to finish,
I am slow,

When my boss takes a long time,
he is thorough



When I don't do it, I am lazy,
When my boss does not do it,

he is busy,



When I do something without being told,
I am trying to
be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,



When I please my boss, I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,



When I make a mistake,
I' am an idiot.

When my boss makes a mistake,

He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.

When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.

When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an
interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good
,
my boss never remembers,
When I do wrong,

He never forgets



what to do?????????????

p/s : the bo$$ alway$ right...

Fire Alarm Bergema Lagi

ini cerita hari ini 21.7.2011..



kejap tadi jam 1:40 tengahari sedang aku asyik melayan FB, alarm bergema lagi.. deringan pertama, panjang bunyinya.. tapi aku buat donno je, tengah syok layan FB ko tau.. pastu alarm kedua berbunyi, semua dah menjenguk dari bilik memasing.. yang tengah tido pon sepet2 mata keluar dari surau.. mau taknye, masa rehat ramai yang la check-in.. kenapa?? ape dah jadi??? dan2 je dengar suara guard suh kami sume turun bawah bangunan.. bila dah bunyi alarm ketiga, pecut la aku turun bawak handbag.. lif dah stop, berebut2 aku turun tangga.. sib baik opiz aku tingkat empat je, semput sikit je..

sampai bawah tengok dah ramai berkumpul.. masa ni la sume busybody nak tanya kenapa alarm berbunyi.. yang x kenal pon leh kecoh bercerita..

rupanya bilik server tingkat 9 terbakor katenye.. aihh, semalam bilik server opiz aku pon terbakor sampai hangit semerbak 1 opiz tp xde bunyi alarm pon.. kami2 je yg kecoh kot2 opiz tutup, so dapat kami balik.. keh3..

kul 2:15 dah bleh naik opiz, keje cam biasa.. berkecai harapan aku nak balik tido.. huhu..


Kembali Bernafas

KEPUTUSAN.. kadang ia muncul di permulaan n kadang juga di penghujung.. kadangkala keadaan yang memaksa kita untuk membuat sesuatu keputusan.. betul atau tidak semua adalah keputusan yang telah dibuat.. sebagai makhluk ciptaan Ilahi, kita perlu pikir setiap baik buruk untuk keputusan yang akan dibuat.. setiap keputusan boleh membawa kepada kebaikan namun ia juga punca kemusnahan.. tapi setelah keputusan telah dicapai, ia tidak bolah digugat lagi kerana KEPUTUSAN tetap KEPUTUSAN..

MANUSIA.. nampak sama tapi tak serupa.. nampak baik tapi sebaliknya.. ada akal fikiran tapi tidak tahu menggunakan anugerah yang satu itu sebaik mungkin.. ada kekuatan tapi selalu menindas golongan yang lemah.. golongan yang lemah hanya mampu bersabar di atas setiap apa yang terjadi.. nasib dan takdir adalah ketentuan yang Maha Esa.. namun yang pasti, manusia yang terbaik mampu membuat keputusan ke arah kebaikan semua pihak.. ini namanya manusia sejati..

MEMAAFKAN.. memang memaafkan itu indah.. memaafi seseorang membuatkan jiwa kita merasa tenang.. jauh di sudut hati, sukarnya untuk mengungkap kata2 maaf.. belajarlah untuk memaafkan seseorang, tiada ketenangan yang akan kita dapat daripada memaafkan seseorang itu.. kita adalah manusia biasa, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan..

PELUANG.. ia bukan senantiasa muncul di depan mata.. selagi peluang terbentang di depan mata, haruslah kita merebut ia.. jangan sia2kan peluang yang ada.. demi kebahagiaan semua, hargailah peluang itu dengan menggunakan ianya sebaik mungkin.. hargailah peluang kedua sebaik mungkin kerana sukarnya untuk mendapat peluang ketiga..


