Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Sotong Masak Halia Simple Mashu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-16 kita semua berpuasa..

minggu lepas Mashu berbuka sensorang je kat rumah, cik asben kuar office pukul 7 malam, so tak sempat gak kalau rushing balik.. kesian dia stuck dalam jammed.. daripada buka puasa dalam kereta, Mashu suggest dia balik after berbuka je..

sementara tu Mashu pon start la masak sotong masak halia.. cubaan pertama, ok sedap tp cair sikit.. mungkin tak cukup bawang.. next time leh tambah pape yang kurang..


Bahan-bahan:
sotong
bawang putih
bawang merah
bawang besar 
cili padi
halia
serai
garam
gula
aji
air

masak la ikot cara korang ye.. menu ni simple sangat, cukup la kalau makan 2 org macam Mashu ni..

p/s: minggu yang penuh dengan eksperimen masak untuk buka puasa


Wednesday, 17 July 2013

Bersahur

Salam Ramadhan Al Mubarak . . .

Sekejap je dah masuk hari kelapan umat Islam berpuasa.. Alhamdulillah Mashu tak ponteng puasa lagi setakat ni..

pepagi ni Mashu dapat info yang berguna, jom kita baca sama sama..


Rasulullah SAW bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Sayyidina Abi Sa’id al-Khudri beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : “Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya bershalawat ke atas orang-orang yang bersahur.” - Hadis Riwayat Imam Ahmad

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." - Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi

"Rebutlah "keistimewaan" dalam BERSAHUR itu, kerana ianya bukan setakat PERSEDIAAN untuk berpuasa atau BERKAT yang ada padanya, tetapi ucapan "salam" dari para malaikat dan jauh lebih drpd itu dari Allah Ta'ala itu. Org yg MALAS bersahur itu, umpama org yg SOMBONG utk menerima "salam" drpd para malaikat dan Allah Ta'ala."

p/s: Petua best daripada Ustaz Kazim untuk isteri yang suaminya susah bangun sahur.. " pelan2 bisik kat telinga suami..'man rabbuka'.. In Sha Allah melompat suami tu bangun!"

Friday, 10 August 2012

Tinggal Beberapa Hari Je Lagi

Assalamualaikum & selamat pagi dalim2 ku.. moga kalian sehat2 je di pagi Jumaat ni..

eh2, jap je dah masuk ari Jumaat.. yeay, minggu depan dah nak balik kampung.. cuti pon dah approved semalam.. balik kg 16hb.. balik sini 27hb.. uihhhh, leh tahan jugaks cuti aku.. hehe

btw aku drive sesorang je balik raya, same la macam tahun2 sudah.. bila la nak merasa jadi mem duk seblah je kan.. bia cik abang lak yang bawak baru la syiokkk..

mood hepi coz petang ni nak gerak g umah kawan baik, weekend ni tido sana.. datang keje pon dari sana ari senin ni.. cantekkk ah leh lepak lama2 dengan sahabat sejati aku tu..

so ni mungkin last entry aku untuk bulan ni sebab la ni dah xde masa nak hapdet bagai.. *mood malas nak buat keje* hahaha

so bersama-sama ini dilampirkan sesalinan... cewah, cam buat surat opiz lak dah ayat aku..

so kat sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua, jangan tinggal pose yang berbaki bape ari je lagi ni ye.. andai ada terbuat salah mintak diampunkan..


ni gambar raya opiz aku taun ni.. pandai2 la cari aku yang mane satu k..

p/s: sume bank x bagi angpau ke tahun ni??

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Datang Menjenguk Kembali

Salam Ramadhan.. hari ni merupakan hari ketiga umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. aku harap sebelum tido tu jangan lupa niat doa puasa dulu ye..


harap2 korang tak lupa lagi akan niat ni..

TERAWIH


Alhamdulillah, syukur aku diberi kesempatan untuk menunaikan solat sunat terawih pada malam menjelang puasa.. almaklumlah tahun lepas keadaan tidak mengizinkan aku bersama-sama umat Islam di masjid..

tahun ni aku bersama akak hosmet jalan kaki ke masjid berdekatan rumah.. mujur aku pindah rumah baru awal bulan ni (Julai) yang dekat dengan masjid.. seronok tatkala menjejakkan kaki di masjid yang penuh dengan jemaah muslimin dan muslimah sampaikan aku dapat tempat kat belakang dekat balkoni masjid.. aku ingat 8 rakaat aje tapi bila dengar tok imam cakap 20 rakaat, fuhhh kuss semangat.. selama ni belum pernah lagi aku buat 20 rakaat..

okeh, pas azan Isyak kami pon mula berterawih la.. yang mengejutkan aku bila selesai je 8 rakaat ramai yang beransur pulang.. separuh aje jemaah yang masih tinggal, mengucap panjang aku.. padahal ni malam minggu, bukan keje pon esok.. alang2 dah berjemaah di masjid, apa la salahnya solat terawih sampai habis sesame..

amin, tepat jam 10.45 malam solat terawih kami selesai.. berjalan la pulang aku dengan akak hosmet tu balik ke rumah yang jaraknya 3 lorong dari rumah sewa..

