Showing posts with label cOoti. Show all posts
Showing posts with label cOoti. Show all posts

Monday, 12 November 2012

Bila Cuti Sekolah Bermula...

wahhhhh exicted sungguh aku nak berkarya hari ni setelah sekian lama menyepikan diri.. haha.. vongoks.. dari pagi tadi dah terngiang-ngiang aku nak buat entry ni..


apa yang korang bayangkan..

cuti? memang la, kan dah sah-sah CUTI sekolah.. haha.. seronok la bebudak sekolah, boleh sambung tido sampai tengahari..

pandangan aku as a employee bila cuti sekolah..

SATU
Bos mula cuti panjang, jalan-jalan bawak femli bercuti hujung tahun

DUA
Jalan raya lengang, bak kata orang clear aje x banyak kereta

TIGA
Kotak parking banyak, so tak perlu nak berebut dah macam weekdays

EMPAT
Anak buah call "maksu bila nak balik, adik nak mintak belikan ..." haishh

LIMA
Dan yang paling utama JEMPUTAN KAHWIN melambak-lambak ! ! !

hah, yang itu lah aku nak cerita.. kenduri sana sini.. lorong-lorong taman ditutup.. tapi yang the best part is bila semua anak beranak mula berkumpul.. kecoh sana sini tak terkawal.. syiokk

p/s: aku pon planning nak kawen masa cuti sekolah jugaks, kui kui 

Tuesday, 11 September 2012

Minggu Terakhir Syawal

hari ni dah hari ke 23 bulan Syawal, nampaknya dah ke penghujung.. tapi aku tak sempat pon nak puasa enam..sOb..sOb.. sedih sangat.. dah la tahun lepas sempat 4 hari je, tahun ni langsung x sempat..

ada enam hari ngam2 je lagi sebelum masuk bulan Zulkaedah, tapi aku tau memang aku tak terpuasa punyer la.. takpe la, tahun depan aku cuba untuk puasa enam penuh.. chaiyookk!!!

raya tahun ni kami bertiga je kat rumah.. taknak cite la, sedihhh.. sroottt srottttt...

mak ngan adam

moksu ngan adam


tahun ni langsung takde gambar femli T_T

open house pon tak banyak macam tahun lepas :(

p/s: ramai la pulak pakai kaler biru raya tahun ni..

Monday, 10 September 2012

Dia Cucuk Lengan Saya Lagi

sampai sekarang ni kiri kanan lengan aku lebam2 lg, makin teruk dari gambar ni..

dah lama sangat rasanya aku x jenguk ke blog ni.. sib baik la ingat lagi passwordnya.. huhu..

baru je baik dari demam, makin hari makin ringan rasa badan ni..

ingatkan sebab tak cukup rehat pas raya ni yang buat kaki aku cramp.. asal malam je cramp sampai takleh tido.. malas la nak kejutkan kawan2, selagi boleh tahan aku akan tahan je kalau sakit..

petang2 lak badan mula lenguh2 kebas2 n panas2.. mula2 aku telan gak activefast sebijik dua tapi x jadi ape.. sampai nak abes satu papan activefast (bukan telan sekaligus ye) same aje x hilang gak sakit tu..

mcm ni.. 29hb-30hb Ogos kaki cramp.. 31hb-5hb Sept demam petang hingga ke malam tapi time nak tido xde demam dah.. risau jgk aku.. paling teruk 1hb-2hb Sept aku rasa memang tak larat sangat2 nk bangun, nak makan pon pahit aje tekak ni..

4hb Sept aku gi klinik walau dalam hati memang taknak jejakkan kaki ke tempat crowded dengan orang ramai tu, rimas+lemas.. mintak half day dengan bos n berdesup aku g klinik..

"saya nak jumpa doktor, saya nak amek darah" pasrah je aku tapi dalam hati takut jugak untuk terima segala kemungkinan bila result darah dah keluar..

"saya bagi awak timeslip je tp esok awak kena datang amek darah lagi tau sebab kemungkinan awak ni demam denggi.. ada bleeding mane2 tak? lengan, badan what else.." ramah doktor cun tu berceloteh..


esoknye.. aku g ke klinik lagi amek darah.. kali ni g klinik yang lain plak sebab doktor cun tu cakap klinik kesihatan yang dekat rumah aku dah buka untuk rawatan pesakit luar.. aku ingatkan lom buka lagi, sebab tu semalam tak direct ke sini..

aku sampai klinik kul 8.20 pg.. amek no pastu isi kad rawatan untuk pesakit kali pertama datang ke situ pastu tunggu no dipanggil.. actually tak dipanggil sebenarnya, mata aku kena paku mandang board yang bisu tu.. nape la board tu xde suara macam kat bank, kan baru orang alert bila dengar no dipanggil..

