Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

Monday, 16 July 2012

Tahniah Cik Ngoh

tahniah cik ngoh a.k.a Kak Dah yang bakal menimang cahaya mata sulong tak lama lagi.. ni ada sikit gambar masa wedim dulu.. aku tak sempat nak buat entry.. *mintak ampun penunggu gua :p



aku jadi pengapit bidang terjun nak sambut pengantin laki.. huhu.. sib baik la baju raya tahun 2007 ni muat lagi, nak samekan dengan tema majlis.. godek2 jumpa jugak lam gerobok.. huhu

p/s: cane ye aku taknak bagi stress masa kawen nanti ye.. cewahhhh, macam x sabar nak kawen aje.. 

Thursday, 16 February 2012

Vanilla Coklat

slot Lestary TV3, drama Vanilla Coklat..

best kan.. suke sesangat nengok cite ni.. so suweeeet la dorang ni..





comel kan.. huhuhu..

memula benci tapi sekarang sayang pulak.. hehe..

p/s: x sabar nak nengok ending cite ni.. hopefully hepi ending story la.. hehe


Thursday, 29 December 2011

Tentang Dhia

hari ni dah nekad nak balik awal keje.. tak sabar nak tengok episod last Tentang Dhia.. huhu

 sume perasaan bercampur baur bila nengok cite slot Akasia TV3 ni..

suka+bahagia = Dhia ngan Zikir

benci = Ku Salmi+Zetty+Rose

bff = Dhia+Azmi+Raffi+Melly

memula benci kat Melly sebab hancurkan hubungan Dhia ngan Azmi pastu bila dia dah sedar dari koma 5 tahun n dah berubah+bertaubat, suka plak bila dorang berempat bersama-sama masa susah..


Sinopsis

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?


arap2 episod last petang ni akan membawa kebahagiaan kepada Dhia dan Zikir la.. kesian dorang ni tak salah cuma pihak yang tak suka berjaya mengapi-apikan dorang.. dah la Dhia anak yatim piatu, dapat lak mak mertua macam tu.. moga mummy dia dapat balasan yang setimpal atas segala perbuatan dia selama ni..

p/s: petang ni beratur depan mesin punch kad untuk jadi orang pertama yang punch out bagi WP2 (pukul 5) macam salu buat bila bos xde.. haha

Blues Untuk Aku


penah baca komik ni tak?? ni komik dedulu punyer citer.. best jugaks cerita pasal c Sahak ni.. tapi yang paling best yang ni la, aku suka sangat kata2 dia sampai simpan lagi tau.. ehehe..

Sahak ngan awek dia

Yakin itu pada diri..
Bukan senang untuk dicari
Yakin itu pada hati..
Bukan sekadar bibir mengukir
Yakin itu pada cara..
Bukan hanya untuk dicerca
Yakin itu pada usaha..
Bukan sekadar mendabik dada
Yakin kita pada pencipta..
Bukan pada jampi mantera
Yakin sejati pada Ilahi..
Bukan makhluk tempat memohon simpati

p/s: terjiwang la pulak berpuitis bagai.. hehe

Friday, 22 July 2011

Annissa - Slot Samarinda TV3

x sangka lak malam tadi dah episod last annissa.. tup2 kua perkataan TAMAT bila abes cite.. ingatkan minggu depan minggu last.. iskkk, x aci betol la.. nape tv3 x gtau malam tadi last.. at least kalo aku tau episod last xde la aku gatal tangan asik duk tukar channel lain.. haishhh, gatal betol tangan aku.. balik nanti kena sorokkan remote control tu..

awal2 dulu aku x tengok cite ni bila dah sampai tengah n orang asik duk bercerita best baru la aku follow.. rupanya memang best siot, rugi tol aku.. w/pon x tau banyak awal2 dulu tp aku sempat search...hehehe.. meh sini aku nak story kat korang..


sinopsis Annissa

Diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem, ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


tapi aku suka la ending dia, sedih pon ada sebab Balkis meninggal pastu Shila lak gila.. tp Anna akhirnya dapat terima Haikal (anak Balkis ngan Farid), yela budak kecik tu dah xde sape2 dah kan.. sian lak mak bapak dah xde.. tapi perasan x scene last sekali yang mana Anna muntah2.. apakah maknanya tu.. hehehe..

