Thursday 25 August 2011

Dari Aku Untuk Kamu


jejenggggggg.. hasil pengeditan aku hari ini.. disebabkan mood raya dah sampai, sekarang ni duk pk sal raya je.. haha.. ni special daripada aku untuk korang sume..

lots of love.. muahhhhhh!!

Wednesday 24 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


..aku ngan sebahagian staff opiz untuk cover jemputan raya 2011..

salam aidilfitri aku ucapkan..

tinggal bape ari je lagi nak raya.. teringat zaman dedulu time raya.. excited sungguh nak raya.. wellll, aku ni kan C LAST BONGSU, so dapat banyak la wet raya dari kakak2, abang2 n sedare2.. keh3.. pagi raya pas mintak ampun ngan mak (coz ayah dah xde) terus la lesap.. selagi x letih x hengat nak balik umah.. hahahahaha.. bulan pose lak sibuk duk main mercun berdegum degum.. pas buka pose ilang cari sepupu ajak main.. bunga api pon kami main jugaks tp ubahsuai sket.. hahaha.. kami amek batang yang ade belerang jer (kaler merah), potong agak2 dalam 1 inci n then lengkungkan jadi bulat melingkar cam bentuk obat nyamuk tuh rupenyer.. pastu cucuh ngan obat nyamuk yg membara tu.. cantekkk nanti berpusing2 nyala bunga api tu.. kenangan2..

tapi sekarang ni bila nak raye je dah semput nak buat bajet kewangan terbaru ikot perkembangan semasa.. wah, statement xley blahh.. hahaha.. paling x pon aku akan bagi wet raya kat anak buah, aku paham coz aku pon penah kecik gak.. hehe.. tapi sekarang ni lau bagi wet raya sket dorang bising, x macam zaman aku dulu amek je bape yang orang bagi.. ngade benor, sib anak buah aku oke.. yg sepupu je over lelebey..

mentang2 aku dah keje asik mintak wet je, hengat gaji aku tahap boss ke.. haishhhh..

seminggu lepas, aku tepon polis suh dorang buat rondaan kat umah sewa ni.. mau taknye, dorang main mercun yang kuat macam bomm tu pastu campak dari tingkat atas ke bawah.. pas berbuka sampai kul seploh malam x berenti2.. hangin aku tengah sakit kepala masa tu.. bila dah diam tu lena terus tido aku..

p/s: padahal aku call polis coz jeles xleh nak main mercun kat sini v(^_^)v



Monday 22 August 2011

Menjelang Lebaran

hari ke 22 berpuasa.. ada seminggu je lagi nak raya.. tinggal 4 ari je lagi nak balik kampung.. tapi satu pon aku x siap lagi kecuali duit raya untuk anak2 buah yang berderet tu.. dapat bonus pon dah abes kan kat kete minggu lepas RM 467.80.. huhu.. baju raya, kasut raya, tudung raya sume xde lagi.. yang penting aku dapat balik kampung sudaaa.. sekarang ni tengah sibuk nak audit 2 hari lagi.. iskk, nape la dorang nak datang time2 nak raya ni.. adoyaiii, orang lain sibuk nak raya tapi aku plak sibuk nak kena buat keje.. hmmm, nasib la badan.. sebab tu la aku dah lama x update, uhh rindu nak menconteng tapi kekangan masa membatasi segalanya.. sampaikan sidia pon merajuk ngan aku.. bila dah penat keje sampai umah pon tido awal, xsempat nak cari baju raya pada seblah malamnya..

dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN ye kat korang sume..


p/s: sedey sebab kena balik kampung sorang2 raya tahun ni.. dah la last minit, jammed nanti kesian my kaki letih nak bawak kete.. moga cepat aku dapat teman ye..


Monday 15 August 2011

Surat Kiriman Rasmi

meh kita baca sesame.. baca pelan2 kalo x terrer lagi.. eja seketul2 ye uols..


camne? ada faham?? nak aku translatekan ke.. oke2 bagi yang x paham, korang baca terjemahan daripada aku ni ye.. pastu kalo nak gelak pon gelak jela.. ni memang bahasa pior teganu..

