Showing posts with label femli. Show all posts
Showing posts with label femli. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

Kaedah Perancangan Keluarga

bagi ibu-ibu yang pergi check up kat KK mesti nurse akan tanya pasal ni kan.. selagi kita tak jawab selagi tu lah nurse akan tanya.. 

kalau mengikut kiraan hari, elakkan bersama Sidia pada hari ke 7 hingga hari ke 17.. kira hari pertama bermula datang period tau..

ni Mashu ada selidik serba sedikit pada kaeda-kaedah yang ada.. baca tau!!

A.   SUNTIKAN HORMON PENCEGAH KEHAMILAN
Soalan 1
Apakah suntikan hormon pencegah kehamilan?
Jawapan 1
Hormon sintetik yang diberikan secara suntikan bagi mencegah kehamilan.
Hormon ini berfungsi untuk:
·         mencegah ovulasi
·         menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma
·         menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
Kekerapan dan keberkesanan suntikan.
Setiap suntikan berkesan untuk selama 12 minggu (3 bulan). Suntikan susulan harus diberi setiap 12 minggu untuk memastikan ia tetap berkesan.
Soalan 2
Di manakah suntikan ini boleh diperolehi?
Jawapan 2
·         Klinik kesihatan dan hospital kerajaan
·         Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN )
·         Klinik Persatuan Perancang Keluarga
·         Hospital dan klinik swasta
Soalan 3
Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil suntikan ini?
Jawapan 3
Secara amnya, suntikan diambil pada hari yang ke-4 selepas haid bermula.
Ibu yang menyusu bayi selepas bersalin- Suntikan sebaiknya diberi pada atau sebelum 6 minggu
Bagi ibu yang tidak menyusu bayi selepas bersalin- Suntikan boleh diberi bila-bila masa selepas hari ke 5, tetapi sebaiknya sebelum 21 hari. Sekiranya suntikan diberi selepas 3 minggu, ibu tersebut seharusnya menggunakan kaedah perancang keluarga tambahan untuk jangkamasa 2 hingga 3 minggu.
Soalan 4
Apakah kesan sampingan suntikan ini?
Jawapan 4
Kesan sampingan yang mungkin anda alami termasuklah:
·     Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
·         Perubahan berat badan
·         Sakit kepala
·         Perut kembung dan rasa tidak selesa
·         Senggugut
·         Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Soalan 5
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami kesan sampingan seperti di atas?
Jawapan 5
Perlu berjumpa doktor atau rujuk ke klinik yang memberikan suntikan tersebut untuk memastikan kesan sampingan berlaku tidak disebabkan oleh penyakit lain.
Soalan 6
Siapakah yang tidak boleh mengambil suntikan ini?
Jawapan 6
·         Wanita hamil
·         Pesakit jantung atau strok, darah tinggi dan individu yang mempunyai risiko penyakit kardiovaskular (seperti perokok atau pesakit diabetes)
·         Pesakit diabetes yang kronik melebihi 20 tahun atau mengalami komplikasi
·         Pesakit kanser payudara, kanser uterus dan kanser serviks
·      Pernah mengalami pembekuan darah pada salur darah di kaki (Deep Vein Thrombosis)
·         Pernah menghidap penyakit jaundis (kawasan putih mata atau kulit menjadi kuning) semasa mengandung atau semasa menggunakan pil pencegah kehamilan
·     Penghidap penyakit hati (liver cirrhosis), jangkitan (hepatitis) atau ketumbuhan hati (tumour)
Apakah perbezaan antara suntikan hormon pencegah kehamilan dan pil perancang?
Suntikan Hormon
Pil Perancang
Diberi secara suntikan.
Diambil secara oral (makan)
Suntikan diberi setiap 12 minggu (3 bulan) mengikut jadual yang ditetapkan.
Makan secara berterusan selama 21 hari setiap satu pusingan. Jika terlupa mengambil pil, risiko untuk mengandung adalah tinggi.
Berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari mendapat suntikan.
Berkesan untuk mencegah kehamilan selepas 7 hari mengambil pil jenis kombinasi. Walaubagaimana pun, penggunaan pil Noriday adalah lebih cepat iaitu 2 hari.
Kesuburan kembali 3 hingga 6 bulan dari suntikan terakhir.
Kesuburan kembali dengan segera setelah berhenti makan pil.
Apakah peluang untuk hamil semula setelah berhenti mengambil suntikan ini?
Suntikan hormon pencegah kehamilan adalah kaedah perancang keluarga untuk jangka masa panjang. Oleh itu, ia mengambil masa yang panjang untuk kesan suntikan berkurangan. Purata tempoh untuk kembali hamil adalah antara 1 hingga 4 bulan lebih lambat berbanding kaedah lain. Ini bermakna wanita akan hamil semula apabila berhenti mengambil suntikan ini selepas purata 10 bulan dari suntikan terakhir.
B.   PENGGUNAAN ALAT PENCEGAHAN KEHAMILAN DI DALAM RAHIM (IUCD)
Apakah Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD)?
Merupakan satu kaedah perancang keluarga yang berkesan. Ia diperbuat daripada bahan khas yang mempunyai benang. Ia dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun.
Apakah fungsi IUCD?
·         Menghalang sperma dari memasuki rahim
·         Mencegah pelekatan janin pada dinding rahim
Apakah penjagaan khusus selepas pemasangan IUCD?
·    Pada minggu ke-4 selepas pemasangan IUCD, pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh petugas kesihatan dan diulangi setiap 6 bulan.
·     Pengguna digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri seperti yang diajar oleh petugas kesihatan untuk mengenalpasti alat IUCD masih berada dalam rahim.
Berapa lamakah pemasangan alat IUCD?
Biasanya di antara 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUCD yang digunakan.
Adakah ia akan menjejaskan hubungan kelamin semasa memakai IUCD?
Tidak, kerana IUCD berada di dalam rahim.
Apakah kesan sampingan penggunaan IUCD?
Antara kesan sampingan yang boleh dialami:
·         Pendarahan yang lebih dari biasa semasa haid
·         Perubahan kitaran haid
·         Senggugut akan menjadi lebih teruk di peringkat awal penggunaan IUCD
·         Sakit pinggang
Apakah yang boleh berlaku jika IUCD tidak dikeluarkan selepas tempoh yang ditetapkan?
Sekiranya IUCD tidak dikeluarkan selepas tempoh yang ditetapkan, ia mungkin akan menyebabkan
·         Jangkitan sistem reproduktif
·         Kurang keberkesanan untuk mencegah kehamilan



