Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Candle Light Dinner Lauk Terung Masak Lemak Putih

cewahhh mentang mentang la baru kawen entry konon konon romantik giler la tu kan.. haha..*gelak panjang*

semalam baru je masakkan lauk baru (1st trial) tau.. menu terung masak lemak putih untuk suami..

mood jiwang jiwang sebab kul 7 dah siap masak & mandi.. sambil tunggu Sidia balik keje sempat layan "Cinta Jannah" jap.. salu skip tengok sebab tengah masak.. haha

so hidang la atas meja cantik cantik.. Sejak duduk berdua ni tiap hari kena masak.. Sidia taknak makan luar.. T___T sOb..sOb..

okay, kul 7.30 Sidia dah balik.. aik, awal balik hari ni.. Sidia cakap nak rehat dulu sebelum makan, penat panjat tangga.. rumah kami takde lif, tiap hari exercise menapak ke tingkat 5 tu.. sampai atas je longgar sume skru.. haha

masa rehat anak buah Mashu call, sembang dulu dengan kakak yang pelat tu.. pastu jenguk ladang "Dragon Story" dulu and kul 8.30 baru start makan.. dah makan separuh tetibe dunia gelap gelita.. adoyaii, blackout!!! jenguk kat tingkap keadaan sekeliling gelap, sah blackout.. meraba raba cari lilin pakai handphone..

tu la jadinya 1st Candle Light Dinner kami pas kawen ni, lauk terung dengan ikan goreng lak tu.. haha.. tergelak bila ingat balik..

so meh aku share kat sini kot kot la ada yang nak buat candle light dinner lauk orang Terengganu macam Mashu ni


TERUNG MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:
- Terung
- Santan
- Bawang merah
- Ikan Bilis (Mashu guna ikan masin sbb bilis xde)
- Cili (Mashu guna cili padi sbb cili merah xde)
- Lada hitam
- Garam
- Gula

Cara-cara:
- Panaskan santan, bawang merah & ikan masin dalam periuk.. Guna api perlahan je..
- Bila dah menggelegak/mendidih masukkan terung..
- Agak agak terung dah lembut boleh masukkan lada hitam, cili, garam & gula..
- Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit.. 
- Kalau rasa dah secukup rasa boleh tutup api dan hidang..
- Siappp.. so simple kan..

p/s: selamat menjamu selera & candle light dinner ye.. haha.. makan panas panas sedap tu, siap tambah nasi...


Wednesday, 24 April 2013

Menjelang PRU 13

sekarang ni kemain rancak lagi calon-calon berkempen untuk parti masing-masing.. kempen-kempen gak tapi jangan la duk canang cite orang yang belom tentu kesahihannya.. kang tak pasal-pasal dah dapat dosa kering free..

tapi entry aku ni buakn nak berkempen ye, just nak share gambar ni je.. hikhikhik


nah, amek ngko.. dasyat tak dasyat percikan PRU 13 ni.. gambar ni aku ambik masa lepas hari pembubaran parlimen..

opiz pon 24/7 standby bilik gerakan.. nasib la sape kena jaga shift 10 pm - 7 am tu..

pepagi beratur panjang nak lepasi pintu pagar utama.. agak sedikit kelewatan la aku pagi tu, sib baik punch card tak merah.. berjaya mengekalkan prestasi cemerlang tanpa dakwat merah sepanjang kerjaya.. bravo!!

p/s: jangan lupa balik kampung pangkah undi, undi anda biarlah rahsia.peace yoo!!!


Friday, 19 April 2013

Sepuluh Tahun Dah

mak aihh, lama giler tak updated belog yang satu ni.. ibaratkan kalo rumah tak berkemas dah bersawang dah ni..

sekarang ni dah jarang sesangat buka belog sebab dah makin busy.. oppp ooppp, bukan busybody yer.. pelisss la.. busy dengan preparation yang makin dekat dengan hari.. rasa kekok pulak sebab dah lama tak buat keje ni..

dah SEPULUH tahun ape yer??? sepuluh tahun berkhidmat sebagai penunjuk masa aku..

kalo dedolu zaman skolah pernah buat karangan.. Aku Sebuah Jam.. hehe..