. . . . . . . .


Mamat Bin Awang
23-1 Jln Tunggang Terbalik
321 ½ 0 Kampung Saya
Sekitar Negeri Terengganu

JKKK Kampung Saya
23-1 Hujung Kampung
321 ½ 0 Kampung Saya
Sekitar Negeri Terengganu                                                                  8.7.2011

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TIANG GOL BARU UNTUK PADANG DI KAMPUNG
Tujuan surat yang tidak seberapa cantik ini ditulis kepada ketua kampung adalah untuk meminta tiang gol baru. Untuk makluman, tiang gol yang sedia adalah sangat teruk keadaannya dan tidak stabil justeru menunggu masa untuk rebah jika digesel oleh kambing. Lagipun tiang gol tersebut sudah berusia 20 tahun.

Saya bukan nak marah tetapi sekadar ingin memberitahu. Jika pihak tuan membuat tinjauan di kampung-kampung yang lain, ternyata semua mengenakan tiang-tiang gol yang baru, lagi cantik daripada tiang seri rumah ketua kampong. Saya berasa sangat tertekan dan malu disebabkan ejekan daripada orang kampung lain. Saya minta jasa baik ketua kampung untuk mengeluarkan sedikit sumbangan untuk membeli tiang gol yang baru. Dapat yang biasa sudah memadai, kalau yang mahal takut dicuri nanti.

Macam tu la ceritanya, saya bukan saja-saja menipu dan mereke-reka cerita. Jika ketua kampung tidak percaya boleh turun padang, tengok sendiri keadaan. Lagi cantik tiang tandas Mek Semoh daripada tiang gol kampung kita tu. Boleh kan?? Besar harapan sekiranya tuan mempertimbangkan permohonan ini secepat mungkin.

Yang lapor mahukan tiang gol,
Mamat
Mamat bin Awang

 

Alamakkkk....

petang tu aku balik keje cam bese la.. dek kerana jalan depan menuju ke rumah aku jammed disebabkan bebudak balik sekolah awal bulan pose ni aku lencong ikot jalan belakang.. w/pon jauh sket perjalanan tapi x sangkut plus x banyak kete.. i like that.. sampai umah rilex2 dulu n kat dapur tu ada la hosmet aku Bambam duk masak lauk.. aku punye dah beli lauk siap petang tu.. aku beli ni kepak ayam madu je.. nyum3..

tetibe kua Bambam dari dapur meluru masuk dengan mulut muncung.. gas abes katenye.. nak kua beli macam x sempat je sebab memang dah nak masuk waktu berbuka.. pastu dengan confidentnya Cencunun pegi la mengetuk pintu rumah aunty sebelah dan berkata -

aunty, kami nak beli gas..

tetibe lak aunty 2 cakap dia x jual gas.. padahal ari tu dia cakap amek gas kat kedai, mati2 kami ingat kedai dia jual gas.. huhu.. malu siot.. tapi xpe la, dia cakap umah dia ada tong spare yang x buka lagi.. so kami amek yang tu n besok kami beli yang baru ganti kat aunty 2 balik..

petang besoknya kami usung tong gas kosong 2 muatkan dalam c puteh (myvi) aku.. dari satu kedai ke satu kedai kami masuk.. kedai yang paling dekat umah aku dah kehabisan tong warna biru pastu jual RM 28 lak 1 tong.. tapi kami x jadi amek sebab yang Aunty tu punya tong warna biru, so kami nak yang biru jugaks.. kedai kedua kami pergi jual RM 24 setong.. murah 4 hengget.. cekik darah la kedai 1st tu.. so, misi tercapai n tunggu nak hantar ke rumah aunty tu je dah..

Thursday 11 August 2011

Dewi Aleeya - Black


Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara

Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku

Chorus

Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku


p/s: part paling besh - ku yakin percaya kerana ku tahu kau dewi hatiku..