############


ntah la tetibe je ayat2 kat atas tu muncul di pikiran aku ni.. mungkin terlampau banyak masalah kot.. hehehe..(jiwa kacau dowh).. tapi sejenak aku berfikir aku scan balik setiap kejadian yang terjadi, aku jadi sayu.. kenapa sukarnya aku untuk memaafkan seseorang.. mungkin aku ni jenis yang x suka gaduh2 kot n mungkin aku ni susah nak terasa hati ngan orang sekeliling.. barangkalinya mungkin jugaks.. so sekarang ni aku dah tekad dengan keputusan yang satu ni..

"aku, nor suhaida mohd hanafiah sedia memaafkan kamu n sanggup memberikan peluang kedua ke atas diri kamu untuk membetulkan kesilapan yang lalu.. mohon maaf sekiranya selama ini aku menghukum perasaan kamu, sudikah kamu jadi sahabatku kembali macam dulu2?? aku harap kamu jangan lagi membuat keputusan melulu okeh"

sememangnya aku rasa lega sekarang ni, aku boleh bernafas seperti sediakala.. terima kasih kehadrat Ilahi kerana telah memberi keinsafan n kesedaran di atas setiap tindak tanduk aku lepas.. aku tahu inilah hikmah disebalik kejadian dulu, daripadaMu ku datang dan kepadaMu lah aku pergi..



p/s : tiada ketenangan yang kita dapat melainkan memaafkan dan memberi peluang kedua kepada seseorang..


Tuesday 19 July 2011

New Life Begin

meh sini sume rapat2.. ade story aku nk mory..



mulai detik ini, saat ini, jam ini plus tarikh ini aku nak gtau korang sume yang belog aku ni dah tukor nama di ats sebab2 yg tertentu.. bukan ashew cukibuk c last bongsu lagi dah tapi c last bongsu sekarang ni..

harap korang dapat terima perubahan yang baru ini..

sekian, mekaseh..

Pokok - Hazama ft MUH

Juara Akademi Fantasia 9



Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok




part paling besh - tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan, tersentuh hati mula luruh


Aku Permata - Salma

juara mentor musim 5


Aku Permata

 
Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmat sebaliknya
Ku beranikan diri menentang arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Korus

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggalah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bagkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar  (x2)



part paling besh - walau tiada tangan menghulur, ku kan tetap berdiri teguh ku bangkit semula

Monday 18 July 2011

Sedihnya..

dalam diam air mata aku menitik jua pagi tadi tatkala menerima berita yang satu itu.. mengapa nasibku selalu saja sebegini lewat kebelakangan ni?? apa saya yang harus aku buat untuk mengubat hati yang amat pedih dan perit ini.. terasa seperti luka tergores yang disimbahi dengan cuka.. bagaimana nak aku khabarkan pada keluarga tersayang.. lalu aku terdengar satu bisikan halus di telinga - sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ni..

namun hati aku meronta ronta mahu mengatakan sesuatu - mak, cuti orang dibekukan.. xleh nak balik raya awal..

pasti berjuraian air mata aku keguguran.. sentap hati ini tiap kali bersembang dengan mak.. aku dah plan awal2 nak balik raya sebab nak elakkan jem, dah la aku balik drive sesorang.. nak kemas umah lagi, xkan mak aku nak kena buat sendiri.. kueh raya pon aku dh tempah sejenis dua nak bawak balik.. kalau aku balik pas sahur, lom tentu aku berbuka kat umah kalau jalan jem.. lalu aiwey karak lagi..

nape la audit ni nak datang time raya, postpone la lepas raya.. w/pon korang xnk raya tp aku nak raya.. umah korang dekat xpe, pastu memasing siap ade drebar lagi.. lau aku ni sah2 umah jauh, drebar arapkan diri sendiri aje..

aku perlu jumpa seseorang untuk meluahkan perasaan yg terbuku di dada.. selagi aku x meluahkan masalah hati ni xkn lega..


tolong la bagi aku cuti awal


Friday 15 July 2011

Family Day

weekend lepas opiz aku ada buat family day kat Taman Pertanian Negara a.k.a Bukit Cerakah Shah Alam yang terletak kat seksyen 8 Shah Alam.. kalau dari pusat bandar dalam 5 minit dah sampai pon.. kitorang buat pada ari ahad 10.7.2011.. tema dia kaler merah itam.. pasal nak ikot tema aku sampai ke uptown Danau Kota mencari tshirt merah.. haha dapat jugaks yang gambar angry bird sorang satu.. like..