jam ni aku beli tahun 2004, masa tu form 4 aku ajak mak p beli jam kat kedai depan Pasar Kedai Payang tu.. sekarang ni kedai tu ada lagi kot.. hehe.. bila kira-kira balik 2004 sampai 2013 dah cukup 10 tahun pakai jam ni.. tak pernah tukar pon, tahan jam ni.. bateri pernah tukar 2 kali je seumur hayat dia.. masa beli dulu pon baru je RM60, bukan rege beratus2 pon..

disebabkan jam ni banyak berjasa pada aku, aku akan simpan sampai bila-bila.. sayang sangat ni, beli dengan duit biasiswa sendiri.. kantoi pulak cikgu suh beli buku pakai duit tu.. syyyyy, jangan gtau cikgu..

tu je sempat nak tulis sebab aku ni dah pom pang pom pang duk bersin+batuk demam selesema.. opiz bagi lunch lama suh aku rehat, bukan menghapdet.. okeh, nak p makan obat plak ni

p/s: sangat tak selesabila tak pakai jam


Monday, 17 December 2012

Orange ! ! !

semalam punya cerita


gambar syok sendiri??? ahahaha..

bosan menunggu makanan sampai.. alkisahnya makan 2 orang tapi order 3 menu.. nasi goreng petai, mi tomyam, kue teow kungfu haiyakkkkk!!!

sampaikan pelayan ambil order 2 kali.. masa hantar makanan pon confiused takut dorang silap meja.. muahahaha.. ni kali ke berapa ntah aku buat kerja gila ni.. tahap lapar gred cipanzi ni, sesuai la dengan keadaan hujan lebat masa ni..

next time boleh buat lagi yeayy

p/s: tak perasan pulak air sama dengan kaler baju

Thursday, 13 December 2012

Botak?? Oh No


tayar botak dan merekah dahhhh...

baru je  2 minggu sebelum tu dah pergi buat alignment dengan balancing lari.. pastu bengkel cakap kena tukar camber sebab camber yang asal dah haus.. sepasang RM70 padahal bendanya skru kecik aje besar jari telunjuk tu ha, tambah dengan alignment balancing RM30 maka jumlah adalah RM100.. kopak den, dahlah belom gaji..

minggu lepas tukar tayar botak sepasang pon dah RM340, kering kontang aku nak menunggu gaji masuk 18hb ni.. terpaksa la korek wang simpanan.. masa tukar tayar tu apek tu cakap kat aku "wahh manyak bahaya lor itu tayar.. kalo u tak tukar sekarang bila2 masa je tayar tu boleh meletup masa u bawak itu kereta" memang aku hold seminggu nak ganti tayar baru.. giler la, berani mati aku bawak kereta tu atas jalan..

bebudak opiz aku cakap tak mahal sangat la sebab aku ambik tayar GOODYEAR sepasang RM340 siap free alignment balancing sume..

buka purse dah rasa macam tengah hiris bawang je, meleleh air mata..

p/s: gaji minggu depan, weekend ni nak naik KL plak ade hal.. waaa nak duittttt

Tuesday, 20 November 2012

Rembulat Oh Rembulat

yup, rembulat!! memang aku tak salah dengar sebab kiri kanan akak sebelah pun asyik berpandangan..

kah..kah..kah.. akhirnya berderai gelak tawa kami berempat.. macam nak pecah rumah bunyinya

nak tau apekah dimaksudkan "rembulat" tu??

ni dia


tahukah anda logo apakah ini??

bulatan @ roundabout

mungkinkah roundabout+bulatan=rembulat

*gelak guling guling, sakit perut weh*

peta di bawah ni pula peta bandar Shah Alam, cuba kira berapa rembulat yang ada


memang tidak dinafikan Shah Alam terkenal dengan bulatan.. memula aku datang sini pun confius bulatan ni semua.. sekarang ni dah terror la.. sikit.. haha..

p/s: bulatan kat sini kena ambil arah pukul 12 je, tup tup keluar ikut jalan sama jugak ahaks!!