Pertembungan Enam Mata

tatkala mulut berbicara tentang hati dan perasaan

..jangan tenung gambar ini lama2, kurang pahala nanti..

kisah benar melalui sesi luahan perasaan antara teman serumah yang berlainan statusnya

kasih sayang?? bagaimana seseorang itu menunjukkan kasih sayang pada insan tersayang?? melalui perbuatan?? melalui hati?? melalui harta benda?? melalui belaian mesra?? anda pula bagaimana..

melalui perbuatan..
kalau kita sayangkan seseorang mestikah kita menunjukkan rasa sayang dengan cara telefon, menghantar pesanan ringkas ataupun berbalas chatting..

melalui hati..
pendam saja perasaan sayang seorang diri dengan beranggapan bahawa satu pihak lagi memahami isi hati..

melalui harta benda..
memanjakan orang tersayang dengan kemewahan.. selalu asyik belanja insan tersayang makan2, beli barangan yang mahal2 dan banyak lagi la yang hendak aku nyatakan disini..

melalui belaian mesra..
no comment, tak tau nak huraikan ape..
 
semua orang mempunyai pendapat yang berlainan.. sayang itu sesuatu yang cukup subjektif.. dan sayang itu sememangnya tidak sama diantara manusia.. banyak cara yang boleh ditonjolkan untuk meluahkan rasa kasih sayang yang diberi.. ada yang selesa dengan dengan rasa sayang yang melimpah ruah, akan tetapi ada juga golongan yang rimas dengan kasih sayang yang melampau2 kerana beranggapan bahawa dirinya tidak diberi peluang untuk berdikari di bumi yang cukup mencabar ini.. semuanya terpulang pada gaya masing2.. sekadar untuk renungan kita bersama..

tapi inilah hasilnya.. dah lama baru terpublish entry ni hari ni, selama ni terperuk je as a draft..

p/s: tepuk dada tanya selera masing2

Wednesday 10 August 2011

Kisah Benar : "Abang Tunggu Mak Di Syurga Ya"

baru je kejap tadi aku baca satu emel.. tertarik dengan tajuk yang tertera lantas aku amek keputusan untuk baca isi kandungannya w/pon tulisannya panjang berjela.. kisah benar ini begitu menyayat hati aku.. tersentuh dengan keadaan "abang", hampir menitik air mata ni.. tapi sib baik la baca kat opiz, lau aku baca kat umah sore la aku dah nages kaw2 ni.. disini aku sharekan kisah benar ni dengan korang..

#####

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi".
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia

Abang pada tahun 2007.

 

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

. . . . .

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)



#####

p/s: Al-Fatihah buat adik Iqbal Fahreen Hamdan.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga..


Tuesday 9 August 2011

P9F12 Rumah Ketigaku

disebabkan weekend lepas sume budak umah aku balik kampung memasing, aku nekad bermalam di P9F12 a.k.a Persint 9 Fasa 12 Putrajaya.. so sedih kan kalo berbuka plus sahur sorang2 kat umah.. nak berbuka ngan femli, last 2 hari terakhir pose baru aku  berpeluang balik kampung.. so sedih lau aku nak story mory kat sini..
oke, kita mulakan cerita..

pas keje aku terus gerak ke Putrajaya.. aiwey sesangat la sesak ngan kereta.. maklumlah, bulan pose kan.. memasing berkejar balik nak berbuka ngan femli memasing.. wohoo, so sweeeet.. salu amek masa setengah jam je aku drive ke sana, tapi dek bulan pose dekat 1 jam baru aku sampai.. tu pon sib baik aku guna touch n go, lau tidak kena Q panjang la jawabnya.. dah sampai sana dalam pukul nam petang pastu tunggu sya balik dari pasar..

malam tu kami ke downtown Seri Kembangan (betol la kot) cari tudung raya.. alaa, yang depan The Mines tu.. ni 1st time aku datang downtown tu.. kami berdua je yang merewang ke sana.. dua pusing jugaks baru aku dapat parking.. lau sya yang drive, memang habesss la katenya.. betol jugaks sebab dia baru je dapat lesen n baru nak belajar nk kontrol kete baru tuh.. hokey, sila tengok jam di bawah ni..

