Friday 30 March 2012

Liyana Jasmay - Cinta Bersatu

mood melayan lagu2 bahagia sambil melihat2 gambar pertunangan Liyana Jasmay.. ohh, budak comel ni dah nak kawen tahun depan.. mesti Liyana ni manja kan?? lagu2 dia manja2.. hehe..


dedulu masa kecik2, selekeh je budak ni berlakon.. tapi bile dah besar ni comel la pulak :D


ni la jiran a.k.a. tunang dia..


CINTA BERSATU

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

p/s: selalunya artis kita tak kawen usia muda kan.. tapi pape pon tahniah Liyana, jodohmu sampai awal.. huhu

Wednesday 28 March 2012

Jimmy Palikat - Anak Kampung (Versi Melayu)

wah pemes betoi lagu ni kan sekarang.. pas Raja Lawak 6 meletup abes..

aku pon baru je tahu.. tu pon tengok Raja Lawak 6 Final je, yang episod dedulu tak tengok sebab takde astro warna kat umah.. hehe

jom jamu telinga dengan lagu yang dipemeskan oleh kumpulan Zero ni.. pape pon tahniah buat kumpulan Shiro yang menjadi juara dan kumpulan Zero yang naik juara pada malam tersebut..


ANAK KAMPUNG (Versi Melayu)

memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa
yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan
dan tidak sepadan

aku nak kampung
tiada pelajaran
kuli kuli sahaja
memang tidak pandan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda
lagi orang kaya

tiada keretaku
bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada
ada pun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar
berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak
suka sama kamu
tapi aku takut 
hidup kau kan senggara
kerna aku cinta
aku lepaskan kau
sama orang lain

engkau masih muda
cantik lagi menawan
janganlah kau cari
lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal 
tiada guna
*********


p/s: happening giler bile dengo lagu ni kan, hilang ingatan terus pada benda lain.. haha







Monday 26 March 2012

Hati.. Kalau Sudah Berkata-Kata

macam ni la kalau hati sudah mula berkata-kata..

begins..

Hadirnya awak dalam hidup saya tanpa dipinta. Setelah empat tahun terbiasa hidup sendirian akhirnya awak muncul dalam hidup ini. Dimulakan dengan ikatan persahabatan dan semakin hari semakin bercambah menjadi semakin sayang.

Bermulalah titik kehidupan sebagai ‘saya’ dan ‘awak’ kini bertukar kepada ‘cayang’ dan ‘sayang’. Semakin hari membuatkan kita dapat merasai kebahagiaan yang terjalin antara satu sama lain. Merasakan diri ini saling diperlukan untuk melengkapi hari-hari mendatang.

Pernah dulu hubungan kita makin ke penghujung sehinggakan saya tidak boleh menerima lagi kehadiran awak di dalam kehidupan seharian saya. Terus terang saya akui ‘masa’ itulah merupakan masa yang paling merudumkan jiwa. Sampai hati awak memperlakukan saya sehingga ke tahap itu.

Namun, itulah kenyataan yang harus saya hadapi untuk meneruskan perjalanan hidup yang berliku. Saya rela ‘melepaskan’ awak untuk terus berjuang dalam hidup. Mungkin ‘penghalang’ itu adalah demi kebaikan saya dan diri awak sendiri. Sebelum semuanya semakin parah, saya rela untuk undur diri dan biar masa yang menentukan segala-galanya buat kita.

Saya tidak tahu kenapa kita serasi bersama, dan mengapa amat senang untuk saya menerima kehadiran awak dalam hidup saya padahal sebelum itu ada yang cuba mendampingi saya tetapi hati ini sering menidakkan. A***g, F***i, F***e, S****e, E*o mahupun S****i, semuanya tidak dapat menembusi hati ini. Semuanya tidak lebih daripada menjadi seorang rakan.

Mungkin itulah yang dinamakan jodoh kan, akhirnya saya memilih awak. Hanya awak dan selamanya tetap awak yang bertakhta di hati ini. Susah senang kita telah lalui bersama. Saya bantu awak semasa dalam kesusahan dan awak juga sebaliknya, tolong saya saat saya teramat perlukan bantuan.