kaunter pendaftaran > amek darah > amek tekanan darah > Q nak jumpa doktor.. tepat kul 11.30 tgh br bua dari klinik.. rasa nak pitam je dah sebab penat lapar sume bersatu..

mujur doktor cun yang baik hati tu bagi mc.. walaupun 1 hari tapi dah cukup bagi aku untuk rehat.. doktor cakap aku dah tak demam, platlet dengan sel darah putih pun makin naik.. 


maknanya aku makin baik la n doktor cakap aku tak payah datang amek darah kat klinik lagi setelah kiri kanan lengan kena cucuk, risau jugak takot sakit nak drive balik rumah tapi Alhamdulillah.. x sakit pon cuma perit sikit je..

ni hadiah doktor bagi kat aku..


p/s: pas makan obat langsung aku x ingat pape dah, bestnya tido.. bila dah sihat sikit obat pon tah kemana =D

Monday, 16 July 2012

Saat Berbahagia

waktu yang paling berharga adalah saat2 bersama keluarga, bersama Sidia dan bersama kengkawan.. wahhhh, masa ni la aku dapat releasekan tension.. dengan mereka lupa segala masalah yang melanda..

lokasi : The Secret Garden, One Utama, Damansara


macam kat tanah tinggi kan.. tenang sangat bila ada kat atas bangunan yang diolah menjadi taman.. sejuk pon sejuk kat atas ni..


cantik kan tempat dia.. ingat nak g sana lagi la pasni.. huhu


nah, pose untuk korang sume *lau ada orang tengok belog ni la* huhu..

p/s: tak sangka kat atas puncak bangunan shopping mall ada taman sedamai ini.. sesungguhnya aku yang dahagakan ketenangan

Monday, 9 January 2012

Terjawab Sudah Sakit Kepalaku Ini



ingat tak entry aku Bila Semuanya Bergabung??

jumaat lepas, 6.1.2012 aku ke doktor n aku dah temui jawapannya.. very2 tak disangka ape yang doktor cakap kat aku masa tu.. sedih plus takot pon ade perasaan aku masa dapat tau penyakit ni..

aku : saya sakit kepala la doktor, bukan pening tapi sakit rasa macam ditekan2

doc : salu ke sakit macam tu

aku: salu tu tak lah tapi yang minggu ni susah sangat nak ilang, sampai makan tiga pat ari dah..

doc : takde amek pape obat ke?

aku : dah tapi takde efek la doktor.. salu pas makan activefast saya tido and then bangun tido baik la.. tapi kali ni sakit sangat, makan obat pon x rasa pape dah

doc : kalau ikot tanda2 yang awak cakap tadi awak ni kena migrain

aku : migrain? teruk ke?

doc : tak la teruk sangat, nanti saya bagi obat n mc tapi lau sakit berlanjutan datang jumpa saya balik.. tapi awak kena jaga2 ni, takot makin teruk nanti

 

migrain? terkejut aku bila dapat tau.. arini bila aku search kat abam google memang betol la tanda2 yg ada.. takotnya..

MIGRAIN

Pengenalan
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain berdasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine (sibelium), propranolol, sodium valproic (epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Apart from taking medications, patients are also advised to take non-pharmacological measures to reduce migraine attack, eg relaxation training, stress management, avoidance of triggering factors eg bright light, certain food, stress and sleep deprivation.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh mengganggu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

kebanyakan tanda2 ni ada pada aku.. sekarang ni aku makan obat mefenamic acid (ponstan) & metoclopramide (maxolon) ni je.. arap2 sakit ni x melarat la..


p/s: dapat mc pon x dapat nak rehat kt umah, asik bos sms je.. awal bulan feb ni baru cuti panjang, lambat lagi la.. adOi..

Monday, 19 December 2011

Budu Kawen Doh

minggu lepas aku keje sehari je, sodap tak terkira woo.. senin cuti umum coz ari ahad tu bufday Sultan Selangor, selasa keje n rabu balik kampung sampai weekend la.. huhu, sodap memang sodap wa cakap sama lu.. hoho..

w/pon balik 4 ari je (tak bape nak lama cam biasa) tapi memang wajib la balik coz one of my bff aku kawen.. Budu oh Budu, title mu tukor doh pah 15 aribulang doblas 2011 sebagai isteri kepada Afif Asyraf atau Mat Alif.. Budu atau nama betulnye Wan Zubaidah a.k.a Zue..

dengan ini saya ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA PANJANG UMO DAN BERKEKALAN JODOH HENDAKNYA
buat pasangan pengantin yang dirai..

nape kitorang panggil Zue Budu?? alkisahnya cenggini.. dulu masa Zue ikot Lepih balik umah, Zue makan Budu sampai xde suara.. pastu la terus lekat nama Budu ni.. kitorang sume ada nama gelemer gitu.. haha..