..jam pecah coz jatuh..

hampir pukul 3 pagi.. tapi x bermakna kami baru sampai umah waktu ni.. kul 1:30 kami dah sampai pon.. tapi biasa la pompuan kan, menelek barang baru dibeli n menyembang2 lagi sampai x sedar dah awal pagi.. keh3, ayat kemaen lagi kan.. haha.. disebabkan dah waktu macam ni kami buat keputusan untuk sahur terus.. nanti x pasal2 x sahur plak kang.. aku ni lau x jumpa nasik menggigil karang, camne la nak diet lau xleh tinggalkan nasik.. tapi aisehh, nasik lak x cukup.. mungkin sebab penat berjalan kot buat kami rasa lapar sesangat.. so aku tambah satu lagi menu kat bawah ni..


menu tambahan kami.. megi tomyam ringkas yang perghhhh... yang perghhhhhnya sampai buat aku ulang alik tandas ari esoknya.. hehe, aku dah lama x makan megi tomyam, salu kari bOOm2 je.. kari letup haha..

malam seterusnya kami ke mydin, cari barang dapur untuk masak.. macam biasa pas isyak baru kami keluar umah, siang2 x tahan cuaca panas nak keluar.. balik mydin pon dah malam, sampai umah dekat kul doblas dah..


aktiviti kami sekitar jam doblas malam di P9F12.. mencari siaran tv dengan menggunakan kabel antena yang baru dibeli di mydin.. hahahhahahaha.. sampai x tido duk cari siaran.. pastu aku dengan bunyi berdentum kat dapur.. menjenguk sya kat sana -nape yang bunyi tuh?? sampai dapur tengok dah mencebik dah mulut dia..




-Uuuu, bekas orang beli tadi dah pecah.. x sempat nak guna lagi-

-tadi elok je pegang, gane leh pecah ni-

-terlepas pegang suuuu.. uUuuUuuu...-

ha, tengok mulut dia tu.. sib baek balang kaca tu rege sehengget setengah je..


gambar ni aku amek pagi ahad.. oleh sebab perot aku x bape nak sehat lagi aku tengok permandangan kat luo yang nak hujan tu.. nasib rintik2 je ujan turun x lebat.. patang tu kami ke bazar beli lauk berbuka.. kul seploh malam baru aku gerak balik shah alam.. sampai shah alam je c "awak" dah ajak kua makan.. dan aku.. makan n makan lagi.. hehehe.. lau aku x makan dorang pelik.. mau taknya, aku ni kan dorang gelar MBSA.. lau makanan x abes aku la yang tukang perabeskan.. rezeki, x elok dibuang.. sayang, nages nasik tu nanti..


Ole-Ole Dari Sarawak

weekend lepas aku dapat satu adiah.. nung jauh datangnya dari negeri kucing me0w2.. hehe.. dari negeri Sarawak Bumi Kenyalang.. negeri kelahiran Nancy, kawan 1 opiz dedulu.. tapi ni bukan Nancy yang bagi, ni cik Aisyah Wahab yang bagi.. tengs dalim sudi bagi adiah n salu ingat kat kite.. atas cadangan dalimku itu, patung tu aku letak kat atas monitor pc kat opiz.. macam lam gambar bawah ni.. haishh, bukan macam la tapi memang betol.. gambar ni aku amek pagi semalam pas lekatkan patung tuh..


alaaa, kecik sangat ke?? x nampak ek?? tapi xpe, bawah ni ade lagi gambar yang terang lagi jelas.. muahahahaaaa... skroll bawah lau nak tengok.. lau x nk tengok jangan nak menyibuk singgah kat belog aku ni.. ada paham (dgn nada keras cam along mintak utang)..


somell kan..

p/s: tetibe teringat terubuk masin yang nancy penah kasi kat aku tahun lepas tu.. perghhhhh, sedappp sesangat.. rindu kat kamoo nc (nancy).. sejak kamoo xde dah x berseri lagi opiz kita ni.. sorang2 pergi tukor ke jabatan lain..