Mungkin awak selalu bising kenapa saya tak macam perempuan lain dan tak macam ‘kawan-kawan perempuan’ awak yang sebelum ni. Soalan yang selalu keluar dari mulut awak – “kenapa awak garang sangat? Kenapa awak tak tanya lebih-lebih? Kenapa cara awak berfikir tak sama dengan orang lain? Kenapa itu dan kenapa ini. Semuanya dimulakan dengan kenapa, kenapa awak?”

Bukan bermakna saya tidak ambil kisah dengan kehidupan awak dengan tidak bertanya kenapa itu dan kenapa ini tetapi saya rasa semua tu adalah hak peribadi awak dan tak perlulah saya muncul 100% dalam kehidupan awak. Saya percaya awak juga memerlukan masa untuk diri sendiri. Yang penting saya percayakan awak dan awak perlu semat kukuh rasa kepercayaan saya tu. Hanya itu yang saya pinta dari awak. Ibarat TRUST IS LIKE A PAPER, ONCE ITS CRUMPLED IT CAN’T BE PERFECT AGAIN.

Dari saat awak jumpa keluarga saya dan saya jumpa keluarga awak, saya dapat rasakan keikhlasan yang terjalin antara kita. Hubungan kita bukan dipaksa-paksa. Walaupun terdapat tentangan hebat dari sesetengah pihak untuk memisahkan kita, namun kita masih bertahan sehingga kini. Moga dikuatkan jodoh kita untuk menjadi yang halal pada masa akan datang.

Terima kasih Sayang kerana sudi terima saya seadanya dan buat saya rasa bahagia. Saya cintakan awak macam omputeh salu cakap tu – “I LOVE YOU” *hugs + kiss*

sekian, TQ..


p/s: mungkin entry kali ini agak jiwang sedikit.. bukan2, sesangat la jiwang abes.. huhu

Sunday 25 March 2012

Yang-Ke-Lima-Belas

yang ke-lima-belas??

apa yang ke-15 tu??

taraaaa... ni ha yang ke lima belasnye..


 hai moksu, bambam tak saya?? saya lahir pada 25 Mac 2012 jam 9.17 pagi..

alololooo, geram sangat nak gomol2 baby ni ha..

p/s: sabo deh, ujung bulan mei ni moksu balik.. dua bulan je lagi..

Saturday 24 March 2012

Jenjalan Di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jln TAR)

dah lama aku tak jejak kaki ke Jalan Tuanku Abdul Rahman atau nama pemesnya adalah Jalan TAR..

yang syoknya jalan2 kat sana pada ari Sabtu (ari ni la) sebab ada pasar malam.. hehe..

1st tu aku nak gtau best tol la merempit tadi.. perghhhhhhh, dah lama aku tak merempit macam tu.. hehe.. teringat lak zaman dedulu.. aku bukan merempit sampai ke Jln TAR tu, tapi merempit ke stesen komuter aje.. merasa la naik komuter setelah hampir dua tahun tak jejak kaki ke situ..

dari Shah Alam aku amek tren ke KL Sentral tukar LRT n turun kat Masjid Jamek..

total tambang RM2.50 + RM 1.30 untuk sehala perjalanan..

aku tak tau pulak yang LRT dah tak guna tiket kertas 2 sekarang ni, tapi guna token.. masa nak masuk tu aku cari la lubang nak masukkan token tapi takde.. aiseh, camne ek?? nak tanya guard tu malu la pulak.. hehe..

zuppss ada yang melintas depan aku 'touch' je token tu.. la, cenggitu je ke.. ingatkan touch n go je yang buleh touch2 bagai.. token pon buleh daa.. nak keluar baru ada lubang nak masukkan token tu.. hahahah, gelak besar aku.. punya la lama tak naik benda alah tu..

pastu jenjalan la pusing2 cuci mata.. memang rambang mata la duk tengok baju tudung cantik2 n murah2 sepanjang pasar malam tu.. lau ikotkan hati memang nak borong je sume..


ha, tengok la lautan manusia ni.. lau bulan puasa lagi la sesak.. melayu cina india sume turut serta..

tapi syok la datang sini bershopping dengan kengkawan tapi naik public transport lagi ok sebab sini jammed n susah nak cari parking pulak tuh..

dah penat berjalan aku makan kat gerai2 makan tepi Mydin tu.. oder menu ni ngan teh 'o' ais limau.. perghhhh, best dapat minum sejuk2 setelah berpenat lelah berpanas beresakan di celahan lautan manusia tu..


nasik goreng paprik satuuu, tambah telor mata separuh masak!

p/s; sampai di rumah je terus baring.. kepenatan setelah seharian sakan berjalan..

