Showing posts with label kengkawan. Show all posts
Showing posts with label kengkawan. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

Suprised Baby Shower Geng Kite2 Aje

Jumaat lepas buat suprise baby shower untuk kak Ida bertempat di The Nando's SACC Mall Shah Alam..

ada rezeki lebih ape salahnya Mashu belanja kawan-kawan makan tak gitu..

bestnya Kak Ida dah ada ramai anak.. Along.. Adik.. Baby (now dah tukar Ayyat) and baby yang kat dalam perut ni.. Semoga kedua-duanya selamat dan dipermudahkan urusan bersalin ye akak.. lagi sebulan je dah baby nak melihat dunia..
tak sabar dah aunty ni nak tengok awak baby !

our mommy to be







sebelum


dan selepas


Alhamdulillah semuanya berpuas hati untuk hari tu.. 
nanti kalau ada rezeki lebih kita buat lagi ye.. 
seronok sangattt !!!

p/s : due date baby sama dengan birthday Mashu, nanti boleh la celebrate sesame yeayyy


Tuesday, 17 February 2015

Cafe Anggerik Terrace Hotel UiTM Shah Alam

nah, Mashu dan opismet dapat port baru untuk makan-makan bersulamkan lepakKing di lunch hour hari Jumaat yang panjang tu..

mula-mula ingatkan tempat ni mahal tapi standard biasa jugak.. still under budget lagi ni.. lain kali nak gi makan kat situ lagi..

oopsss, sebenarnya kami nak suprisekan Birthday Girl ni.. jenuh aku nak cari alasan nape Mashu bawak kakak ni pusing-pusing sementara kawan-kawan yang lain pergi set up dulu meja kat sana.. banyak soal lak gagap-gagap Mashu menjawab.. haihhh


Birthday Girl


 




 




Mashu makan Tomato Meatball Spaghetti

p/s : Harga berpatutan, portion banyak.. ada muzik iringan sambil makan-makan.. besttt


Tuesday, 18 February 2014

Ayam Goreng Sedap Dan Murah

oyeahh, terasa lagi kesedapan ayam goreng ala-ala kfc yang sedap lagi murah untuk menu lunch tadi.. Mashu lupa apa nama menu tu sebab akak office yang order dulu masa Mashu pergi pejabat pos..

ayam goreng dia tu kan memang kita dapat panas2, ada coleslaw, bun sebijik macam snack plate kfc tu la.. isi ayam rangup, lembut and juicy.. yang penting sedap dan MURAH.. hahaha.. ni gambar Mashu google..


kalau tak salah nama menu ni eater light, rasanya la..

Mashu makan yang ni tadi dengan air sirap bandung hanya RM9.90 je.. kira kategori murah la tu kan..

sape2 nak try boleh ke Restoran FC bertempat di tingkat bawah Kompleks PKNS Shah Alam.. btw kebab dia pon memang terbaekk and femes..

p/s: nak kena ajak Sidia teman makan kat sini lain kali, wajib.. ngeee


Wednesday, 25 September 2013

Makan Durian Di Tengah Malam

kejadian hujung minggu lepas baru nak kongsikan bersama.. huhu

Mashu bersama budak budak PPOC makan durian..


mula mula g Kelana Jaya kononnya makan sampai lebam la.. tapi bila kami 7 kereta sampai sana tengok sume dah tutup kedai.. durian dah abes daaa.. *kecewa

sebab dah keluar ramai ramai ni terpaksa la cari plan B plak.. tup tup buat keputusan makan durian yang dekat tapak pasar malam Seksyen 7 Shah Alam tu je.. tempat yang sama Mashu pergi dengan budak budak opiz dulu.. KLIK SINI

korang bayangkan pukul doblas baru start makan, pukul dua masih kat sini lagi.. balik rumah tu pukul 3 takleh tido lagi sebab panas.. haha.. nasib baik esoknya tak kerja

p/s: seronok makan ramai ramai macam ni


Tuesday, 15 January 2013

Selamat Pengantin Baru Farrah & Fadzil

13-01-13

Tarikh: 13 Januari 2013
Masa: 10 pagi (berkumpul di Putrajaya)
Tempat: Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang
Rombongan Cik Kiah: 2 bijik kereta
Ahli Rombongan: 
- Aku
- Lepih
- Amoi
- Dey Det
- Doc Cat
- Shaklee
- Che Ta

memang la meriah kalau geng2 kami ni turun padang.. asal ada kenduri je dah jadi macam reunion dah.. hehe.. tapi best.. syiokk sebab jarang sangat berjumpa, harapkan kt majlis orang kawen macam ni la baru bersua muka..