Thursday, 7 July 2011

Kembalikan Cintaku - Norhayati Berahim

memang dari dulu aku suka sangat baca novel.. nak2 time sekolah dulu memang kaki novel la aku ni.. yang aku suka baca karya Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Anis Ayuni & ramai lagi la yang pasti aku memang x hengat nama2 novelist kita tu..

malam tadi aku sempat habeskan novel Kembalikan Cintaku karya Norhayati Berahim.. novelist yang aku paling suka.. pas baca novel2 dia dulu ade gak aku berangan nak jadi penulis novel bila dah besar nanti.. tapi hakikat sekarang ni, keje lain yang aku buat.. hehehe.. dah nama rezeki nak buat camne kan, terima jela.. kira mujur la aku x sempat nak rasa menganggur pas grad dulu.. x lama lepas grad aku dapat tawaran keje gomen.. sekarang ni aku tengah tunggu pengesahan pelantikan.. congrats ashew cukibuk.. haha..

haishhh, terlebih pulaks dah aku ye.. oke, xmo cakap panjang sal aku sebab aku nak cite sal novel yang aku habeskan malam tadi.. ini dia..


Kembalikan Cintaku




nak tau lebih?? jom baca sinopsis cite ni..


sinopsis belakang novel:

Rasanya tidak pernah seorang pun manusia di dunia mememohon untuk merasa untuk sakit. Dicintai dan ditinggalkan pergi. Begitu juga Wardina. Dicintai juga tidak pernah dipinta apatah lagi ditinggalkan. Di saat bulan madu masih merah menyala, Zafrul suaminya pergi tanpa khabar berita. Wardina tertekan dan kadangkala rasa terhina. Pantasnya seorang lelaki berjanji, pantasnya mereka pergi. Namun sebagai manusia, Wardina harus akur takdir yang telah diaturkan untuknya…


Sinopsis keseluruhan cerita:


Wardina, seorang student di Jerman, yang tinggal bersama kawan sekolej, tiba-tiba dipertemukan dengan Zafrul yang merupakan anak Tan Sri yang tidak tahu hal agama, langsung menyukai Wardina dan memikatnya. Bagai langit dengan bumi, Zafrul dan Wardina akhirnya berkahwin juga, dan bagusnya Zafrul mulai belajar hal agama dengan Wardina.

Ayah Zafrul, Tan Sri Jalal seorang yang tidak percaya agama, malah telah rosak akidah dengan tidak mempercayai kewujudan syurga dan neraka, dia angkuh, sombong dan ego. Bilamana mendengar Zafrul anak sulong nya bernikah, dia memanggil Zafrul pulang ke Malaysia.

Mulai dari Zafrul pulang, ayahnya menggula-gulakan Zafrul supaya meninggalkan Wardina dan berkahwin dgn wanita pilihan ayahnya. Tan Sri Jalal sering terlibat dengan maksiat, akhirnya dia kecundang dengan maksiatnya sendiri. Dia jatuh sakit dan terlantar di hospital dengan penyakit kronik akibat alkohol.

Wardina pula setelah menunggu suaminya yang tidak pulang, dia pasrah dan meneruskan kehidupannya sendirian di Jerman selama dua tahun, dan akhirnya ke China membuat perniagaan logisitik di sana. Selama itu lah dia tidak berkahwin lain dan tidak membuka pintu hatinya untuk sesiapa. Dan juga dia tidak lagi punya perasaan terhadap Zafrul lagi. Sedangkan ketika ini Zafrul menderita jiwa dan raga, setelah perkahwinan demi perkahwinan yang tidak sempurna. Isteri yang dipilih Tan Sri tidak sesuai dengan jiwanya, kesemua mereka (ada dua isteri - Danielle dan Onah) derhaka pada suami, sering membentak-bentak dan menengking Zafrul.

Titik pertemuan klimaks berlaku bilamana, kawan serumah Wardina di Jerman dulu, (Nisak) terserempak dengan Zafrul dalam tren dari KLIA ke KL Sentral (setelah 8 tahun berlalu). Zafrul merayu2 Nisak untuk mendapatkan alamat Wardina. Nisak walaubagaimanapun tidak mahu Wardina terganggu lagi, dia enggan memberikan apa-apa pada Zafrul, ini menambah lagi kekecewaan Zafrul.

Dalam pada itu, syarikat Tan Sri Jalal, terpaksa dikendalikan oleh isteri pertamanya Puan Sri Fauziah. Puan Sri punya satu projek halal hub yang ditunda oleh Tan Sri, sebab Tan Sri tak menyukai halal. Puan Sri bergandingan dengan anak keduanya Zafran menyiapkan projek dan survey ke China.

Di sini lah klimaks kedua berlaku di mana Nisak dan Wardina berjumpa Puan Sri dan Zafran tanpa mengetahui hubungan masing2, perjumpaan akibat Wardina yang terlalu bersifat menolong, dilihat puan sri tersebut terkial-kial di airport GuangZhao. Dari situ hubungan sebagai rakan senegara terjalin, tanpa mengetahui hubungan sebenar.

