Friday 27 April 2012

Rindu Kengkawan Lama

mood : tengok gambar2 lama.. gambar masa study kat Kuantan dulu..

kenangan depan Hyatt Regency Hotel, pas abes praktikum table etiq

TC : Teluk Cempedak pas jamuan last untuk kami sekelas plus lecture2

kenangan DSK B : Diploma Sains Kesetiausahaan

tunggu order sampai kat Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, 1st renunion pas masing2 dah keje tapi ramai yang x join..

 wedim Wan, masa ni la baru dapat jumpa ramai2.. kecoh!!!

amek angin kat Taman Gelora, Kuantan.. pastu masing2 dah balik rumah..

w/pon singkat je pertemuan kami tapi kecohhhh.. double triple thumbs up, nak jumpa lagiiii...

p/s: tengok gambar2 hepi coz ati x bape nak hepi

Thursday 26 April 2012

Leukemia - Hikmah Disebalik Ketentuan Ilahi

baru je dapat berita yang menyedihkan.. anak buah yang umur dua tahun tu masuk hospital, demam mencecah 39.7 'C.. dengar suara Eishal yang ceria tadi sejuk sikit hati ni, insyaallah petang nanti dah boleh balik rumah..

akak (mak Eishal) juga ada gtau yang abang ipar kena leukemia stage satu.. baru minggu lepas doktor dapat detect dan sekarang ni tengah berusaha berubat.. insyaallah moga semuanya selamat.. amen..


kat sini aku nak share mengenai penyakit leukemia..

PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA

Leukemia adalah barah sel darah. Sel darah diproses oleh tulang sum-sum, tisu lembut di tengah kebanyakan tulang. Dalam kes leukemia, tulang sum-sum menghasilkan terlalu banyak sel darah putih dan kadang kala sel ini tidak “bertugas” dengan betul. Sel ini terus “membiak” sedangkan ia sepatutnya berhenti. Malah ia terus berkembang lebih cepat daripada sel lain. Sel abnormal ini kemudian akan mengatasi jumlah sel darah putih, sel darah merah dan platlet.

Sel darah putih membantu tubuh menentang jangkitan. Sel darah memastikan tubuh tidak terlalu berdarah (kalau terluka). Apabila sel leukemia melebihi jumlah sel normal, darah tidak akan berupaya melakukan tugas yang sepatutnya dan terjadilah gejala seperti yang dinyatakan di atas.

Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :

Jenis sel darah dan fungsi
JENIS SEL
FUNGSI
Sel darah merah (eritrosit)
·  Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru.
·  Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi
Sel darah putih (lekosit)
·  Bertugas untuk melawan penyakit.
·  Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.
Platlet darah (trombosit)
·  Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah.
·  Membantu dalam pembekuan darah.
      
Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).
      
Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.

SEL LEUKEMIA

Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

JENIS LEUKEMIA

Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akut berlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda (immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.

Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.

LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU

Leukemia limfositik akut
Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.

Leukemia mielositik akut
Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.

Leukemia limfositik kronik
Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.

Leukemia mielositik kronik
Biasanya menyerang orang dewasa.

TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :

  1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
  2. mudah jatuh sakit
  3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
  4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
  5. mudah lebam
  6. hidung kerap mengalami pendarahan
  7. hilang nafsu makan dan turun berat badan


* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.

BAGAIMANA IA DIRAWAT?

Hingga kini rawatan terbaik leukemia adalah kemoterapi. Di negara barat peratusan untuk sembuh penyakit leukemia di kalangan kanak-kanak sangat tinggi selepas menjalani rawatan kemoterapi. Justeru, ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil herba atau makanan tambahan lain dalam usaha menyembuhkan penyakit. Walaupun banyak ubat-ubatan herba di pasaran yang mendakwa boleh membantu membunuh sel leukemia, ia masih belum terbukti keberkesanannya. Pengambilan herba mungkin akan hanya menambahkan lagi kesengsaraan pesakit.

p/s: mungkin ada hikmah disebalik semua ni berlaku, aku mesti berfikiran positif!! tapi lau boleh nak bersama femli di saat macam ni, pasti mereka memerlukan aku.. nak balik kampung T_T sobss..

Wednesday 25 April 2012

Sejenak Di Putrajaya

misi ke Putrajaya kali ni adalah mau berjumpa dengan ex-opismet aku.. lama sudah tidak bersua muka..

target : kak Bie
dalang : Mrs Conan
kepala operasi : aku

gerak dari Shah Alam jam 8.30 malam n sampai di destinasi jam 9.10 malam..

situasi 1: jalan
Mrs Conan - sampai jugak, ingat lagi ek ko jalan kesini
aku - lahai aku hengat ko dah tau, sib baik aku ingat lagi jalan ni tau

situasi 2: parking
aku - kat sini pon boleh la
mrs Conan - dah la tu, sensor reverse dah berbunyi tu
aku - ala, sensor ni jauh lagi pon dah berbunyi

pastu matikan enjin n kua dari kete, pastu masuk balik dalam kete idupkan enjin n anjak sikit ke depan..