Tuesday, 2 October 2012

Dating Dengan Abang Polis Dalam Hujan Renyai


semalam aku berlari-lari anak dalam hujan renyai.. mahu dating dengan abang polis la katakan, hujan2 pon aku sanggup redah.. *mode cite bollywood nyanyi dalam hujan*

>> flashback jap<<

dua tiga hari sebelum balik beraya hari tu aku kena saman polis atas kesalahan mengganggu/menghalang perjalanan.. padahal aku parking kejap je dah kena, dah nasib kan nak buat cane.. masuk je kereta nampak kertas kat viper pastu amek la tengok ape.. tup tup saman polis, kalau MBSA takpe la jugak.. RM6 je sebab tengah promosi, murah sikit..

lokasi kejadian ~> Plaza Alam Sentral (PAS) tepi dataran yang ada jam besar dengan air pancut tu..

haishh nak dekat raya lagi rajin dorang2 ni beroperasi je.. tapi mujur la c puteh aku tu tak ditowingnye bawak lari..

pastu minggu lepas pon ingat nak keluar bayar tapi bos aku tak kasi half day pulaks.. adoyaii.. kul 4 petang baru dia bagi aku keluar dengan harapan kaunter bayaran saman tutup kul 4.30 ptg la.. sempat kot, bukan jauh sangat opiz aku nak ke situ..

sampai la balai polis cawangan trafik di Seksyen 11 tu rasanya lau tak sempat, masa tu baru 4.15 ptg.. kua je kereta nampak notis "SEBARANG URUSAN PEMBAYARAN SAMAN HENDAKLAH BERURUSAN DI IPK SEKSYEN 9" adoiiii angin aku.. lau tahu macam ni awal2 lagi aku ke Seksyen 9 tu, lagi la dekat dengan opiz.. sebelah aje..

melilau jugak aku tengok signboard sebab IPK ni besar, semua dah buka kat sini.. tapi bang polis cakap kaunter dah tutup kul 4 ptg, arghhhh cam nak mengamuk dah ni.. tapi tak pe la sebab dia cakap ari sabtu buka sampai tengahari..

hari sabtu ~> dengan yakinnya penuh bersedia aku melangkah ke tempat bayar saman tu.. sampai je kat pintu kaca tertampal satu notis lagi "HARAP MAAF, PADA 29.9.2012 KAUNTER BAYARAN SAMAN DITUTUP. SEBARANG URUSAN BOLEH BERHUBUNG DI BALAI POLIS BUKIT JELUTONG".. arghhhhh aku rasa nak mengamuk guling2 je kat situ, patut tak ramai sangat orang..

>>sambung balik<<

tak sampai 5 minit aku dah terpacak amek no giliran, masa tu lagi 15 minit nak pukul 1.00 ptg.. mata aku pon melilau la, rupanya lunch hour kaunter tutup.. lau aku datang kang naye je..

ALHAMDULILLAH, hutang selesai.. terbang RM100 aku bayar saman.. pasni tobat dah tak nak parking situ.. ni yang 1st and last aku parking kat situ..


p/s: esok dah naik ke RM150 kalau aku tak bayar lagi, pastu lau tak bayar jugak naik lak ke RM 300.. tu la aku kelam kabut nak bayar.. huhu

Monday, 16 July 2012

Menjadi Cleaner Di Office

seharian bergelar mak cik cleaner ni opiz bagi program 5S.. dalam bahasa senang aktiviti gotong royong la.. hehe.. awas, anda sedang diperhatikan untuk memastikan kerja2 pembersihan berjalan.. hahaha..


okeh, langkah pertama.. mesti pakai mask dulu.. kalau tak, mahunya 1 opiz ni duk dengar aku bersin tak henti2.. ini adalah bilik aku, kat belakang aku tu bilik big boss..

lam poket tu?? henpon, senang orang nak contact aku.. sebab hari ni aku akan berlegar2 di opiz, so lau aku tinggalkan henpon kat meja susah plak kang nanti orang call x dapat..


keje pertama aku adalah bersihkan cermin alas meja ni.. sampai terduduk2 buat keje, tak sedar aku talah disnap oleh paparazi.. ohh tidakkk :p


ni antara cleaner2 yang menyahut program 5S yang berlangsung seharian di opiz.. muka hepi coz nak turun serang durian free kat depan lobby.. yeahhh, seranggggggggggg!!!!

p/s: next entry pasal durian free pulaks

Wednesday, 20 June 2012

Kehidupan Seorang PA


PA - Personal Assistant a.k.a S/U - Setiausaha

ape yang korang pk bila sebut PA?? cantik molek? slim? bergaya? pakai heel? gedik? kaki bodek bos? atau scandal barangkali?? opss.. lau nak disenaraikan mau tak cukup kertas kajang pat lima muka depan belakang nanti.. penuh..