sumber : KLIK SINI

p/s : kita semua perlu membuat perancangan keluarga dengan betul. ini penting kepada institusi sesebuah kekeluargaan. terpulang la kepada anda untuk menggunakan kaedah yang macam mana


Monday, 3 March 2014

Cara Terbaik Suami Melayan Isteri Hamil


Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi. Kadangkala mereka akan lebih emosi dari biasa dan perlukan perhatian yang lebih daripada sebelum hamil.

Tidak kiralah kali ini adalah kehamilan yang pertama, kedua mahupun seterusnya, seorang suami harus memahami bahawa kehamilan ini harus dipikul tanggungjawabnya oleh kedua-dua pihak. Berapa ramai yang kita dengar berkenaan suami yang mengabaikan isteri ketika hamil dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Berikut adalah panduan buat para suami:

Luangkan Masa Bersama Isteri
Kadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Sentiasa Mendengar
Suami mestilah jadi pendengar yang setia. Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu sakit-sakit dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka mahukan perhatian yang tiada berbelah bahagi.

Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

Sentiasa Membantu
Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami yang sedia membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yang tidak lagi berbasuh atau dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.

Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

Sediakan Tempat Yang Selesa
Isteri yang hamil memerlukan tempat yang selesa. pastikan tempat tidur dan istirehat yang baik untuk kehamilannya. Ini bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia melahirkan anak nanti.

Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat. Wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.

Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

Pastikan Isteri Menjalankan Pemeriksaan Rutin Ketika Hamil
Pemeriksaan rutin ketika hamil adalah wajib untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan pilihlah klinik atau hospital yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan rutin.

Merancang Perbelanjaan Keluarga
Apabila isteri hamil, maka perbelanjaan keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan rutin, kos hospital, barang-barang bayi

Memastikan Barang Keperluan Bayi Dan Isteri Cukup
Memang ianya nampak remeh tetapi ianya sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin, baju, sarung tangan dan kaki dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi lahir lagi. Barang ibu pula seperti kain batik, lampin pakai buang, baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam senarai barang yang di senarai suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai pengalaman indah ini!

Mencari Dan Memilih Bidan Yang Baik Dan Sesuai Untuk Isteri
Bagi orang Melayu, penjagaan selepas bersalin amat penting. Bidan yang dipilih akan mengurut dan memandikan bayi untuk beberapa hari selepas bersalin.

Fahamilah Isteri
Wanita yang mengandung mengalami pelbagai perubahan. Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi. Selalulah bertanya, belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan isteri agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi ‘driver’ kepada isteri.

Berdoa Dan Solat
Suami janganlah lepas daripada menjalankan tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat sunat seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar isteri dan anak yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca al-Quran kerana al-Quran mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.

Semoga dengan kehamilan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.

p/s: Alangkah beruntungnya jika suami memahami peranannya pada masa sebegini.. sesungguhnya Mashu jeles tau tak.. sob.. sob..


Friday, 28 February 2014

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya... dan Bagaimana Pulak Pelukan Suami Tu Boleh Buat Isteri Kurus?

jom baca sesama info yang Mashu baca pagi ni..

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....