aku - depan sikit takot kete belakang tak leh nak kua (ayat cover)
mrs Conan - padahal sikit lagi nak cium vontot kete orang, cehhh

situasi 3: cari rumah
dah kua lif : tingkat 11
aku - aku rasa macam tingkat doblas la wei
mrs Conan - bukan tingkat 9 ke? xpe jom tuju umah hujung dulu, aku tau rumah kak Bie
aku - (dah sampai rumah hujung) bukan rumah ni la wei, umah kak Bie ada rak kasut kat lua

depan lif tingkat 11, call kak Bie

aku - umah tingkat bape kak?
kak Bie - tingkat doblas
aku - ok, kitorang kat bawah.. jap g kitorang sampai (ayat cover kali kedua)
mrs Conan - hehe.. tingkat doblas ke
aku - jangan gtau kak Bie kita salah rumah tau (ayat cover kali ke3)

dan bermulalah pertemuan sebelum masing2 balik plus pindah ke tanah air kelahiran masing2..

 kak Bie a.k.a puan rumah

 with mrs Conan

 n aku

 kami

 kami lagi

pose sebelum balik ke Shah Alam

misi tercapai!!!

nanti mrs Conan nak balik Johor dah, dapat tukar keje kat sana bulan depan ni.. kak Bie lak nak balik cuti bersalin 3 bulan kat Teganu, tu pasal nak jumpa dulu.. nanti kang dah susah nak juma balik.. aku xpe la, kak Bie bersalin nanti time aku cuti panjang balik kampung.. seploh minit je dari rumah aku nak ke rumah kak Bie, nanti aku mms la baby kak Bie kt mrs Conan.. jangan jeles ye mrs Conan.. hehe

situasi 4: otw to Shah Alam
aku - macam lambat je nak sampai
mrs Conan - ko bawak 80 kmj dari tadi, memang lambat la pon

pas kua tol Putrajaya aku pon pecut la C Puteh, pas hantar mrs Conan aku terus balik rumah.. 1220 am baru sampai rumah, risau betol Sayang Saya tu..

sekian..

p/s: aku cuti hujung bulan Mei ni sampai awal bulan Jun, arebaaa!!!

Monday 23 April 2012

Khasiat Menangis

jangan tak tau, menangis pon ada kebaikannya jugak.. tak bermakna bila kita nages kita ni lembik n tak kuat..

antara khasiat menangis adalah:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan
Jika kita berada dalam ketakutan, Zat-zat kimia akan terhasil dan zat kimia ini boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung
Menangis la kerana ketika menangis degupan jantung akan meningkat. Tambahan pula ia boleh dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menagis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

 Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis. Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.

6. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

7. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

8. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis akan menurunkan level depresi justeru membuatkan mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

9. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

10. Mengurangi stress
Bagaimana menangis mengurangi stress?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

11. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

12. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

p/s: Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu..

Friday 20 April 2012

Hujannya Tidak Tapi Banjir Dalam Rumah

sangat la tak menyebelahi nasib badan ni menghuni tingkat bawah.. banjir longkang dalam rumah.. adushhh!!! busuknya ya amat *tutup idom*

nak dikabokan habis la kotor rumah aku ni.. korang bayangkanlah air itam bau longkang membasahi lantai dapur rumah aku.. habis sumernye kotor plus berbau!!!

tak sanggup aku nak tunjukkan situasi kejadian yang menimpa tu.. gambar2 ni aku ambil masa kitorang dah siap kemas dah.. *sori, gambar kurang memuaskan* (subjek: dapur rumah sewa aku)

habis tikar getah dibuangnye..


ada penghuni tingkat atas cakap nak jolok2 lobam air tu sebab salur air umah dia tersumbat.. *lobam kecik tu ha* dibawa la masuk alatan2 yang dia nak gunakan untuk selesaikan masalah rumah dia tu.. pastu tetibe dengar bunyi drill, makgkuk hayon betol la nak tebuk umah aku tapi tak bagitau dulu.. *ketap gigi*


ni ha lobam kononnya dia nak jolok dengan kabel.. kononnya la..


tapi lobam ni ha yang ditebuknya.. besar wei, rujuk bezanya dengan tong gas lam gambar 1st.. pastu tetibe je bunyi macam air mencurah curah dengan kuat.. bau longkang memenuhi rumah..

ahhh, banjirrrrr pulak dah!!! menjerit aku kat dorang yang tengah buat keje tu.. sakit ati wei bila tengok lantai dapur aku dipenuhi air itam a.k.a air longkang!!! dah la ditogelnye tikar getah aku pastu gini lak bencana yang menimpa memang angin satu badan la aku masa ni..



salur paip ni ha yang pecah, mungkin orang tingkat atas dah rodok/jolok selama ni..
itam: batang paip yang asal
puteh: pas ganti paip yang baru

memang nasib tak menyebelahi penghuni rumah (flat) bawah la.. banyak sangat kejadian yang menimpa.. dan inilah sebabnya aku tak datang keje.. *bukan suka2 tak datang keje tapi memang betol2 ada hal yang tidak membolehkan aku datang keje*

bergotong royong la sesame bebudak rumah clearkan pape yang sepatutnya.. buruk benor rupenye dah.. kesian kat kami ni..

p/s: dah nasib badan nak buat macam mana kan..sobss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...