Aisyah Lepih - Wawa Amoi - Su Cukibuk - Zue Budu
terase diri ini begitu pemes wahaaaa...

w/pon keje jauh kami sanggup datang memeriahkan majlis perkahwinan kawan tersayang.. sayang korang ketat2 tau, muahhhhh darab berjuta billion kali muahhhhhh!!!


  

gambar sekitar majlis bersanding

arap2 yang ni pulaks ikot jejak Budu ye.. doakan kebahagiaan kami ye..

p/s: kemaen payah c Zue ni nak lepaskan kami balik..  c Alif kat sebelah pon x dilayannya.. huhu.. pas berhempas pulas mintak nak balik baru dia lepaskan kami, tu pon x menang tangan die nak layan tamu yg datang.. tapi memang sodap nasik minyak ^_~

Thursday, 10 November 2011

Tak Puas Cuti

hmm, 1st day aku keje arini.. malasnye nak keje.. baru je naik keje dah kene buat byk keje..

jap2 kena lari sini sana angkat tepon, lau dapat tarik line xpe la jugaks.. adoi, peluh ketiak mak nak jaga dua orang bos lagu ni.. nak buat camne dah nasib macam ni, redha jela.. lau tahu aku x masuk terus keje minggu ni.. tapi apekan daya, tengah bulan depan nak balik kg lagi.. nak x nak keje la..

sememangnya aku x puas cuti 3 ari kat kg.. 3 ari keje + 2 ari weekend + 1 cuti umum = 6 hari total memang x cukup.. x cukup rehat, x cukup nak makan masakan mak, x cukup hari nak jumpa kawan2 n sume la x cukup.. huhu.. nak cuti lagi, xnak keje la sampai bile2 tp nak gaji je tiap bulan.. aci x? hehehehe



masa ni dapat kol dari akak aku suh hantar anak die p klinik.. dari bandar aku ke rumah akak pastu patah balik ke bandar tempuh jem jalanraya dek ujan lebat untuk kejar klinik tutup kul 5 ptg.. fuhh, sib bek sempat.. bebear anak sedare aku heret je g memane.. huh, ikot sape la ade bebear tuh..

p/s: ade sape2 nak jadi drebar aku x balik bulan depan.. gaji xde tp aku banje makan je la.. lalala~

Sunday, 16 October 2011

Pecah Rekod

alkisahnya semalam 15.10.2011 @ hari sabtu @ weekend.. gila punya la aku tido, x penah dibuatnye sepanjang idop ** taun ni.. hampir 15 jam tido, bangun makan je.. huhu.. sebab lapar je baru aku tersedar daripada tidur..

mau x lamanya aku tido, bosan tau x.. aku ditinggalkan keseorangan je kat umah.. memang bosan gile.. nak layan fesbuk pon dh jemu lau dup ngadap bende tu tiap ari..

pasni tobat aku x buat dah keje gile ni, fenin kefepafalafa afakufu nifi.. haishh tercakap f  la pulaks.. sori2 bagi korang yang x paham.. aku translatekan balik ye.. fenin kepala aku ni akibat  terlebih tido..

tapi lau budak kecik tido lama xpe, tu bagus untuk tumbesaran otak mereka

p/s: korang jangan buat macam aku ye, nyesal nanti

Friday, 23 September 2011

SUARAKAMI 2011


amacam, cun x? hahaha sila gelak lanun sampai kua muntah ijau ye uols.. siot je kn.. saja aku sajikan pemandangan mata yang cukup indah buat tatapan korang yang rendu kt aku.. yang x rendu toksah duk menyemak kat sini.. p men jauh2 sket nung..

setelah sekian lamanya belog ni x hapdet, ari ni aku dapat curi jugaks sedikit masa untuk belog tercinta yang 1 ini.. meh sini yang bujang rapat2, yang dah berstatus sila jarakkan diri anda ye.. nanti x pasal2 lak lebam bijik mato den ni..  aku nak bercerita tentang konsert SUARAKAMI 2011 yang berlangsung minggu lepas kat Stadium Merdeka..


ini adalah tiket kami

 

tag kami


main stage SUARAKAMI yang gah.. lighting dia santekkk.. w/pon ujan tapi ramai jugaks yang datang memeriahkan suasana, macam kami la..




  


memang bez konsert dia, x macam dalam tv.. esoknya aku try tengok kat tv coz ramai yang komplen cakap x bez.. betol la, memang berbeza sesangat live ngan kat tv.. part yang paling bez bila Azlan The Typewritter tu nyanyi.. suara dia, perghhhhhhhh.. very the bez la, terase macam nak joget2 je sekali ngan dorang..

gambar kat atas ni aku yang tengan ralit tengok dorang perform.. stacy, faizal tahir, hujan ngan retis2 antarabangsa lain pon bez..

