Thursday 11 August 2011

Pertembungan Enam Mata

tatkala mulut berbicara tentang hati dan perasaan

..jangan tenung gambar ini lama2, kurang pahala nanti..

kisah benar melalui sesi luahan perasaan antara teman serumah yang berlainan statusnya

kasih sayang?? bagaimana seseorang itu menunjukkan kasih sayang pada insan tersayang?? melalui perbuatan?? melalui hati?? melalui harta benda?? melalui belaian mesra?? anda pula bagaimana..

melalui perbuatan..
kalau kita sayangkan seseorang mestikah kita menunjukkan rasa sayang dengan cara telefon, menghantar pesanan ringkas ataupun berbalas chatting..

melalui hati..
pendam saja perasaan sayang seorang diri dengan beranggapan bahawa satu pihak lagi memahami isi hati..

melalui harta benda..
memanjakan orang tersayang dengan kemewahan.. selalu asyik belanja insan tersayang makan2, beli barangan yang mahal2 dan banyak lagi la yang hendak aku nyatakan disini..

melalui belaian mesra..
no comment, tak tau nak huraikan ape..
 
semua orang mempunyai pendapat yang berlainan.. sayang itu sesuatu yang cukup subjektif.. dan sayang itu sememangnya tidak sama diantara manusia.. banyak cara yang boleh ditonjolkan untuk meluahkan rasa kasih sayang yang diberi.. ada yang selesa dengan dengan rasa sayang yang melimpah ruah, akan tetapi ada juga golongan yang rimas dengan kasih sayang yang melampau2 kerana beranggapan bahawa dirinya tidak diberi peluang untuk berdikari di bumi yang cukup mencabar ini.. semuanya terpulang pada gaya masing2.. sekadar untuk renungan kita bersama..

tapi inilah hasilnya.. dah lama baru terpublish entry ni hari ni, selama ni terperuk je as a draft..

p/s: tepuk dada tanya selera masing2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...