SAHUR


aku bersahur ala kadar je.. masak nasik, goreng telor n tuang kicap lemak manis aje.. sahur simple aje sebab bebudak rumah ramai yang balik berpuasa kat kampung.. untung la mereka yang tinggal dekat, aku jela yang kampung jauh nun di Terengganu.. hukhuk.. Mood sedih..

tapi takpe, malam ni meriah la kami bersahur sebab ramai yang dah kembali dari kampung.. aku ni jenis yang bersahur nasik, lembik lau x jumpa nasik.. alahai, memang melayu tulen la kan.. hehe

BAZAR RAMADHAN


petang semalam aku melilau2 sesorang kat bazar pas kua cuci kete.. pusing punya pusing aku sampai ke bazar Kompleks PKNS Shah Alam yang besar tu.. memang kat situ besar sangat, 3 kali jugak la aku pusing sebelum dapat parking..

dalam hati dah nekad takmo membazir, beli yang betul2 nak je.. mujur aku tak rambang mata bila tengok juadah yang boleh buat aku kecur.. so aku beli nasik lemak kukus, ayam percik seketul (untuk lauk sahur) ngan air, cukup la tu.. RM 12 jugak aku beli sume tuh..

BERBUKA PUASA


teringat zaman belajar dulu buka puasa reramai di Padang MPK2 Kuantan Pahang, meriah sesangat..

hari pertama aku berbuka puasa bersama Sidia, adat la bila femli memasing jauh2.. tu pon nasib la Sidia cuti, lau tak hari sabtu keje je manjang.. hari kedua aku berbuka sesorang kat rumah n hari ketiga hari ni aku berbuka reramai dengan bebudak rumah.. meriah sikit.. aku harap sangat dapat berpuasa dengan femli tercinta, ohh miss u mom..

p/s: teringat kat masakan mak di bulan puasa aku sedih, sesungguhnya anakmu jauh di perantauan mencari rezeki.. azam tahun ni balik beraya lebih dari seminggu!!!

Monday, 15 August 2011

Alamakkkk....

petang tu aku balik keje cam bese la.. dek kerana jalan depan menuju ke rumah aku jammed disebabkan bebudak balik sekolah awal bulan pose ni aku lencong ikot jalan belakang.. w/pon jauh sket perjalanan tapi x sangkut plus x banyak kete.. i like that.. sampai umah rilex2 dulu n kat dapur tu ada la hosmet aku Bambam duk masak lauk.. aku punye dah beli lauk siap petang tu.. aku beli ni kepak ayam madu je.. nyum3..

tetibe kua Bambam dari dapur meluru masuk dengan mulut muncung.. gas abes katenye.. nak kua beli macam x sempat je sebab memang dah nak masuk waktu berbuka.. pastu dengan confidentnya Cencunun pegi la mengetuk pintu rumah aunty sebelah dan berkata -

aunty, kami nak beli gas..

tetibe lak aunty 2 cakap dia x jual gas.. padahal ari tu dia cakap amek gas kat kedai, mati2 kami ingat kedai dia jual gas.. huhu.. malu siot.. tapi xpe la, dia cakap umah dia ada tong spare yang x buka lagi.. so kami amek yang tu n besok kami beli yang baru ganti kat aunty 2 balik..

petang besoknya kami usung tong gas kosong 2 muatkan dalam c puteh (myvi) aku.. dari satu kedai ke satu kedai kami masuk.. kedai yang paling dekat umah aku dah kehabisan tong warna biru pastu jual RM 28 lak 1 tong.. tapi kami x jadi amek sebab yang Aunty tu punya tong warna biru, so kami nak yang biru jugaks.. kedai kedua kami pergi jual RM 24 setong.. murah 4 hengget.. cekik darah la kedai 1st tu.. so, misi tercapai n tunggu nak hantar ke rumah aunty tu je dah..