bila PA ngam dengan bos mesti ada yang pk "ada something la tu".. n bila PA x ngam ngan bos?? "dah la muka tak cantik, keje pon x reti nak buat".. alahai, memang nasib sesape yang jadi PA ni kan.. buat baik salah, buat jahat lagi la nak mampos.. sabar jelah

memilih kerjaya PA ni macam mempertaruhkan nasib sendiri sebenarnya, kenapa?? semuanya terpulang la pada bos secara kasarnya.. if dapat bos baik, baik la nasib PA.. tiap kali bos g holiday, mesti dapat coklat bear keychain etc.. kadang bila raya dapat lak ampau yang tebal jugak isinya.. TAPIiii... lau kena bos yang tak ok, berdarah telinga la n tak pon buta mata ari ari duk meraung.. orang lain buat salah PA yang kena marah, PA sendiri yang buat salah lagi la bos mengamuk..

PA ni orang tengah kat opiz, kenapa?? kalau bos nak marah staff bawah, PA yg kena tadah telinga dulu n pastu bila staff bawah nak marah pada bos, PA yang kena tahan telinga untuk dengar luahan hati dorang2 tu.. lama2 pekak jugaks la telinga PA2 ni ye.. baru je nak start buat keje prom preng pom preng duk dengar 'madah pujangga sang pencinta' tu..

lau dapat bos laki yang GATAL?? PA kena jadi SINGA!!! lau dapat bos pompuan kuat berleter PA kena jadi PEKAK!!! scary kan jadi PA ni, indah khabar dari rupa..

tak terkecuali jugak bos yang salah guna kuasa untuk hal2 PERIBADI.. tak paham?? nanti U surveykan hotel mana yg best untuk I g holiday.. nanti U amek baju I kat dobi.. nanti U belikan I lunch.. nanti U callkan asben/wife I.. nanti, nanti, nanti n nanti.. lama2 pengsan la PA tu nanti..

namun ada KEHIDUPAN PA yang jarang diketahui..


~> makan laju di meja sendiri.. nak abeskan sebekas nasik goreng pon berenti berapa kali.. kadang2 sempat breakfast, kadang tak sempat.. teguk air kosong jer.. pastu terus amek lunch.. maunya tak ramping perut kempis lau tiap ari tak sempat nak makan..

~> orang cakap PA takde keje, duk meja goyang kaki je.. PA ni secara otometiknya jadi operator, n bila dah angkat telefon tu macam2 la dapat.. siap pakej kena maki lagi lam telefon.. lau ada pape nak deal dengan bos2 dari opiz lain ingat senang ke..

~> g toilet pon kena marah.. alasan bos panggil takde orang sahut.. heloo, lau nak terkencing terberak tu boleh tahan ke??

~> stress, tensyen dan sewaktu dengannya dah jadi kawan karib..

n reality yang mengguris hati.. bila orang call kat tempat.. PA takde.. Haishhh, PA ni asik MERAYAP je, dah la keje tak buat..

p/s: susahnya untuk memuaskan hati semua pihak 

Friday, 20 April 2012

Benda FREE Ni, Berbaloi Guna Di Ambang2 Kegajian

mesti la teramat suka kan.. di ambang kegajian mesti la sumer orang tengah sengkek, nazak, kering kontang dan banyak lagi la istilah manusia zaman sekarang ni.. hehe.. manusia tu termasuk la diri aku sendiri *senyum selebar yang boleh*

aku ingat nak guna FREE tu weekend lepas tapi menengok keadaan langit yang tak begitu mengizinkan buat aku postponed dulu.. hehe.. *ape kaitan FREE dengan langit tu??*

nanti bila dah guna FREE tu pastu ujan pulak alamat kotor balik la C Puteh aku tu.. hehe.. FREE cuci kereta daa..


  disebabkan semalam langit cerah menandakan ujan kemungkinan tidak akan membasahi bumi maka aku pon dengan senang hati la menuju ke carwash tu.. *senang hati sebab FREE* (senyum lagi lebar)


baru 1st time FREE kat kedai ni, yang kedai lain ada la sekali dua jugak dapat free.. hehe..

yang seronok bila datang kedai ni sebab aku tak payah tunggu lama kat kerusi plastik tu sebab ada sofa.. kedai ni pon ada TV, siap ada astro lagi.. aku siap tukar channel lagi lau takde customer lain.. hehe.. lagi satu kedai ni murah, siap dengan vacum cuma RM8 sahaja..

