Friday 22 July 2011

Annissa - Slot Samarinda TV3

x sangka lak malam tadi dah episod last annissa.. tup2 kua perkataan TAMAT bila abes cite.. ingatkan minggu depan minggu last.. iskkk, x aci betol la.. nape tv3 x gtau malam tadi last.. at least kalo aku tau episod last xde la aku gatal tangan asik duk tukar channel lain.. haishhh, gatal betol tangan aku.. balik nanti kena sorokkan remote control tu..

awal2 dulu aku x tengok cite ni bila dah sampai tengah n orang asik duk bercerita best baru la aku follow.. rupanya memang best siot, rugi tol aku.. w/pon x tau banyak awal2 dulu tp aku sempat search...hehehe.. meh sini aku nak story kat korang..


sinopsis Annissa

Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


tapi aku suka la ending dia, sedih pon ada sebab Balkis meninggal pastu Shila lak gila.. tp Anna akhirnya dapat terima Haikal (anak Balkis ngan Farid), yela budak kecik tu dah xde sape2 dah kan.. sian lak mak bapak dah xde.. tapi perasan x scene last sekali yang mana Anna muntah2.. apakah maknanya tu.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...