Sunday, 24 July 2011

Dah Nak Puasa

kejap je tahun 2011 ni berlalu.. tup2 dah nak puasa dah.. pas puasa pastu raya pulaks.. x lama pas raya dah masuk ujung tahun daaa..

puasa tahun ni macam tahun lepas2 jugaks.. aku sorang2 jer.. esok last aku puasa ganti.. pastu senin depan dah masuk 1 Ramadan.. sunyi puasa kat sini, kalau kat kampung macam2 ada.. berbuka ngan femli lg uiiii syoknya..

cuti raya?? aku balik last minit raya tahun ni, confirm jalan jammed giler.. ingat nak cuti 25 tu tapi dah kena beku plak dah.. eeeiii, geram!!! padahal bos aku dah luluskan cuti aku tapi dia tarik balik.. ni gara2 audit datang la tarikh tu..

sekarang ni masalahnye aku kena drive balik Terengganu sesorang.. korang bayangkan bape jam nak sampai kampung kalo orang sume pakat balik raya.. adoyaiii... xde sesape ke nak temankan aku a.k.a jadi drebar kedua..


kasihanilah aku..


Monday, 18 July 2011

Sedihnya..

dalam diam air mata aku menitik jua pagi tadi tatkala menerima berita yang satu itu.. mengapa nasibku selalu saja sebegini lewat kebelakangan ni?? apa saya yang harus aku buat untuk mengubat hati yang amat pedih dan perit ini.. terasa seperti luka tergores yang disimbahi dengan cuka.. bagaimana nak aku khabarkan pada keluarga tersayang.. lalu aku terdengar satu bisikan halus di telinga - sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik semua kejadian ni..

namun hati aku meronta ronta mahu mengatakan sesuatu - mak, cuti orang dibekukan.. xleh nak balik raya awal..

pasti berjuraian air mata aku keguguran.. sentap hati ini tiap kali bersembang dengan mak.. aku dah plan awal2 nak balik raya sebab nak elakkan jem, dah la aku balik drive sesorang.. nak kemas umah lagi, xkan mak aku nak kena buat sendiri.. kueh raya pon aku dh tempah sejenis dua nak bawak balik.. kalau aku balik pas sahur, lom tentu aku berbuka kat umah kalau jalan jem.. lalu aiwey karak lagi..

nape la audit ni nak datang time raya, postpone la lepas raya.. w/pon korang xnk raya tp aku nak raya.. umah korang dekat xpe, pastu memasing siap ade drebar lagi.. lau aku ni sah2 umah jauh, drebar arapkan diri sendiri aje..

aku perlu jumpa seseorang untuk meluahkan perasaan yg terbuku di dada.. selagi aku x meluahkan masalah hati ni xkn lega..


tolong la bagi aku cuti awal


Saturday, 4 June 2011

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru.. -itulah sms yg aku dapat pagi2 waktu kat kampung aritu..

Terima Kasih -pendek aje ayat yg aku balas pada c penghantar sms..

tergelak aku sesorang saat membaca ayat berbentuk ucapan itu.. Arepunk oh Arepunk, hanya ngko sorang yg wish kat aku.. Arepunk ingat aku yang kawen kot, padahal kakak aku yg tuan punye majlis..

yang sebenarnya ramai jugaks orang ingat aku cuti kawen sebab aku cuti 2 minggu.. orang kawen pon cuti 2 minggu jugaks kan, well.. aku amek cuti lama sebab tahun ni aku x balik kampung lagi, langsung xde cuti lagi.. EL (emergency leave) pon baru sehari tahun 2011 ni, sebab aku demam xleh bangun.. lau leh bangun aku amek mc je, xjejas cuti tahunan.. tapi nak buat camne kan, terima jela..

sambung balik part cuti tadi, last skali aku balik kampung ujung tahun lepas.. dekat setengah tahun dah x balik, sape x rindu kan.. homesick, miss my mom, miss my home miss my love..

ni pon aku datang kerja ramai je yang bertanya.. so balik kawen ek su?.. lama cuti kawen.. tu la antara soalan yg dorang ajukan kat aku.. aku x cakap pape pon, juz senyum.. senyum, x perlu kata apa-apa macam lagu najwa ft malique tuh.. aku tunjuk jari aku kat dorang sume.. jari yg xde inai, xde cincin pon..







sebenarnya ada banyak lagi gambo yg ade tp jenuh aku nak upload.. senang cite lau nak tengok jugaks tengok je lam  fb aku dlm album my sis's big day.. tp lau x fren ngan aku memang xleh tengok la.. hehe..

okeh la, aku pon dah ngantuk ni.. jam dah kul 1 pagi dah.. walaupun esok wekend, tp aku kena bangun awal coz ane wireman nak datang betulkan soket yang shock..

nitez n sweet dream..

nak tido jgn lupe baca doa tido dulu ye...

dadaaaaaaaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...