mungkin carwash dekat2 kot so persaingan la sikit.. nak tarik customer kena la bagi murah baru orang nak datang.. hehehe

p/s: three star carwash tau, sebelah bengkel kereta.. blok tengah bahagian belakang shop lot seksyen 23, dekat carefour nak ke uptown Shah Alam *noted*

Sunday, 15 April 2012

Alamak, Ape Sudah Jadi!!!

aiyoyoo.. pening sudaaa.. kenapa boleh jadi camni..


kenapa?? jadi ape??

aku la gatei tangan sangat nak usik itu, usik ini, tambah itu, tambah ini.. tangan ni tak reti nak duduk diam.. haishhh.. sekarang tengok la ape yang jadi.. semuanya berantakan.. nak kena setting balik blog aku ni..

kalau ade yang perasan (kalau ada la), banyak benda yang tak appear kat belog aku ni.. tapi bile aku nak add ape yang takde tu die cakap "already added".. tapi bila view my blog die tak appear la pulak dah.. adoi la, pening2 duk memikior cane nak settlekan masalah ni..

aii, rungsing hati.. kalau ada masa (kalau rajin la) aku akan setting balik a.k.a buat pembaharuan (new look) kat belog ni..

betol kata orang, terlajak kereta boleh tekan gear reverse tapi bila dan terlajak tangan ni tak terkejor setting yang lari bak Watson Yambek tu.. sabor jela.. huk2..

p/s: mood lari tiap kali nak hapdet belog
 

Tuesday, 20 March 2012

Kedokter Gigi

..Alia : gigi anak sdare moksu yg ni paling cantik..

ari ni pepagi lagi ke klinik kesihatan Shah Alam.. kul 8.10 pagi dah terpacak kat sana, sib baik la dapat parking.. lau tau, maunya tersadai c puteh ku kat tepi jalan tu.. huhu..

sebenarnya dah lama nak jumpa dentist tapi malas, pas sari ke sari sampai la ke hari ni baru pergi.. kebetulan ada member nak cabut gigi so aku tumpang la skali nak buat scaling kat situ..

aku : doktor, sakit tak?

doktor: penah buat tak?

aku: tak pernah, ni 1st time nak buat.. hehe

doktor: lau 1st time ngilu sikit la

wohooo, risau gak aku.. pastu ketang keting ketung la doktor tu duk buat kobek mulut aku ni ha.. nasib doktor pompuan muda yang buat, lau doktor laki ensem malu pulak aku nak nganga mulut ni.. jatuh saham, lau gigi cantek xpe la jugak nak nganga pon.. haha..

so dapat la time slip dari doktor, tu pon kena mintak lau nak.. lau tak dia xkan bagi.. lau cabut gigi baru dapat mc kate doktor tu.. dengan malasnya aku pon g la keje.. sobssss..

p/s: lau nak gigi cantek kena buat rawatan gigi 6 bulan sekali..

Monday, 19 March 2012

Insiden Depan Mata

dua (2) hari berturut-turut insiden berlaku depan mata aku ni.. sume di atas jalan raya, masa kenderaan tengah bergerak..

1 - insiden balik keje pada petang Jumaat.. melibatkan 4 buah kenderaan..

macam biasa la aku balik kerja macam biasa.. petang tu rasa macam nak bawak slow je kete tu, 40 kmj je.. tetibe je nampak brek kete depan n depan lagi menyala.. sempat la aku tekan brek jugak, mujur x ikut rapat dengan kete depan.. rupanya kete ketiga dari depan aku (avanza) langgar motor.. koyak rabak jeans budak pompuan yang nek motor tu.. berdarah2 orang ramai tolong angkatkan dia ke tepi.. kesian sangat, aku yang nengok ni pon nek seriau..

tak sampai 20 meter kat depan dia lak ada wira langgar belakang waja plak.. depan wira tu kemek teruk la jugak tapi waja tu tak nampak teruk pon.. makin jem la sebab timing orang balik keje kan.. dah la lane ada dua pastu lane kiri dan kanan ada eksiden, bertambah la teruk jem jalan tu.. sabor jelah..

..mujur my c puteh xde pape..