Friday 23 March 2012

Akulah Pemerintah Rakyat Jelata

inilah rakyat2ku..

so far ada 14 orang.. sorang lagi tunggu masa je n sorang lagi bulan Mei ni.. total sume skali ada 16 orang la tahun ni.. jenuh nak melayan ni..


korang bayangkanlah kalau sume ada serentak depan mata camne..

sumernye moksu..moksu..n moksu..

letihnya sampai tak terlayan, lau gaduh lagi la..

tapi gamat rumah dek gelak tawa gurau senda sesekali berkumpul..

p/s: rindunya nak balik kampung..homesickssss

Thursday 22 March 2012

Air Suam

selamat menyambut hari air sedunia kerana jatuh pada hari ini.. hari ni aku nak kongsikan info air..


topik hari ni adalah AIR SUAM..

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan serangan Jantung. Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan.

Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.

Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Jadi, adalah sangat penting untuk minum sup panas atau air suam selepas menikmati sesuatu makanan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri.

Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur.

Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

**************

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Tapi dalam keadaan cuaca panas terik macam nie la kita rasa nak minum ais banyak banyak...


p/s: perbanyakkanlah minum air untuk kesihatan diri..

Wednesday 21 March 2012

Mereka Yang Bersalah Atau Akukah Yang Telah Berubah

# maaf jika entry kali ini mengganggu sensivity mana2 pihak.. n maaf jika entry ini panjangnya terlebih berjela-jela.. juz meluahkan rasa yang terbuku di dada ini..

watak utama : A, B, C (mereka) & D (dan lain2)


kali ni ntah ke berapa kali dah aku menangis dalam hati.. sedih, sebak, kecik hati, kecewa bergabung menjadi satu kerana diperlakukan sedemikian rupa..

mereka seolah2 melarikan diri daripada aku.. hal ni berlaku sejak awal tahun hari tu, dah masuk bulan ketiga dah means 3 bulan sudah berlalu.. ape lagi yang harus aku buat?? buntu sesangat.. memula sikit2 je pastu makin lama makin menjadi-jadi..

tiap kali aku cuba dekati mereka, ingin bercampur dengan mereka, tiap kali itulah aku disisihkan.. sedang rancak berbual tetibe mereka terdiam tatkala aku hadir.. so nampak sangat la macam aku ni "mengganggu ketenteraman" mereka yang tengah berbunga bahagia..

adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah atau menyinggung hati mereka?? apakah yang sedang mereka rancak bualkan?? atau mungkinkah aku sengaja membuat hati ini terasa.. ntah la.. buntu memikirkan hal ni..

bila aku tegur mereka (dengan niat ingin menyembang) mareka hanya membatukan diri.. adakah suara aku terlampau "dalam kelambu" seolah2 tidak dapat ditangkap oleh cuping telinga mereka??

apakan teguran aku itu merupakan hal yang remeh temeh dan tidak penting.. "alah, tak payah la hiraukan dia, pandai2 la dia nak hidup".. atau mungkinkah aku tidak layak untuk bersembang dengan mereka yang bertaraf "gud-gud" dan "orang ada-ada"?? kesian kat suara aku yang tersekat di kerongkong dek ketidakendahan mereka tu..

bila berseorangan, ikut suka la apa yang kita nak buat pon kan.. "ahh, lantaklah.. bukan ada sape2 pon, hanya diri aku je sendiri".. tetiba bila mereka muncul, zappp lantas menceroboh saat bahagia aku yang singkat itu.. takleh nak cakap ape la sebab "benda" tu dia yang punya dan aku hanya menumpang guna.. tapi macam tak beradab la kan tetibe mereka potong stim aku yang tak kacau privacy mereka tu.. *ketap gigi*

disini jelas menunjukkan mereka memang dah tak sukakan aku "disisi" mereka.. layan aku macam sampah.. adakah mereka tidak nampak yang aku yang terlebih dahulu mengguna "benda" itu sebelum kehadiran mereka.. apakah aku sebagai patung hiasan yang diletakkan ditengah-tengah ruang tamu sebagai perhiasan?? atau mungkinkah aku ni halimunan yang tidak nampak olehh mata kasar?? hanya mampu memujuk hati sendiri.. sabar3..