1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

p/s: bagi Mashu, bila suami peluk tu rasa macam Mashu ni berada dalam keadaaan yang selamat sangat.. *blushing*


Wednesday, 16 October 2013

Rendang Ayam Simple Mashu

Sayu hati bila terkenangkan tak dapat balik beraya, even Raya Haji sekalipun.. sOb.. sOb.. T_T nangis esak esak

ni merupakan kali kedua Mashu tak balik Raya Haji.. 1st tak balik masa tahun 2008 sebab musim banjir hujung tahun.. kang tersangkut kt rumah tak pasal pasal takleh ambil final exam.. tak nak Mashu repeat sem, maluuuu dooo.. kali ni tak balik sebab Sidia tak dapat cuti, kena kerja hari raya..

minggu lepas Sidia request nak makan rendang ayam.. aiyookk, kecut perut.. raya belah pantai timur mana ada rendang ayam pagi pagi raya.. nasi dagang dengan gulai ada lah..

petang isnin tu pas balik keje Mashu singgah la Mydin sebab selasa kan dah raya.. ingat nak beli ayam kat pasar malam tapi tengok takde orang jual ayam/ikan, dorang dah start cuti kot.. nak tak nak masuk la dalam Mydin kt sebelah tu.. ayam sekor sekor takde, beli jela peha ayam 3 ketul dengan kepak 3 ketul.. sib baik elok lagi rupa peha dengan kepak tu

Mashu beli la bahan-bahan seperti kat bawah ni ha:

- ayam
- rempah rendang adabi
- bawang merah
- bawang putih
- cili padi
- santan
- serai
- daun kunyit
- daun limau purut
- kerisik @ nyor gula
- asam jawa
- halia
- lengkuas

minyak untuk menumis dan garam/gula untuk perasa..

Cara-cara terpulang la pada korang, masak la stail korang takpe.. haha.. untuk makan mulut sendiri takpe la..

Mashu tumis sume bahan pastu masuk ayam santan dan last sekali baru letak garam gula dan daun kunyit daun limau purut tu. hentam jelah labuu..

Taraaaa, amacam jadi tak?? ofcourse la jadi (kan guna rempah rendang) kikiki


Sidia cakap sedap, siap tambah nasi lagi tau.. terharu jap rasa hati.. lepas ni ingat la bahan bahan nak masak rendang, pengajaran kahwin dengan orang utara..

masa ni pukul 6 petang baru masak semua sekali, sempat la Sidia balik kerja pukul 7 malam..

p/s: sorang sorang raya kat rumah di perantauan sebab Sidia kerja.. tiap hari menelepon mak, sedih jangan cakap la..


Wednesday, 4 September 2013

Candle Light Dinner Lauk Terung Masak Lemak Putih

cewahhh mentang mentang la baru kawen entry konon konon romantik giler la tu kan.. haha..*gelak panjang*

semalam baru je masakkan lauk baru (1st trial) tau.. menu terung masak lemak putih untuk suami..

mood jiwang jiwang sebab kul 7 dah siap masak & mandi.. sambil tunggu Sidia balik keje sempat layan "Cinta Jannah" jap.. salu skip tengok sebab tengah masak.. haha

so hidang la atas meja cantik cantik.. Sejak duduk berdua ni tiap hari kena masak.. Sidia taknak makan luar.. T___T sOb..sOb..

okay, kul 7.30 Sidia dah balik.. aik, awal balik hari ni.. Sidia cakap nak rehat dulu sebelum makan, penat panjat tangga.. rumah kami takde lif, tiap hari exercise menapak ke tingkat 5 tu.. sampai atas je longgar sume skru.. haha

masa rehat anak buah Mashu call, sembang dulu dengan kakak yang pelat tu.. pastu jenguk ladang "Dragon Story" dulu and kul 8.30 baru start makan.. dah makan separuh tetibe dunia gelap gelita.. adoyaii, blackout!!! jenguk kat tingkap keadaan sekeliling gelap, sah blackout.. meraba raba cari lilin pakai handphone..

tu la jadinya 1st Candle Light Dinner kami pas kawen ni, lauk terung dengan ikan goreng lak tu.. haha.. tergelak bila ingat balik..

so meh aku share kat sini kot kot la ada yang nak buat candle light dinner lauk orang Terengganu macam Mashu ni


TERUNG MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan:
- Terung
- Santan
- Bawang merah
- Ikan Bilis (Mashu guna ikan masin sbb bilis xde)
- Cili (Mashu guna cili padi sbb cili merah xde)
- Lada hitam
- Garam
- Gula

Cara-cara:
- Panaskan santan, bawang merah & ikan masin dalam periuk.. Guna api perlahan je..
- Bila dah menggelegak/mendidih masukkan terung..
- Agak agak terung dah lembut boleh masukkan lada hitam, cili, garam & gula..
- Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit.. 
- Kalau rasa dah secukup rasa boleh tutup api dan hidang..
- Siappp.. so simple kan..

p/s: selamat menjamu selera & candle light dinner ye.. haha.. makan panas panas sedap tu, siap tambah nasi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...