2 - insiden tayar lori pecah

masa ni dekat federal highway yang dekat Tesco besar Shah Alam tu la.. masa ni aku bawak 50 kmj, sib bek sempat brek dan mengelak tayar 2.. fuh, kuss semangat.. dah la aku baru je nak teruskan perjalanan yang boleh tahan jauh jugak la..

tiba ke destinasi aku pulak yang kesesatan.. 1st time nak g umah sepupu aku yang baru pindah.. aku memang la tahu jugak kawasan sana tapi tak tahu kuartes dia kat belah mana, so aku berani mati je redah g sana..

dah jumpa umah sepupu aku tu kami ke keluar cari barang kawen kat Nilai.. seharian berjalan kat sana, sampaikan tido terlentang depan tv pon kami tak sedar.. haha

semalam jalan2 lagi cari barang yang tak cukup sampai lewat petang.. kul 10.40 malam baru aku gerak balik umah sewa.. huh, penat sesangat tapi syok jenjalan.. hehe

p/s: bertambah2 syok berjalan sebab tak perlu kuarkan duit, sume dia sponser.. haha
v(^_______^)v

Friday, 16 March 2012

Kad Comel Dari Kawan Lama

hari ni dapat sepucuk surat, sememangnya surat yang ditunggu-tunggu.. dalam sampul surat tu ada kad comel ni..


comel kan kadnye.. kad walimatul urus dari Ena, hosmet lama aku masa duk Seksyen 8 dulu.. sekarang ni dia keje kat JB, transfer sejak dua tahun lepas.. kiranya dah setahun lebih tak jumpa, lama kan..

wajib pergi ni coz 1st time nak g Johor.. hehe..

antara kenangan kami bersama..



 p/s: ujung bulan ni kite jumpa ek Ena..

Monday, 12 March 2012

Bila Cuti Sekolah Bermula


cuti sekolah sudah bermula.. dan bila cuti sekolah bermula......

@ kereta di jalanraya makin surut

@ tempat parking lengang

@ ramai tak datang keje

@ ramai bebudak skolah asik on9 je 24 jam

dan yang paling penting.....

@ boss2 pon cuti, yeahaa!!!

p/s: time to rehatkan minda.. ^_~

Saturday, 10 March 2012

Memujuk Dani Yang Tak Makan Dek Pujuk

Dani oh Dani.. 

oh Dani a little boy, why u're so cute n so ensem.. kecik2 dah tarik perhatian kaum2 hawa kat opiz tu.. berkerumun mengerumuni c Dani ni.. mode jelous activated!!!

tak percaya?? tengok bukti2 ni..


uuuuuuu.. nages lak Dani ni..


tengok la, sampai tak nak jarak dengan mak dia a.k.a Kak Seni..


ni gambar paling cantik Dani pose kat aku.. wahaha.. puas sume orang duk pujuk tapi tak berhasil langsung..

ni masa  aku kira 1 2 3 nak amek gambar baru dia tengok camera.. bila kira 1 2 dia nages lagi tapi bila sampai 3 terus diam n tengok camera.. haha.. Dani oh Dani, sempat berenti nages kejap pastu dah snap gambar sambung nages balik ye.. hahaha..

bila ramai bos takde, ada la staff yang bawak anak kat opiz belah petang.. aku pon pe lagi, turut serta la kengkawan lain ngusik bebudak tu..

p/s: sampai kesudahnya aku takleh nak pegang Dani ni.. geram plus mode keciwa activated..

Baby Tiut Miut Sedang Tido

hari Jumaat.. biasa la keje gomen kan, rehat pepanjang tu merewang la kami.. hehe..

kali ni kami gi tengok baby one of staff opiz kami..

usia baby ni baru seminggu masa kami datang tengok tau.. kecik lagi..

alololooo, tiut miut baby ni tengah tido.. geram aku gomol2 pipi gebu baby ni.. hehe..






tengok la ni.. hehehe..

antara kami berempat datang aku yang 1st pegang baby ni.. tak tahan nak pegang.. huhu.. pastu baru yang lain2 pegang..

nama baby ni Siti Mutiah Fariha, anak kepada Sakkri ngan Melah..

p/s: tapi baby ni tak nak buka mata masa kami datang, dia acah2 je nak celik tapi tak celik pon.. sadisssss..