potpet.. potpet.. gosip.. bila ko nak kawen.. bila aku nak kawen.. pakwe ko orang mane.. ko dah pening2 ke (married only).. gila la banyak kalau aku nak taip semua kat sini.. v(^_^)v

korang pandai2 la nilai bila tengok gambar sopan kami ni.. *gelak sambil tutup mulut*













  


muka hepiiii je sume.. Selamat Pengantin Baru semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya hendaknya.. be a good wife okehh ^_^

p/s: Alhamdulillah semua urusan kami berjalan dengan lancar dan sempurna..

Monday, 12 November 2012

Musim Kahwin Menyerang

biasa la, bila dah mula musim cuti sekolah secara otometiknya musim kahwin juga bermula.. haha.. bak kata budak rumah aku, hujung tahun kan musim mengawan.. sebab tu hujan je manjang.. sensored please, double meaning already.. hoho.. bawah umur dilarang baca sama sekali understood..

Majlis Pertama

Kak Ani & Wahab @ Chemor, Perak

Bersama budak-budak rumah sewa : Kak Ecah, Ieqa & Yuyu

*budak tu x reti ambik gambar, kepala pengantin xde.. haishhh.. mentang  mentang la ambik pakai henpon aku yang mahal tu aje

Majlis Kedua

Marinie & Jijoi @ Gombak, KL

special guest : ex-SKBP

Marinie ni kawan sekolah rendah aku, pas doblas tahun nilah first time jumpa.. lama giler la aku tak jumpa dorang ni sume.. Jannah, Nurul, Tengku, Epul, Adam, Kimi & Fazli.. Kimi ngan Fazli xde lam gambar..

pas majlis kitorang menyembang sampai tak hengat dunia, almaklumlah dah DUA BELAS tahun tak jumpa.. 

Majlis Ketiga

Erin & Zafran @ Kuantan, Pahang

majlis Erin aku x dapat join kawan-kawan sebab ada hal.. gambar ni pon aku curi dari fb Haida, tu la elok je die berdiri tengah-tengah pengantin..ambik berkat ye ngko Haida.. haha

Erin ni kawan aku masa belajar kat POLISAS Kuantan.. ni sume kawan sekelas aku.. kami memang kecoh bila ada budak kelas kitorang kawin.. kecoh bergambo.. hehehe.. mujur aku takde masa ni..

Majlis Keempat

Baie & Buye.. gambar takde lagi sebab majlis minggu depan, tak tahu dapat join ke tak sebab majlis buat kat Jerantut, Pahang.. Baie ni kawan POLISAS jugak, kalo ada sesape nak pergi kenduri dia aku tumpang sekali la.. hoho.. jimat minyak kete

tapi perasan tak?? semua warna merah terang, amboiii kelas ko makngah!!

p/s: seronok tengok kawan-kawan dah naik pelamin, alangkah bahagianya hidup auuww

Friday, 14 September 2012

Hari Terakhir Syawal

Tarikh : 14 September 2012 (Jumaat)
Masa : 1.00 - 2.30 ptg
Tempat : Kg. Sg. Udang, Klang, Selangor

ada kawan opiz buat majlis makan2 so pe tunggu lagi... zasssssss










 

 gosipppp



 datang open house sempat lagi akak2 ni masak kek kat dapur ye



 nak balik dah

 muka2 kenyang otw balik opiz, terima kasih tuan rumah



2 pics last ni masa office punye open house.. just nak tunjukkan baju dorang yang colourful.. nice blocking colour uolsss.. shantekk

p/s: yeayyy, dah weekend ni cuti 3 hari.. btw Selamat Hari Malaysia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...