dulu bila mahu kemana-mana mereka akan ajak aku join mereka sekali, paling tidak pon mereka tanya sama ada aku nak ikut ke tidak mereka keluar.. tapi semenjak dua menjak ni aku sedar2 je mereka dah tiada, dah selamat keluar.. langsung hilang tanpa khabar berita..

mungkin kereta tak muat (4 orang untuk sebuah kereta) nak ajak aku n kalau aku join ruang dalam kereta tu jadi sempit untuk mereka melompat-lompat "hati berbunga riang".. apakah aku ni gemuk gedempol (guna banyak space) kot.. dedulu masa takde kereta boleh je pat lima orang aku sumbat dalam kereta aku tu.. atau mungkinkah aku ni spy (perisik) yang tidak boleh berkawan dengan sesiapa (orang yang tidak boleh dipercayai).. mungkin ada benarnya semua tu..

pernah juga aku terbaca status di fesbuk mereka, bercakap itu dan ini.. atau mungkinkah orang yang dimaksudkan disitu adalah aku?? separuh hati aku mengiyakan manakala separuh lagi menidakkan semua tu..

sekarang ni makan dengan tak makan sama je bagi aku.. bukan tahan perut tetapi selera telah mati.. tiada lagi keinginan makan banyak2 seperti dulu2.. ada yang tegur sebab nampak baju dah longgar, takde cutting dah katenye.. hmmm, takpe la.. nak buat macam mana kan kalau mulut dah takleh nak telan banyak makanan..

mereka tak adil buat aku sampai macam tu sekali.. ape salahnya berterus terang kan, bagitahu je apakah kesalahan yang telah aku buat.. kalau aku ada terbuat salah aku mintak maaf, semua tu jadi semasa ketidaksedaran aku.. tiada sesape yang sesuka hati berbuat salah kan.. plez la jangan seksa aku begini, aku mohon sesangat..

buat masa sekarang aku lebih selesa menyendiri, bawa diri sendiri.. senang dan tak perlu jaga hati mana2 pihak.. tapi sampai bila aku harus begini?? selama lamanya?? no way, can't live alone forever..

bagi mengubati hati aku akan layan certa lawak je buat masa ni.. tengok sesorang, gelak sesorang sampai berdekah-dekah buat hati aku puas.. lupa seketika masalah yang melanda diri.. yang penting aku tak kacau dan ganggu hidup sesape..

selama aku perhatikan orang yang berada di sekeliling aku ni suka cakap belakang.. depan orang tu cakap lain, belakang orang tu cakap lain plak.. manusia oh manusia, salu je tak sedar diri.. takde sesape yang sempurna di mata manusia, segala baik dan buruk pasti ada hikmah di sebaliknya.. kekadang aku rasa macam bersalah pulak sebab tak berterus terang dengan mangsa cakap belakang tu tapi lau aku berterus terang lagi teruk padah yang aku dapat nanti.. silap2 perang besar meletus n aku taknak dicop sebagai pembawak mulut..

aku tak nak tengok kengkawan aku gaduh, masam2 muka, berpaling belakang dan adik beradik sewaktu dengannya.. aku sayang kengkawan aku tapi dalam masa yang sama aku perlu jaga hati semua pihak.. berat sangat tugas ni.. kengkawan aku ibarat cubit peha kanan, peha kiri pon terasa sakitnya.. hati pedih..


aku perlu mencari penamat bagi semua ni tapi bagaimana caranya?? ahh, buntu..

bagi aku bila kita dah berkawan dengan seseorang tu, selamanya dia tetap jadi kawan aku.. mungkin aku jarang contact mereka tapi hati aku ingat dan mungkin bila dah jumpa kat mana2 nanti aku akan cakap "hey, thats my fren".. aku bangga punyai kawan seperti kamu..

aku bangga punya kawan gelak dan kawan nangis seperti kamu.. terima kasih kerana dengan kehadiranmu memberi berjuta erti kebahagiaan buatku..

setakat ni jelah dapat aku kongsikan, makin lega rasa dihati lepas semua yang terbuku berjaya diluahkan.. dah ringan sedikit kepala yang berat ni menanggung semua.. mungkin akan ada sambungannya lain kali.. ingat, biar pecah diperut n jangan pecah di mulut.. kawan tetap kawan..

dengan rendah diri aku minta maaf dan ampun jika aku yang bersalah + aku telah berubah.. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. tegur2 lah jika salah seorang daripada kita telah tersasar jalan demi kebaikan semua pihak.. buang yang keruh dan ambil yang jernih..

p/s: berkawan biar beribu juta kali tapi bermusuh dengan kawan jangan sesekali, tanggung la sendiri padahnya nanti..