Thursday, 8 March 2012

Aduh..Duhh..Duhhh

saya hepi hari ni kerana tak diganggu sesiapa..

bos saya MC dua hari, sampai besok.. weeeeeee ^_^

toink..toinkk..toinkkk...!!!!! sampai terloncat-loncat..

sambil2 tu boleh la buat pape yang patot.. hehehe...

ngedit-ngedit gambor.. fesbuk.. berbelog.. ber utube.. berchatting..

syyyyyy, diam2 tau..


ni la hasilnya.. hehe

bosan pulak dari tadi duk on9 je..

pastu sambung buat keje yang sikit tu... okeh, done for key in surat2 masuk!!

ah puahsang sungguh la.. lau bos cuti dia tinggal keje takpe tapi ni takde pape pon..

huh, penat ehh..

p/s: lambatnya pukul 5, tak sabar nak balik dah ni..

Wednesday, 7 March 2012

Dah Merah Pipi Ni

mak aih, malu bebenor teman ni tadi.. 

cer citer.. cer citer..


camni ha, alkesahnye petang tadi.. kejadian berlaku waktu teman balik khojer..

pasei lif..

hari ni hari teman ngelamun kot, tindakan luar sedar la ni yeop..

macam biasa ler, teman picit butang lif tu.. nak turun kebawoh.. aiseh, dah namenye turun mesti la kebawoh ye idok.. iskk, pe kena ngan teman ni ye..

ting!!!

lif sampei n teman pon masuk ler.. teman picit butang LG, lau teman picit G kene turun tangga.. cukup2 ler teman panjat tangga G tu tiap2 pagi.. hehe

"HAH, DAH SAMPAI DAH"

terperanjat teman disergah sebegitu.. rupenye dah sampai LG.. ngelamun teman ni sampei tak sedor teman telah tiba di destinasi.. huhu

kalu mike tak tegur tak dapat keluar la mike sumer tu sebab teman yang berdiri paling depan muka pintu lif.. hehe..

teman pon sengih jela dengan mike tu sumer dan dengan selambernye teman berjalan ke parking kereta tanpa menoleh kat mike2 tu dah..

mak aih, malu teman tau dak.. merudum jatuh saham teman petang tadi, pipi pon merah mengalahkan blusher kot..

p/s: mau idoknye, teman rasa terbuai2 dek suara pak njang a.k.a ayah su tu yang call mase teman tengah kemas2 meja nak balik khojer..

Sunday, 4 March 2012

Selamat Pengantin Baru

hari ni jenjalan menuju nasik minyak free.. dengan yakinnya (w/pon tak tahu jalan) laju je aku drive..

pas 30 minit perjalanan, aku pon sampai la ke rumah pengantin.. pengantin ni kawan aku masa kursus bulan Mac tahun lepas, dah setahun kami tak jumpa.. tapi sib bek la ada fesbuk kan, lau tak terputus la persahabatan yang dibina..

so exclusive kat sini aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Ezy @ Jiha @ Fara @ Nurul Azieha Bt Azli dan pasangannya Mohd Fais.. isk3, banyak sangat nama dia ni..

ni je sempat bergambar dengan pengantin sebab tengah sibuk tunggu rombongan laki sampai bila2 masa je..
 
ni pulak masa kursus tahun lepas, yang kecik molek tudung itam tu kak Maya.. cari juga tadi tapi tak nampak..

pas makan n jumpa pengantin kami pon balik la.. elok2 menapak ke kereta rombongan lelaki pon sampai.. pe lagi, jamu mata la.. sepadan dorang tu, bagai pinang dibelah dua..

hajatnya nak ke rumah teman yang sorang lagi kat Klang tapi peta takde, lalu kami ke JJ Bukit Tinggi tengok movie "Cinta Kura-Kura".. seat penuh jugak tapi cerita tak bape nak sedap.. indah khabar dari rupa..

nak sedapkan hati singgah la beli dorayaki.. ala, makanan jepun yang Doraemon suka makan tu.. aku jenguk tanda halal ada baru berani nak beli.. beli perisa blueberry ngan cheese tapi tak sedap jugak.. tepung dia tawar, tak sedap.. tak nak beli dah lain kali..
 
nampak je sedap kan tapi sebaliknya..

sampai rumah terus mandi n baring2 hapdet belog ngan cek fesbuk.. kikiki..

p/s: lama tak berbaju kurung ke mall alih2 ade pulak yang ngorat.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...