Tuesday, 9 August 2011

P9F12 Rumah Ketigaku

disebabkan weekend lepas sume budak umah aku balik kampung memasing, aku nekad bermalam di P9F12 a.k.a Persint 9 Fasa 12 Putrajaya.. so sedih kan kalo berbuka plus sahur sorang2 kat umah.. nak berbuka ngan femli, last 2 hari terakhir pose baru aku  berpeluang balik kampung.. so sedih lau aku nak story mory kat sini..
oke, kita mulakan cerita..

pas keje aku terus gerak ke Putrajaya.. aiwey sesangat la sesak ngan kereta.. maklumlah, bulan pose kan.. memasing berkejar balik nak berbuka ngan femli memasing.. wohoo, so sweeeet.. salu amek masa setengah jam je aku drive ke sana, tapi dek bulan pose dekat 1 jam baru aku sampai.. tu pon sib baik aku guna touch n go, lau tidak kena Q panjang la jawabnya.. dah sampai sana dalam pukul nam petang pastu tunggu sya balik dari pasar..

malam tu kami ke downtown Seri Kembangan (betol la kot) cari tudung raya.. alaa, yang depan The Mines tu.. ni 1st time aku datang downtown tu.. kami berdua je yang merewang ke sana.. dua pusing jugaks baru aku dapat parking.. lau sya yang drive, memang habesss la katenya.. betol jugaks sebab dia baru je dapat lesen n baru nak belajar nk kontrol kete baru tuh.. hokey, sila tengok jam di bawah ni..

..jam pecah coz jatuh..

hampir pukul 3 pagi.. tapi x bermakna kami baru sampai umah waktu ni.. kul 1:30 kami dah sampai pon.. tapi biasa la pompuan kan, menelek barang baru dibeli n menyembang2 lagi sampai x sedar dah awal pagi.. keh3, ayat kemaen lagi kan.. haha.. disebabkan dah waktu macam ni kami buat keputusan untuk sahur terus.. nanti x pasal2 x sahur plak kang.. aku ni lau x jumpa nasik menggigil karang, camne la nak diet lau xleh tinggalkan nasik.. tapi aisehh, nasik lak x cukup.. mungkin sebab penat berjalan kot buat kami rasa lapar sesangat.. so aku tambah satu lagi menu kat bawah ni..


menu tambahan kami.. megi tomyam ringkas yang perghhhh... yang perghhhhhnya sampai buat aku ulang alik tandas ari esoknya.. hehe, aku dah lama x makan megi tomyam, salu kari bOOm2 je.. kari letup haha..

malam seterusnya kami ke mydin, cari barang dapur untuk masak.. macam biasa pas isyak baru kami keluar umah, siang2 x tahan cuaca panas nak keluar.. balik mydin pon dah malam, sampai umah dekat kul doblas dah..


aktiviti kami sekitar jam doblas malam di P9F12.. mencari siaran tv dengan menggunakan kabel antena yang baru dibeli di mydin.. hahahhahahaha.. sampai x tido duk cari siaran.. pastu aku dengan bunyi berdentum kat dapur.. menjenguk sya kat sana -nape yang bunyi tuh?? sampai dapur tengok dah mencebik dah mulut dia..




-Uuuu, bekas orang beli tadi dah pecah.. x sempat nak guna lagi-

-tadi elok je pegang, gane leh pecah ni-

-terlepas pegang suuuu.. uUuuUuuu...-

ha, tengok mulut dia tu.. sib baek balang kaca tu rege sehengget setengah je..


gambar ni aku amek pagi ahad.. oleh sebab perot aku x bape nak sehat lagi aku tengok permandangan kat luo yang nak hujan tu.. nasib rintik2 je ujan turun x lebat.. patang tu kami ke bazar beli lauk berbuka.. kul seploh malam baru aku gerak balik shah alam.. sampai shah alam je c "awak" dah ajak kua makan.. dan aku.. makan n makan lagi.. hehehe.. lau aku x makan dorang pelik.. mau taknya, aku ni kan dorang gelar MBSA.. lau makanan x abes aku la yang tukang perabeskan.. rezeki, x elok dibuang.. sayang, nages nasik tu nanti..


