Thursday 27 March 2014

Ketam Bercili a.k.a Chili Crab Simple Mashu

cepatlah gajiii... dah seminggu ngidam nak makan ketam ni... buka tv je asyik tengok chef masak ketam je adOyaii, kronik + parah Mashu kalau lagu ni..

dapat gaji bulan ni terus singgah pasar malam petang tu jagak beli ketam segar.. Mashu beli 3 ekor, buat lauk nasi sorang seekor pastu yang seekor lagi ratah!! haha

ni mix punya resepi ketam bercili a.k.a chili crab hasil menggoogle seminggu.. juga campak2 je bahan yang ada kat dapur ikut suka hati sendiri


Ketam Bercili (Chili Crab)

Bahan-bahan:
- Ketam
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Cili Kering (rebus + Kisar)
kalau malas campak je cili boh
- Cili Padi
- Serai
- Halia
- Sos Tiram
- Sos Cili
- Serbuk kunyit utk menggoreng
- Garam + gula + aji

Cara-cara:
- Lumur ketam bersama serbuk kunyit + garam. Goreng ketam separuh masak. Ketepikan.
- Tumis bawang + cili kering + cili padi + halia + serai + sos tiram + sos cili sampai masak..
- Kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air + garam + gula + aji..
- Masukkan ketam & masak sampai masak sepenuhnya.

lain kali Mashu tak nak goreng dulu sebab isi ketam melekat kat kulit.. pasni nak masak macam biasa je ketam tu..

p/s: pijor tangan main cili, tapi mengidam punya pasal sangguppppp!!!


Tuesday 18 March 2014

Ikan Jenahak Masak Stim

disebabkan dalam peti ais penuh dengan ikan pancing (rohu, siakap & kaci) maka setiap hari menu ikan la jawabnya Mashu dan Sidia.. semalam masak stim, resepi google dan campak2 je bahan yang ada kat rumah tu.. 

last masak stim pada tahun 2010 dan ni semalam punya hasilnya..


Bahan-Bahan:
- ikan jenahak (ikot suka korang la nak pakai ikan ape)
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- serai
- daun limau purut
- cili padi
- sos tiram
- garam gula aji
- minyak untuk menumis

Cara-Cara:
- panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang halia serai cili padi dengan sos tiram.. tapi jangan sampai garing..

- masuk air terpulang la korang nak kuah banyak mana.. ikot selera masing2

- bila air dah menggelegak (buble) masuk ikan dengan daun limau purut dan bahan perasa garam gula aji tu sume..

- masak la la sampai ikan betul2 masak dan sedia untuk hidang.. tabur la daun sup, siap!!!

senang je kn, Mashu masak pakai kuali je, sebab xde bekas yg muat dalam steamer bujur tu.. haha.. janji ada rupa dan rasa stim dah cukup..

p/s: makan sampai kenyang ^_~


Wednesday 5 March 2014

Bersalam - Siapa Diri Anda?


4 Jenis Genggaman Salam

Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai.
Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.

Genggaman yang Lemah
Manakala, genggaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana genggaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.

Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan genggaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga.
Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.

Genggaman Kukuh
Manakala genggaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.

Bila Perlu Bersalaman?
Mungkin ada di antara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.
Antaranya:
1.    Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2.    Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3.    Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4.    Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.
5.    Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.
6.    Ketika mengakhiri sesuatu acara atau meninggalkan acara sosial.

Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.
Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.
Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
p/s: tolong la jangan genggam tangan kuat sangat masa bersalam, lagi tambah sakit bila pakai cincin.. Mashu rasa macam dah serik nak salam dengan sorang hamba Allah ni


Monday 3 March 2014

Cara Terbaik Suami Melayan Isteri Hamil


Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi. Kadangkala mereka akan lebih emosi dari biasa dan perlukan perhatian yang lebih daripada sebelum hamil.

Tidak kiralah kali ini adalah kehamilan yang pertama, kedua mahupun seterusnya, seorang suami harus memahami bahawa kehamilan ini harus dipikul tanggungjawabnya oleh kedua-dua pihak. Berapa ramai yang kita dengar berkenaan suami yang mengabaikan isteri ketika hamil dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Berikut adalah panduan buat para suami:

Luangkan Masa Bersama Isteri
Kadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Sentiasa Mendengar
Suami mestilah jadi pendengar yang setia. Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu sakit-sakit dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka mahukan perhatian yang tiada berbelah bahagi.

Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

Sentiasa Membantu
Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami yang sedia membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yang tidak lagi berbasuh atau dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.

Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

Sediakan Tempat Yang Selesa
Isteri yang hamil memerlukan tempat yang selesa. pastikan tempat tidur dan istirehat yang baik untuk kehamilannya. Ini bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia melahirkan anak nanti.

Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat. Wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.

Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

Pastikan Isteri Menjalankan Pemeriksaan Rutin Ketika Hamil
Pemeriksaan rutin ketika hamil adalah wajib untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan pilihlah klinik atau hospital yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan rutin.

Merancang Perbelanjaan Keluarga
Apabila isteri hamil, maka perbelanjaan keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan rutin, kos hospital, barang-barang bayi

Memastikan Barang Keperluan Bayi Dan Isteri Cukup
Memang ianya nampak remeh tetapi ianya sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin, baju, sarung tangan dan kaki dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi lahir lagi. Barang ibu pula seperti kain batik, lampin pakai buang, baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam senarai barang yang di senarai suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai pengalaman indah ini!

Mencari Dan Memilih Bidan Yang Baik Dan Sesuai Untuk Isteri
Bagi orang Melayu, penjagaan selepas bersalin amat penting. Bidan yang dipilih akan mengurut dan memandikan bayi untuk beberapa hari selepas bersalin.

Fahamilah Isteri
Wanita yang mengandung mengalami pelbagai perubahan. Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi. Selalulah bertanya, belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan isteri agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi ‘driver’ kepada isteri.

Berdoa Dan Solat
Suami janganlah lepas daripada menjalankan tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat sunat seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar isteri dan anak yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca al-Quran kerana al-Quran mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.

Semoga dengan kehamilan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.

p/s: Alangkah beruntungnya jika suami memahami peranannya pada masa sebegini.. sesungguhnya Mashu jeles tau tak.. sob.. sob..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...