Tuesday 20 March 2012

Tisu Dijadikan Bunga

tisu?? boleh jadi ke??

sebenarnya boleh, pape pon boleh jadi.. mesti tak pernah tengok kan..


this roses are very special for me..

just getting from special one in my life.. i'm so happy.. it makes me feel like i am the queen of the world.. hehe.. just kidding seh.. not a queen, but feel like i was appreciated.. dats rite..

1st time when i saw he made it for me in live, feel like " oo, bunga je".. then i try to make it, seriously it is a quite difficult to do.. its not 'kembang' like he did.. haha..

and juz a few moment ago, he make it again n post to me into public.. now i feel he really love me n tak takut saham jatuh when he tag my name on his fb's wall.. so, do not need a worry la about that.. relief for that actually.. bukan sebab apa, need to worry coz he have lots of GIRLfriens.. u know kan what i think.. huhu..

*remember our memory - dinner at Batu Tiga dalam hujan renyai2*

p/s: i love u too sayangku c intan payung *emmuahhh*

Kedokter Gigi

..Alia : gigi anak sdare moksu yg ni paling cantik..

ari ni pepagi lagi ke klinik kesihatan Shah Alam.. kul 8.10 pagi dah terpacak kat sana, sib baik la dapat parking.. lau tau, maunya tersadai c puteh ku kat tepi jalan tu.. huhu..

sebenarnya dah lama nak jumpa dentist tapi malas, pas sari ke sari sampai la ke hari ni baru pergi.. kebetulan ada member nak cabut gigi so aku tumpang la skali nak buat scaling kat situ..

aku : doktor, sakit tak?

doktor: penah buat tak?

aku: tak pernah, ni 1st time nak buat.. hehe

doktor: lau 1st time ngilu sikit la

wohooo, risau gak aku.. pastu ketang keting ketung la doktor tu duk buat kobek mulut aku ni ha.. nasib doktor pompuan muda yang buat, lau doktor laki ensem malu pulak aku nak nganga mulut ni.. jatuh saham, lau gigi cantek xpe la jugak nak nganga pon.. haha..

so dapat la time slip dari doktor, tu pon kena mintak lau nak.. lau tak dia xkan bagi.. lau cabut gigi baru dapat mc kate doktor tu.. dengan malasnya aku pon g la keje.. sobssss..

p/s: lau nak gigi cantek kena buat rawatan gigi 6 bulan sekali..

Monday 19 March 2012

Insiden Depan Mata

dua (2) hari berturut-turut insiden berlaku depan mata aku ni.. sume di atas jalan raya, masa kenderaan tengah bergerak..

1 - insiden balik keje pada petang Jumaat.. melibatkan 4 buah kenderaan..

macam biasa la aku balik kerja macam biasa.. petang tu rasa macam nak bawak slow je kete tu, 40 kmj je.. tetibe je nampak brek kete depan n depan lagi menyala.. sempat la aku tekan brek jugak, mujur x ikut rapat dengan kete depan.. rupanya kete ketiga dari depan aku (avanza) langgar motor.. koyak rabak jeans budak pompuan yang nek motor tu.. berdarah2 orang ramai tolong angkatkan dia ke tepi.. kesian sangat, aku yang nengok ni pon nek seriau..

tak sampai 20 meter kat depan dia lak ada wira langgar belakang waja plak.. depan wira tu kemek teruk la jugak tapi waja tu tak nampak teruk pon.. makin jem la sebab timing orang balik keje kan.. dah la lane ada dua pastu lane kiri dan kanan ada eksiden, bertambah la teruk jem jalan tu.. sabor jelah..

..mujur my c puteh xde pape..