Friday, 5 August 2011

Lakonan Si Peminta Sedekah


pagi ni aku dapat emel pasal peminta sedekah.. ada la one of the group member yang share cerita ni daripada blog Mazidul Akmal Sidik.. alkisahnya macam ni.. peminta sedekah ni lelaki, kudung seblah kaki n bergerak pakai kayu beroda (ala-ala skateboard la) pastu mintak2 (mengemis) kat bazar ramadhan.. dia guna kecacatan kaki dia tu untuk raih simpati pengunjung bazar ramadhan.. tup2 lepas diekori oleh mazidul, tetibe lak boleh ada kaki n jalan macam orang biasa.. pelik kan?? adakah pelanduk dua serupa??? baju n seluar plus muka adalah serupa kecuali kehadiran sebelah kaki lagi tuh.. heran bin ajaib..

aku pon nanak cite panjang lebar sangat kat sini, juz lau nak tau kisah lanjut ni korang leh klik sini.

lagi satu, pengemis ni berlakon sebagai orang Islam.. siap pakai kopiah lagi masa mintak2 tu.. pastu bila suh dia sambung surah alfatihah diam plus senyum jer.. eiii, geram betol aku..

tu pasal lau ada orang datang mintak2 ngan aku jarang sangat aku bagi.. kebanyakan golongan ni hanya mengambil kesempatan atas keprihatinan masyarakat kita.. tapi mak aku salu pesan - bagi aje, niat dengan ikhlas.. betol atau tidak dorang tu atas urusan dia dengan ALLAH swt.. - boleh sekali tu datang jual kerepek kat aku dengan rambut karat, jeans paras lutut, baju saiz budak lagi.. sorry to say la, aku memang xkan kasi duit.. di samping itu x dinafikan juga yang mintak2 betol2, tapi aku percaya golongan yang satu ini x seperti golongan yang sedang aku ceritakan ni.. pape pon masing2 ada pandangan @ komen yang berbeza..

pesan aku : tolong la jangan ambil kesempatan di atas keprihatinan orang lain n tolong sangat2 hormati bulan Ramadhan ni.. sungguh keciwa dengan golongan ini..

Tuesday, 2 August 2011

Salam Ramadhan


assalamualaikum.. sempena bulan yang mulia ini, pertama sekali aku nak ucapkan selamat berpose kat korang sume.. hari ni merupakan 2 ramadhan so aku harap korang banyakkan bersabar ye.. jangan cepat melatah.. jangan jugaks gatal2 nak korek idong ek, n pape je yang boleh membatalkan pose anda.. x lama, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari aje..

hari pertama aku berpose..

hari pertama berpose banyak betol la cabaran aku.. dari pagi sehinggalah petang.. pagi smlm awal2 lagi aku dah dengan keluhan si A (identiti terpaksa dirahsiakan) hehe.. takot nanti orang salah anggap kat aku je.. pastu tengahri aku drive-thru kua opiz kul 12:45 pastu kul 2 baru turn aku.. sib baik bukan berdiri tapi beratur nak drive-thru.. aku bukan drive-thru mcD or KFC tapi kat pejabat POS.. bayar bil2 umah la.. huhu.. penat, panas, letih.. tahan jela, sib baik aku ni penyabar jugak.. haha pastu petang ni melambak2 kerja nak kena buat.. sume urgent.. dihumbannya sekaligus kat aku sebab kerani emergency leave.. aku bukan ape, lau nak cuti pon settle la dulu keje memasing.. x payah la nak menyusahkan orang.. aku tengok la minit dekat fail 2, arahan suh buat pada 27hb tapi tengok la dah seminggu x bergerak keje.. nak x nak aku terpaksa la buat sebab kesnya berjalan esok kat mahkamah.. hadoiiyaiiiii... petang jangan cakap la keje ape, mengedit dokumen2.. ada 4 dokumen setebal setengah sentimeter (cm) print depan belakang untuk cek spelling.. mak aihh, tulisan 2 dah macam semut bergerak dah aku tengok.. tp sib baik pukul 5 dah siap.. opiz pon dh gelap kul 5 ni, maklumlah bulan pose masing2 balik awal nak masak untuk femli.. paling haru keje aku langsung x terusik.. huhu

hari kedua aku berpose..

macam biasa aku paling awal bangun sahur.. bangun2 terus hangatkan nasik ngan lauk.. tetibe buka paip tengok xde air.. x cuak lagi sebab ingatkan pili paip singki aku yg poblem.. try buka paip lam toilet langsung x kua air, terus la panik.. makan sahur pon ala kadar je pastu kejut bebudak umah ajak mandi kat masjid.. 1 kete penuh kami 5 orang g mandi masjid.. pepagi buta lak tuh.. hahaha.. 

banyak betul la dugaan bulan pose ni.. tapi aku tetap sabar lagi.. so, dikesempatan ini aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK buat sume muslim di seluruh dunia n tabah menjalani dugaan sepanjang bulan yang mulia ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...