Monday 15 August 2011

Surat Kiriman Rasmi

meh kita baca sesame.. baca pelan2 kalo x terrer lagi.. eja seketul2 ye uols..


camne? ada faham?? nak aku translatekan ke.. oke2 bagi yang x paham, korang baca terjemahan daripada aku ni ye.. pastu kalo nak gelak pon gelak jela.. ni memang bahasa pior teganu..

. . . . . . . .


Mamat Bin Awang
23-1 Jln Tunggang Terbalik
321 ½ 0 Kampung Saya
Sekitar Negeri Terengganu

JKKK Kampung Saya
23-1 Hujung Kampung
321 ½ 0 Kampung Saya
Sekitar Negeri Terengganu                                                                  8.7.2011

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TIANG GOL BARU UNTUK PADANG DI KAMPUNG
Tujuan surat yang tidak seberapa cantik ini ditulis kepada ketua kampung adalah untuk meminta tiang gol baru. Untuk makluman, tiang gol yang sedia adalah sangat teruk keadaannya dan tidak stabil justeru menunggu masa untuk rebah jika digesel oleh kambing. Lagipun tiang gol tersebut sudah berusia 20 tahun.

Saya bukan nak marah tetapi sekadar ingin memberitahu. Jika pihak tuan membuat tinjauan di kampung-kampung yang lain, ternyata semua mengenakan tiang-tiang gol yang baru, lagi cantik daripada tiang seri rumah ketua kampong. Saya berasa sangat tertekan dan malu disebabkan ejekan daripada orang kampung lain. Saya minta jasa baik ketua kampung untuk mengeluarkan sedikit sumbangan untuk membeli tiang gol yang baru. Dapat yang biasa sudah memadai, kalau yang mahal takut dicuri nanti.

Macam tu la ceritanya, saya bukan saja-saja menipu dan mereke-reka cerita. Jika ketua kampung tidak percaya boleh turun padang, tengok sendiri keadaan. Lagi cantik tiang tandas Mek Semoh daripada tiang gol kampung kita tu. Boleh kan?? Besar harapan sekiranya tuan mempertimbangkan permohonan ini secepat mungkin.

Yang lapor mahukan tiang gol,
Mamat
Mamat bin Awang

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...