2 - insiden tayar lori pecah

masa ni dekat federal highway yang dekat Tesco besar Shah Alam tu la.. masa ni aku bawak 50 kmj, sib bek sempat brek dan mengelak tayar 2.. fuh, kuss semangat.. dah la aku baru je nak teruskan perjalanan yang boleh tahan jauh jugak la..

tiba ke destinasi aku pulak yang kesesatan.. 1st time nak g umah sepupu aku yang baru pindah.. aku memang la tahu jugak kawasan sana tapi tak tahu kuartes dia kat belah mana, so aku berani mati je redah g sana..

dah jumpa umah sepupu aku tu kami ke keluar cari barang kawen kat Nilai.. seharian berjalan kat sana, sampaikan tido terlentang depan tv pon kami tak sedar.. haha

semalam jalan2 lagi cari barang yang tak cukup sampai lewat petang.. kul 10.40 malam baru aku gerak balik umah sewa.. huh, penat sesangat tapi syok jenjalan.. hehe

p/s: bertambah2 syok berjalan sebab tak perlu kuarkan duit, sume dia sponser.. haha
v(^_______^)v

Friday 16 March 2012

Kad Comel Dari Kawan Lama

hari ni dapat sepucuk surat, sememangnya surat yang ditunggu-tunggu.. dalam sampul surat tu ada kad comel ni..


comel kan kadnye.. kad walimatul urus dari Ena, hosmet lama aku masa duk Seksyen 8 dulu.. sekarang ni dia keje kat JB, transfer sejak dua tahun lepas.. kiranya dah setahun lebih tak jumpa, lama kan..

wajib pergi ni coz 1st time nak g Johor.. hehe..

antara kenangan kami bersama..



 p/s: ujung bulan ni kite jumpa ek Ena..

Thursday 15 March 2012

Rindu Sesangat

aduii, dah tak terbendung rasanya rasa rindu di hati ni.. mau pecah dada rasanya.. maklomlah aku dah tersangat homesickssss dah ni.. dah bape bulan tak balik kampung menjenguk mak..

malam tadi dapat mms daripada akak.. dia hantar gambar mak aku tengah senyum lebar, tersengih kot.. hehe..


gambar kecik yang atas tu aku dapat malam tadi..

dah lama aku tak tengok mak aku senyum camtu lepas arwah abang meninggal awal tahun aritu.. sejuk sket hati ni..

aku pon reply la..

"nebeng teh, mentang2 la baru balik kampung"

saje le tu dia nak jeleskan aku.. tengok la aku cuti lelame nanti, aku jeleskan dia balik.. hahahahahaaaa

p/s: tengah tahun ni aku cuti 7 hari bekerja means 11 hari la kat kampung.. yippiii, tak sabar lak rasanye..

Monday 12 March 2012

Klangit - Sesal Mendua

bosan?? jom layan lagu ni sat..


KLANGIT - SESAL MENDUA

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

........................

hehe.. so jangan gatal2 nak menduakan pasangan ye, nyesal tak sudah nanti baru padan muka..

pikir dulu baik buruk sebelum bertindak..

v(^_~)v peace!!


p/s: jangan salah menilai diantara permata dengan kaca okeh!!

Bila Cuti Sekolah Bermula


cuti sekolah sudah bermula.. dan bila cuti sekolah bermula......

@ kereta di jalanraya makin surut

@ tempat parking lengang

@ ramai tak datang keje

@ ramai bebudak skolah asik on9 je 24 jam

dan yang paling penting.....

@ boss2 pon cuti, yeahaa!!!

p/s: time to rehatkan minda.. ^_~

Saturday 10 March 2012

Memujuk Dani Yang Tak Makan Dek Pujuk

Dani oh Dani.. 

oh Dani a little boy, why u're so cute n so ensem.. kecik2 dah tarik perhatian kaum2 hawa kat opiz tu.. berkerumun mengerumuni c Dani ni.. mode jelous activated!!!

tak percaya?? tengok bukti2 ni..


uuuuuuu.. nages lak Dani ni..


tengok la, sampai tak nak jarak dengan mak dia a.k.a Kak Seni..


ni gambar paling cantik Dani pose kat aku.. wahaha.. puas sume orang duk pujuk tapi tak berhasil langsung..

ni masa  aku kira 1 2 3 nak amek gambar baru dia tengok camera.. bila kira 1 2 dia nages lagi tapi bila sampai 3 terus diam n tengok camera.. haha.. Dani oh Dani, sempat berenti nages kejap pastu dah snap gambar sambung nages balik ye.. hahaha..

bila ramai bos takde, ada la staff yang bawak anak kat opiz belah petang.. aku pon pe lagi, turut serta la kengkawan lain ngusik bebudak tu..

p/s: sampai kesudahnya aku takleh nak pegang Dani ni.. geram plus mode keciwa activated..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...