Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Ayam Goreng Sedap Dan Murah

oyeahh, terasa lagi kesedapan ayam goreng ala-ala kfc yang sedap lagi murah untuk menu lunch tadi.. Mashu lupa apa nama menu tu sebab akak office yang order dulu masa Mashu pergi pejabat pos..

ayam goreng dia tu kan memang kita dapat panas2, ada coleslaw, bun sebijik macam snack plate kfc tu la.. isi ayam rangup, lembut and juicy.. yang penting sedap dan MURAH.. hahaha.. ni gambar Mashu google..


kalau tak salah nama menu ni eater light, rasanya la..

Mashu makan yang ni tadi dengan air sirap bandung hanya RM9.90 je.. kira kategori murah la tu kan..

sape2 nak try boleh ke Restoran FC bertempat di tingkat bawah Kompleks PKNS Shah Alam.. btw kebab dia pon memang terbaekk and femes..

p/s: nak kena ajak Sidia teman makan kat sini lain kali, wajib.. ngeee


Tuesday, 15 January 2013

Selamat Pengantin Baru Farrah & Fadzil

13-01-13

Tarikh: 13 Januari 2013
Masa: 10 pagi (berkumpul di Putrajaya)
Tempat: Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang
Rombongan Cik Kiah: 2 bijik kereta
Ahli Rombongan: 
- Aku
- Lepih
- Amoi
- Dey Det
- Doc Cat
- Shaklee
- Che Ta

memang la meriah kalau geng2 kami ni turun padang.. asal ada kenduri je dah jadi macam reunion dah.. hehe.. tapi best.. syiokk sebab jarang sangat berjumpa, harapkan kt majlis orang kawen macam ni la baru bersua muka..

potpet.. potpet.. gosip.. bila ko nak kawen.. bila aku nak kawen.. pakwe ko orang mane.. ko dah pening2 ke (married only).. gila la banyak kalau aku nak taip semua kat sini.. v(^_^)v

korang pandai2 la nilai bila tengok gambar sopan kami ni.. *gelak sambil tutup mulut*













  


muka hepiiii je sume.. Selamat Pengantin Baru semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya hendaknya.. be a good wife okehh ^_^

p/s: Alhamdulillah semua urusan kami berjalan dengan lancar dan sempurna..

Monday, 10 December 2012

Musim Buah Menerjah

memang kena benor dengan cuti sekolah dan musim buah.. memang syok la kalau balik kampung.. memandangkan kampung aku amatlah jauh maka aku berkunjung la ke kampung bff aku yang terletak di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur.. *siap set jalan sebab nanti nak datang kendiri kawen bff ni Mac 2013*

aku kat sana tak lama, Sabtu balik Lipis pastu Ahad balik Putrajaya dah.. nape tak balik Shah Alam?? malas la, pagi Isnin aku gerak gi kerja dari sana and pas kerja baru balik rumah..

ni dia yang menyambut kedatangan aku

mengancam kan.. uihhh rasa macam nak panjat terus pokok ni..

malam kami kenduri raja buah ni pulak.. lagi sebakul dah "selamat" dah.. haha

korang penah buat macam ni?? kupas rambutan tapi tinggalkan selaput isi tu je.. aku panggil ni telor.. haha macam telor ayam kan.. dulu siap bertanding lagi sape boleh buat telor ni banyak2 dengan cepat.. haaaa memori lama menerjah fikiran..

ni hasil yang kami bawak balik ke Shah Alam & Putrajaya.. rambutan anak sekolah dengan manggis.. pagi tadi kejap je abis aku letak kat pantry office.. pesta buah kami sume jap, untung la sebab bos ramai yang cuti memandangkan esok cuti umum Selangor.. sape2 yang keje luar Selangor takmo jeles2 ye.. peace..


pemandangan kami sewaktu balik ke ibu kota semalam.. dari 2 jam setengah berganjak ke 6 jam baru sampai.. haruuu.. memula ingatkan jammed sebab separuh akhir Harimau Malaya tapi xde pape pon.. tapi jammed kemaen lagi, merangkak kereta atas jalan raya..

sampai je putrajaya terus layan skrin besar kat Presint 15 tengok bola.. haha macam2 keletah penyokong harimau malaya..

p/s: esok Selangor cuti umum yeayyy, boleh sambung rehat sebab weekend tak sempat nak rehat..

Friday, 14 September 2012

Hari Terakhir Syawal

Tarikh : 14 September 2012 (Jumaat)
Masa : 1.00 - 2.30 ptg
Tempat : Kg. Sg. Udang, Klang, Selangor

ada kawan opiz buat majlis makan2 so pe tunggu lagi... zasssssss










 

 gosipppp



 datang open house sempat lagi akak2 ni masak kek kat dapur ye



 nak balik dah

 muka2 kenyang otw balik opiz, terima kasih tuan rumah



2 pics last ni masa office punye open house.. just nak tunjukkan baju dorang yang colourful.. nice blocking colour uolsss.. shantekk

p/s: yeayyy, dah weekend ni cuti 3 hari.. btw Selamat Hari Malaysia :)

Monday, 16 July 2012

Saat Berbahagia

waktu yang paling berharga adalah saat2 bersama keluarga, bersama Sidia dan bersama kengkawan.. wahhhh, masa ni la aku dapat releasekan tension.. dengan mereka lupa segala masalah yang melanda..

lokasi : The Secret Garden, One Utama, Damansara


macam kat tanah tinggi kan.. tenang sangat bila ada kat atas bangunan yang diolah menjadi taman.. sejuk pon sejuk kat atas ni..


cantik kan tempat dia.. ingat nak g sana lagi la pasni.. huhu


nah, pose untuk korang sume *lau ada orang tengok belog ni la* huhu..

p/s: tak sangka kat atas puncak bangunan shopping mall ada taman sedamai ini.. sesungguhnya aku yang dahagakan ketenangan

Thursday, 3 May 2012

I Like Makan Nasi Minyak FREE

mulai sekarang dah start majlis kawen, nanti masuk cuti sekolah je tiap2 ari maunye ada jemputan kawen.. so mase ni la boleh jimat bab makan.. haha..

ni aku memeriahkan majlis kawen budak umah aku, Kak Hanum dan pasangannya Kelana Edy.. dorang nikah 28/4, majlis belah perempuan 29/4 dan majlis belah lelaki 5/5 ni..

so pasni WANTED la nak hosmet sorang lagi untuk ganti tempat Kak Hanum tu..

ni masa majlis belah perempuan yang telah diadakan di Sekinchan, Selangor.. elok2 kami sampai dorang tengah tunggu pengantin laki sampai nak bersanding :)

ni la pengantin perempuan merangkap bekas hosmet aku..

sebab pengantin laki dah nak sampai so aku makan la dulu.. ni dia nasi puteh lauk ayam celup tepung, kerang, daging masak kicap, masak lemak babat (perut lembu), n sayur.. makanan orang jawa, tah betul ke tak nama lauk2 tu.. aku tau makan je.. haha..

raja sehari : Kelana Edy n Nor Asrifahanum

aku heret mrs Conan ajak temankan :)

Kak Pikah : hosmet aku jugaks tapi dia tido sana masa kenduri

n ni, aku lah.. sape lagi.. tumpang duduk ye.. hehe

minggu ni lau free aku g majlis belah laki pulaks.. makan free tuh :p

p/s: sonok tengok kengkawan naik pelamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...