baru hari ni aku boleh kongsi gambar ngan korang sume.. setelah penat lelah mengumpul dari kamera2 yang ade pada hari kejadian.. keh3..

syok gile, ilang stress keje.. nah, aku jamu korang ngan pic femly day opiz aku..



sampai2 je aku dah terpacak tepi kolam.. hehe.. ingatkan nak mandi sebab berpeluh2 angkut barang dari opiz bawak datang cni pagi2 buta ni.. tp rilex dulu, acara lom bermula.. dah la aku ni ajk, kena buat keje maa..


kak B amek ati aku nak suh bt keje.. (tipu je) aku ni ajk hadiah je pon, xyah nak lebey2 oke..

kami start acara dengan makan dulu.. hehe.. memasing dah lapar angkut barang.. nak2 dengan makanan yang banyak ni memang x tahan la memasing duk nengok.. dalam susun2 makanan tu pon aku sempat cekau seketul dua makan.. hahaha... syyhhhh...



banyak kan makanan.. kami buat ala potluck.. dah kumpul sume memang bayak sangat.. sumpah aku x tipu..




BBQ pon ade.. ada ayam, kerang, udang, ikan n sosej..


 ni ha aku, seblom makan sempat lagi pose.. alang2 dorang panggil so aku join skali la. hehe..




nape aku duk depan?? aku ni ala2 cikgu la, duk ngajar dorang poco2 ngan ciken dance.. cikgu x bertauliah je.. hehe.. semput tp enjoy.. lau ada pentas sah2 aku duk kat atas pentas ni..


pas penat senam pagi kami gambar lagi.. huhu.. pompuan.. memang camni lau nampak camera.. yang bawak partner terus tolak tepi nak gambar.. hehe.. aku bawak kawan je buat teman, my baby besor aku xleh join ade keje..

 

ni c layla iman, anak hawa.. juara mumia kembali.. mumia renek yg comel.. masa ni dia kencing lau nak tahu.. pas siap ni terus lap kencing ngan tisu buat balut tu.. lawak tol iman ni..


 cari aku mana.. ade tu ha, dikerumuni ngan budak2.. aku jadi juri time budak main je, time dewasa main aku pass tugas tu kat orang lain.. aku pon nak main la jugaks.. bukan salu ade peluang camni tau..


 cari gula2 dalam tepung


tiup belon sampai pecah


oke, gambar ni pas abes game budak2.. seblom game dewasa start..


tau ni game ape?? game semakin hari semakin sayang.. baling telor mentah, tengok sape leh tahan lama n paling jauh dapat baling n sambut dengan selamat.. sebab game ni gak big boss aku tanya -

"asben u keje mane su"
"tu asben orang lain la datuk, saya pinjam je tu"

terkulat2 aku jawab.. kena jujur oke.. aku mane la kawen lagi.. dorang kat opiz gelakkan aje, mau taknya aritu aku cuti sampai 3 minggu... tu pasal kot ingat aku dah kawen.. lawak2..


isi air lam botol.. grup aku menang.. aku, sya, zura ngan maya.. congrats babeh..


seblom game belon di kaki.. kecoh betol main, siap ada aksi akrobatik lagi ko tau.. aku kena jaga air muka orang so aku xleh upload video tu.. haha..

banyak jugaks la game yang kami buat.. gula2 dalam tepung, isi air lam botol, bola dlm sudu, gorila, belok di kaki, semakin hari semakin sayang, music chair, karoke..

aku menang gula2 dalam tepung, isi air dalam botol ngan bola dalam sudu je.. sebagai ajk bahagian adiah, bila game aku menang aku amek sendiri atas pentas alang2 tengah hulur2 adiah kat pemenang.. hehehehehehe...


muka penat, dah abes main.. nak balik dah.. tapi kena singgah opiz dulu hantar barang.. memang penat.. balik umha terus terbungkam.. wahaaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...