Wednesday 25 September 2013

Makan Durian Di Tengah Malam

kejadian hujung minggu lepas baru nak kongsikan bersama.. huhu

Mashu bersama budak budak PPOC makan durian..


mula mula g Kelana Jaya kononnya makan sampai lebam la.. tapi bila kami 7 kereta sampai sana tengok sume dah tutup kedai.. durian dah abes daaa.. *kecewa

sebab dah keluar ramai ramai ni terpaksa la cari plan B plak.. tup tup buat keputusan makan durian yang dekat tapak pasar malam Seksyen 7 Shah Alam tu je.. tempat yang sama Mashu pergi dengan budak budak opiz dulu.. KLIK SINI

korang bayangkan pukul doblas baru start makan, pukul dua masih kat sini lagi.. balik rumah tu pukul 3 takleh tido lagi sebab panas.. haha.. nasib baik esoknya tak kerja

p/s: seronok makan ramai ramai macam ni


Wednesday 18 September 2013

Sila Hormat Orang Lain

Dear all, please respects others.. full stop!!!

hari ni pagi pagi Mashu hangin satu badan.. pagi pagi dah berhadapan dengan manusia yang tak reti nak hormat orang lain..

PERTAMA. masa nak pergi kerja.. ada la seorang "PEMANDU BERHEMAH" tu keluar susur dengan lajunya.. dah la keluar macam harem, dengan tak bagi signalnya lagi.. nyaris nyaris terhimpit Mashu.. Mengucap panjang..

KEDUA. dalam kawasan office.. nak masuk petak parking.. Mashu Q no. 2, bagi signal duk tepi sementara kereta depan tu masuk parking betul betul.. lepas turn dia turn Mashu la pulak kan.. memang tiap hari parking reverse sebab petang senang nak keluar.. dengan signal tadi yang masih menyala Mashu tekal minyak sikit demi sedikit.. dan dan pulak masa tu ada la "PEMANDU YANG SABAR" potong dari belah kanan nyaris nyaris nak berdentum dengan Mashu.. entah dari mana datang pun tak tau tiba tiba berdesup je.. Mengucap panjang..

KETIGA. dalam lif.. pagi ni naik lif kat LG sebab badan tak berapa sihat lagi nak panjat tangga ke lif G.. segerombolan manusia masuk.. lif penuh.. staff ada 3 orang je, selebihnya visitor luar.. ada sorang "MANUSIA BERADAB" bercekak pinggan secara tiba tiba.. nyaris siku dia nak cium hidung Mashu.. Mashu elak.. lif berenti level G.. "MANUSIA BERADAB" ni undur ke belakang dan dushhh siku dia terus cium hidung Mashu yang tersepit di celah orang ramai.. apa lagi, satu lif la dengar suara Mashu ni.. dah tahu dia tinggi takyah la bercekak pinggan bagai kat ruang sempit tu.. hangin satu badan.. hilang sabar..

sekali dua Mashu boleh sabar tapi kali ketiga tu memang meletup la.. Mashu ni manusia jugak, ada had sabarnya.. takkan la sewenang wenangnya nak biarkan kita dibuli..

so moral of the story ni SILALAH HORMAT KEPADA ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU JIKA NAK ORANG LAIN HORMAT KEPADA KITA.. tak kira la orang tu berpangkat ke, orang biasa ke.. sila la peka dengan keadaan sekeliling walau berada di mana sekalipun.. SEKIAN.

p/s: orang besar perlu bersekolah balik lebih dari budak kecil bersekolah..


