Sunday 5 June 2011

Nora Elena - Akasia

sekarang ni balik je keje terus terpacak depan tv3.. huhu.. x sabar nak tengok cite Nora Elena yang best tu.. walaupun aku dah bape kali khatam novel Kasih Yang Suci tu tp aku still nak tengok jugaks cite yang main kat tv3 tu.. jalan cite x banyak berubah, sikit2 je tp best la.. sesangat best.. memang tengah hangat la drama ni, dengan hero heroin yg emsem plus cun.. aku paling suka bab2 nakal c Seth tu yg salu cari jalan nak berbaik dengan c Nora.. nakal n romantiknye dorang tu.. sekarang ni dorang dah berbaik dah.. buat sesape yang x sabar  nak tau ending cite ni, baca novel ni.. mesti ending cite sama kan..


..novel ni dh kua sejak thn 2007 lg..


sila la jamu mata kalian dengan gambo2 kat bawah ni ye..


..Aaron Aziz - hero yg ensem..


..Siti Saleha - heroin yg cun..


..i like this..


..barisan pelakon Nora Elena..



Sinopsis Drama Nora Elena

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru..

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang..

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth..

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

jom layan lagu lam cite Nora Elena ni.. syoiikkkkk..

Biar Hati Mencintai



Jangan Kau Pergi



Berubah



Sesuatu Yang Berbeza



Terhenti Disini



Dan Bila Esok



layannnnnnnn......

 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...