Friday 5 August 2011

Lakonan Si Peminta Sedekah


pagi ni aku dapat emel pasal peminta sedekah.. ada la one of the group member yang share cerita ni daripada blog Mazidul Akmal Sidik.. alkisahnya macam ni.. peminta sedekah ni lelaki, kudung seblah kaki n bergerak pakai kayu beroda (ala-ala skateboard la) pastu mintak2 (mengemis) kat bazar ramadhan.. dia guna kecacatan kaki dia tu untuk raih simpati pengunjung bazar ramadhan.. tup2 lepas diekori oleh mazidul, tetibe lak boleh ada kaki n jalan macam orang biasa.. pelik kan?? adakah pelanduk dua serupa??? baju n seluar plus muka adalah serupa kecuali kehadiran sebelah kaki lagi tuh.. heran bin ajaib..

aku pon nanak cite panjang lebar sangat kat sini, juz lau nak tau kisah lanjut ni korang leh klik sini.

lagi satu, pengemis ni berlakon sebagai orang Islam.. siap pakai kopiah lagi masa mintak2 tu.. pastu bila suh dia sambung surah alfatihah diam plus senyum jer.. eiii, geram betol aku..

tu pasal lau ada orang datang mintak2 ngan aku jarang sangat aku bagi.. kebanyakan golongan ni hanya mengambil kesempatan atas keprihatinan masyarakat kita.. tapi mak aku salu pesan - bagi aje, niat dengan ikhlas.. betol atau tidak dorang tu atas urusan dia dengan ALLAH swt.. - boleh sekali tu datang jual kerepek kat aku dengan rambut karat, jeans paras lutut, baju saiz budak lagi.. sorry to say la, aku memang xkan kasi duit.. di samping itu x dinafikan juga yang mintak2 betol2, tapi aku percaya golongan yang satu ini x seperti golongan yang sedang aku ceritakan ni.. pape pon masing2 ada pandangan @ komen yang berbeza..

pesan aku : tolong la jangan ambil kesempatan di atas keprihatinan orang lain n tolong sangat2 hormati bulan Ramadhan ni.. sungguh keciwa dengan golongan ini..

Thursday 4 August 2011

Torn - Natalie Imbruglia

sebenarnya aku paling suker video dia.. 1st time nengok masa kursus akhir bulan Mac lepas.. huhu.. kita layan je la ye..
 
.. ni rupa penyanyi lagu ni..
 
 
I thought, I saw a man brought to life
He was warm, he came around and he was dignified
He showed me what it was to cry

Well, you couldn't be that man I adored
You don't seem to know
Seem to care what your heart is for
But I don't know him anymore

There's nothing where he used to lie
The conversation has run dry
That's what's going on
Nothing's fine, I'm torn

I'm all out of faith
This is how I feel
I'm cold and I am shamed
Lying naked on the floor

Illusion never changed
Into something real
I'm wide awake and I can see
The perfect sky is torn
You're a little late, I'm already torn

So I guess the fortune teller's right
Should have seen just what was there
And not some holy light

It crawled beneath my veins
And now I don't care, I had no luck
I don't miss it all that much
There's just so many things
That I can touch, I'm torn

I'm all out of faith
This is how I feel
I'm cold and I am shamed
Lying naked on the floor

Illusion never changed
Into something real
I'm wide awake and I can see
The perfect sky is torn
You're a little late, I'm already torn, torn

There's nothing where he used to lie
My inspiration has run dry
That's what's going on
Nothing's right, I'm torn

I'm all out of faith
This is how I feel
I'm cold and I am shamed
Lying naked on this floor

Illusion never changed
Into something real
I'm wide awake and I can see
The perfect sky is torn

I'm all out of faith
This is how I feel
I'm cold and I'm ashamed
Bound and broken on the floor
You're a little late, I'm already torn, torn

Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim


Di hatiku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakian ku
Namun tetap ku gagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan


Cinta Muka Buku - Najwa Latif


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooohhh wooo.. hatiku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooohhh wooo.. benarkah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tetapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Oooohhh wooo.. Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Oooohhh wooo.. Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
oooohhh wooo.. Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku



Wednesday 3 August 2011

Bila Hati Merasa

petang ni ingat nak g bazar seblah rumah jela, jalan kaki.. x jauh pon, pe salahnya exercise sket.. (padahal xde parking nak singgah otw balik keje).. tekak ni macam mintak laksa penang aje.. bezzz laksa abam moto tuh.. hehe.. udah2, bulan pose ni x elok nak membazir.. azam bulan pose ni nak masak je, nanak beli2 sebab nak saving wet raya untuk anak buah.. keh3.. tapi bley percaya ke ni?? tettt!!!

kalau ikotkan bulan pose ni nafsu makan besar, sangat2 besar.. tu pasal aku xnak pegi bazar, nanti rambang mata.. semalam pon beli popia goreng je 3 hengget.. dah3, aku nanak cite tentang juadah berbuka..

sekarang ni aku nak bercerita tentang hati dan perasaan manusia..

sesangatlah jeles bila tengok loving couple.. aku bukan maksudkan loving couple yang pakwes makwes tp yang asben n wife.. huhu.. so the romennnntikkkk.. bila tengok dorang berjalan bergandingan boleh kenal tahap kekasih or asben wife.. yg so sweeeettt yang jari tengah merah lagi tuh.. n yang so2 sweeeeeeetttt bila berjalan bertiga sekali dengan anak kecik.. warhhhh, bila la aku nak dapat feel momen tuh.. so jelesss tahap f1 la wa cakap sama lu.. wuuu..


teringin jugak nak merasa disarungkan cincin pastu saat dahiku dikucup dek bibir lembut c asben.. paling cepat pon dalam 3 tahun kot.. tah la..

dolu2 masa cinta monyet aku x berapa nak feel sangat sebab mengikut kengkawan je.. yela, asik dorang je berkepit, aku pon nak gak.. at least aku pk aku ada tempat nak share n mengadu.. huhu.. kenangan ngan along (bukan along pinjam duit pastu pukul orang tu).. along a.k.a jimmi.. ahh, nape kenangan itu hadir lagi kini..

tapi sekarang (x seberapa nak sekarang) ni, bila aku dah buka ati aku kat c hero (bukan hero tamil ye) dia lak tetibe nak putus kawan sebab masa tu lom declare lg pon.. tapi memang memasing ati dah suka n sonok berkawan tapi malu nak meluahkan rasa hati.. hehehe.. aku pompuan, aku nak dengar daripada mulut laki dulu.. tp disebabkan satu insiden, kami stop kejap.. minggu lepas kua dating dah macam lemau dah sebab aku dah xde feel kat hero.. sori sebab aku terkilan dengan sikap ngko yang dulu cepat melatah tu..

sekarang ni "awak" hadir mewarnai hidup aku.. memang sangat selesa bila sembang ngan "awak" ni.. caring, salu amek berat kat aku.. suke sangat2 hihihi.. tapi masalah tang kejenya lak.. bukan aku ni nak memilih sangat tp kalau ada keje tetap okeh sket, x gitu.. tapi aku hepi kawan ngan "awak" ni..

ni la bila hati merasa aku x rasa macam tersepit lak antara dua keadaan.. susah n amat payah bila keduanya dah bersayang2 ni sementara aku nak menaip perkataan keramat 2 memang very the payah la melainkan pada along dulu.. hadoyaiii.. nanti la aku pk balik camne, lau payah sangat dua2 aku tolak..

p/s:  semalam sms time berbuka tertaip lak bby (baby) padahal nak taip bbke (berbuka).. fuhhh, sib baik la x send lagi.. selamat, maunya suke "awak" tu kalau aku taip macam tu.. kusss semangat..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...