Wednesday 4 September 2013

Candle Light Dinner Lauk Terung Masak Lemak Putih

cewahhh mentang mentang la baru kawen entry konon konon romantik giler la tu kan.. haha..*gelak panjang*

semalam baru je masakkan lauk baru (1st trial) tau.. menu terung masak lemak putih untuk suami..

mood jiwang jiwang sebab kul 7 dah siap masak & mandi.. sambil tunggu Sidia balik keje sempat layan "Cinta Jannah" jap.. salu skip tengok sebab tengah masak.. haha

so hidang la atas meja cantik cantik.. Sejak duduk berdua ni tiap hari kena masak.. Sidia taknak makan luar.. T___T sOb..sOb..

okay, kul 7.30 Sidia dah balik.. aik, awal balik hari ni.. Sidia cakap nak rehat dulu sebelum makan, penat panjat tangga.. rumah kami takde lif, tiap hari exercise menapak ke tingkat 5 tu.. sampai atas je longgar sume skru.. haha

masa rehat anak buah Mashu call, sembang dulu dengan kakak yang pelat tu.. pastu jenguk ladang "Dragon Story" dulu and kul 8.30 baru start makan.. dah makan separuh tetibe dunia gelap gelita.. adoyaii, blackout!!! jenguk kat tingkap keadaan sekeliling gelap, sah blackout.. meraba raba cari lilin pakai handphone..

tu la jadinya 1st Candle Light Dinner kami pas kawen ni, lauk terung dengan ikan goreng lak tu.. haha.. tergelak bila ingat balik..

so meh aku share kat sini kot kot la ada yang nak buat candle light dinner lauk orang Terengganu macam Mashu ni


TERUNG MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:
- Terung
- Santan
- Bawang merah
- Ikan Bilis (Mashu guna ikan masin sbb bilis xde)
- Cili (Mashu guna cili padi sbb cili merah xde)
- Lada hitam
- Garam
- Gula

Cara-cara:
- Panaskan santan, bawang merah & ikan masin dalam periuk.. Guna api perlahan je..
- Bila dah menggelegak/mendidih masukkan terung..
- Agak agak terung dah lembut boleh masukkan lada hitam, cili, garam & gula..
- Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit.. 
- Kalau rasa dah secukup rasa boleh tutup api dan hidang..
- Siappp.. so simple kan..

p/s: selamat menjamu selera & candle light dinner ye.. haha.. makan panas panas sedap tu, siap tambah nasi...


Selamat Hari Lahir

tepat jam 12.00 malam 30hb Ogos.. 
entry terlewat oopss

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamuu..
Allah Selamatkan Abang Dunia Akhirat...
Allah Selamatkan Kamuuuu...

sekadar nyanyian dapat Mashu sampaikan buat suami tercinta.. nak keluar beli kek takde masa nak cilok pergi beli.. kalau lambat sikit report dah sampai rumah balik keje pon dapat call bertubi tubi tanya katne.. so cane kan.. hadiah tu pon singgah beli masa balik meeting kat Putrajaya seminggu sebelum tu..

cakap pasal hadiah ni pening jugak nak pikir.. google punya google sume barang Sidia dah ada, kecewa.. Wallet.. belt.. perfume.. sume barang hantaran kawen hari tu tak pakai lagi.. kalau beli lain kan membazir.. perfume je pon dah ada 4 botol dik non uii..

at least Mashu grab je pape yang dapat.. dapat la tabung bear yang comel siap ada tulisan "I LOVE YOU".. hope dapat gantikan tabung Sidia yang kecik comel tu.. haha.. I hope so la..

tak lupa juga, kad ucapan Mashu buat sendiri tau.. dengan ucapan tulus ikhlas.. cewahhh macam ucapan kad raya je lak kan.. haha



malam tu bagi kiss & nyanyikan je la.. pepagi esok Mashu tinggalkan bungkusan hadiah atas meja, bangun tido mesti nampak punya.. kad tu letak dalam kereta, biar Sidia suprised sikit masa buka pintu kereta nak gi kerja.. huhu *taktik menjadi tau*

weekend tu baru la shopping sesame belikan 2 pasang kemeja dengan seluar kerja.. nak beli buat hadiah takot tak muat kan, w/pon saiz sama nak gak test pakai dulu..

p/s: 31 Ogos 2013 tu kami tengok bunga api kat Putrajaya.. kononnya romantik la sikit kan tengok berdua warna warni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...