Bagaimanakah akhirnya? Zafrul atau Zafran? Adakah hubungan akan terbongkar? dan bagaimana penerimaan Wardina?



macam ni la kot menunggu orang yang kita sayang x muncul tiba.. kesian plus sedey..

nak tau banyak jom tengok http://norhayatiberahim.blogspot.com/

Monday, 6 June 2011

Blues Untuk Aku

Assalamualaikum..

bila hati dah berbunga ni banyak sangat bahasa2 puitis keluar dari hati.. haha..
nampak gayanya jap lagi ni leh jadi sasterawan plak dah kot (asik perasan je aku ni)..
ayat ni bukan lahir dari hati aku sendiri, sekadar memetik pada sumber yang boleh dipercayai aje.. ngeh3..

setelah diteliti dan difahami sebaik mungkin, setiap bait2 yg tertulis membawa maksud yg amat dalam dan tersendiri..

jom ratah petikan ni.. (hentam ajela)


- YAKIN -

Yakin itu pada diri..
Bukan senang untuk dicari
Yakin itu pada hati..
Bukan senang bibir mengukir
Yakin itu pada cara..
Bukan hanya untuk dicerca
Yakin itupada usaha..
Bukan sekadar mendabik dada
Yakin kita pada pencipta..
Bukan pada jampi mantera
Yakin sejati pada Ilahi..
Bukan makhluk tempat memohon simpati


sedap kan ayat dia.. aku x ingat sape punya ni tp aku amek dari komik blues.. dah lama aku simpan ayat ni..


Sunday, 5 June 2011

Nora Elena - Akasia

sekarang ni balik je keje terus terpacak depan tv3.. huhu.. x sabar nak tengok cite Nora Elena yang best tu.. walaupun aku dah bape kali khatam novel Kasih Yang Suci tu tp aku still nak tengok jugaks cite yang main kat tv3 tu.. jalan cite x banyak berubah, sikit2 je tp best la.. sesangat best.. memang tengah hangat la drama ni, dengan hero heroin yg emsem plus cun.. aku paling suka bab2 nakal c Seth tu yg salu cari jalan nak berbaik dengan c Nora.. nakal n romantiknye dorang tu.. sekarang ni dorang dah berbaik dah.. buat sesape yang x sabar  nak tau ending cite ni, baca novel ni.. mesti ending cite sama kan..


..novel ni dh kua sejak thn 2007 lg..


sila la jamu mata kalian dengan gambo2 kat bawah ni ye..


..Aaron Aziz - hero yg ensem..


..Siti Saleha - heroin yg cun..


..i like this..


..barisan pelakon Nora Elena..



Sinopsis Drama Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru..

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang..

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth..

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

jom layan lagu lam cite Nora Elena ni.. syoiikkkkk..

Biar Hati Mencintai



Jangan Kau Pergi



Berubah



Sesuatu Yang Berbeza



Terhenti Disini



Dan Bila Esok



layannnnnnnn......

 

HOW TO ASK YOUR BOSS FOR A SALARY INCREASE..?

One day an employee sends a letter to his boss asking for an increase in his salary !!!



Dear Bo
$$,


In thi
$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately.. I think you $hould be under$tanding the need$of u$.We are worker$who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company ..
I am
$ure you will gue$$what I meant and re$pond $oon.



Your
$$incerely,

XYZ
 
 

The next day, the employee received this letter of reply :


Dear
 XYZ,

I k
NOw you have been working very hard. NOw a days, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticably well .NOw the newspapers are saying the world's leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad. I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean .

YOUR BOSS


Wednesday, 1 June 2011

Lestary - Asmara

tengok x Asmara episod last mlm tadi?? ok x??

macam x puas la ending cite die.. kemain lagi aku terpacak kat depan tv ngn c Cunun.. tapi aku rasa mesti ada Asmara 3 x lama lagi ni.. hehe..

pape pon aku enjoy menikuti siri tv Asmara ni dari awal lagi, dari Asmara  sampai le ke Asmara 2 ni..


- jom layan -


. . . Asmara . . .






..sinopsis Asmara..

Drama Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?


. . . Asmara 2 . . .








..sinopsis Asmara 2..

Dalam Asmara 1, Zaliya yang dikatakan meninggal sebenarnya koma. Bapa Zaliya dah menipu Asmara mengatakan Zaliya meninggal. Rahsia tu cuma Sahlan, Rohayu, Tria dan orang gaji saja yang tau. Asmara pulak yang sedih dengan kematian Zaliya kini murung sedih dan menyimpan dendam terhadap Sahlan kerana menganggap mertuanya,  punca perpisahan dia dan Zaliya. Lagi satu Asmara kesal sebab tak sempat nak menatap wajah Zaliya buat kali terakhir sebelum pengebumian Zaliya.
Asmara cuba tabahkan hati dan cuba berubah demi kasih sayang kepada Adam. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

. . . . .

p/s : aku pasti sangan akan muncul Asmara 3 nanti.. hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...