Friday 25 January 2013

Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Maulidur Rasul

Bil. 1 Tahun 2013

majlis diketuai oleh Ustaz Nik






menu utama : lontong & roti jala
menu sampingan : pelbagai jenis kuih


 




ilmu dapat, perut pon kenyang.. hehe

p/s: senyum lebar

Monday 21 January 2013

Keropok Lekor BTB2209


Visit Terengganu 2013

hehe.. hari ni kita visit kedai keropok lekor okeh.. kalau datang ke Terengganu tak sah kalau tak makan keropok lekor.. orang tempatan panggil kepok getel je.. ada yang panggil keropok losong kan, nak tau kenapa?? sebab keropok tu dijual di Kampung Losong (nama tempat aje) 
  
dulu aku penah buat entry ni MEH KLIK SINI


 


jangan tak caye kedai keropok pon kena amek nombor bagai..



harga sebatang RM1.. ada yang panas2 dan siap packing (vakum).. terpulang la pada pembeli nak letak berapa batang dalam satu paket, selalunya RM5 & RM10.. tapi setiap paket akan dikenakan cas RM0.50 untuk paket vacum, yang panas takde cas..


kedai dia betul2 selekoh, warna biru.. sekarang ni tengah renovation blok baru 2 tingkat kat tepi masa aku datang awal tahun 2013 lepas..
  


 




kalau taknak beratur panjang ambil nombor baik korang order siap2, gambar paling atas adalah business card dia.. senang sket aku nak order lain kali.. hehe..

kalau ke Terengganu, meh ler singgah kedai ni.. tak rugi duit, berbaloi harga dengan rasa keropok ni..

p/s: ada je yang order tiap kali aku balik kampung

Tuesday 15 January 2013

Selamat Pengantin Baru Farrah & Fadzil

13-01-13

Tarikh: 13 Januari 2013
Masa: 10 pagi (berkumpul di Putrajaya)
Tempat: Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang
Rombongan Cik Kiah: 2 bijik kereta
Ahli Rombongan: 
- Aku
- Lepih
- Amoi
- Dey Det
- Doc Cat
- Shaklee
- Che Ta

memang la meriah kalau geng2 kami ni turun padang.. asal ada kenduri je dah jadi macam reunion dah.. hehe.. tapi best.. syiokk sebab jarang sangat berjumpa, harapkan kt majlis orang kawen macam ni la baru bersua muka..

potpet.. potpet.. gosip.. bila ko nak kawen.. bila aku nak kawen.. pakwe ko orang mane.. ko dah pening2 ke (married only).. gila la banyak kalau aku nak taip semua kat sini.. v(^_^)v

korang pandai2 la nilai bila tengok gambar sopan kami ni.. *gelak sambil tutup mulut*













  


muka hepiiii je sume.. Selamat Pengantin Baru semoga hubungan yang dibina berkekalan selamanya hendaknya.. be a good wife okehh ^_^

p/s: Alhamdulillah semua urusan kami berjalan dengan lancar dan sempurna..

Apa Itu Toksin



TAFSIRAN
Kamus Dewan - racun yang di hasilkan oleh bakteria

PUNCA
Akibat pencemaran
- Pencemaran pertanian
 - Pencemaran penternakan haiwan
- Pencemaran makanan terproses
- Pencemaran sumber air

PENYAKIT
KULIT
- jerawat
- bintik hitam
SALUR DARAH
- sakit jantung
GINJAL
- sakit buah pinggang

TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN
 Sakit kepala
Badan letih
Susah bangun tidur
Bahagian keliling mata gelap
Berat badan naik
Masalah jerawat yang banyak
Banyak angin, alahan

25 PETANDA DALAM DIRI ANDA

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

Mata menjadi merah:
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita
sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur:
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku
Keluar tahi mata:
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan
mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata:
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
Ketegangan mata dan kelopak:
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.)

Selesema:
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung tersumbat:
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Bersin:
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK

Batuk keluar kahak:
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak:
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong:
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG

Kerongkong kering:
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong:
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius. 

BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

Bibir pucat:
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
Bibir kering dan pecah:
Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH ( Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

Lidah atau gusi bengkak, sakit:
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk:
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

Telinga terasa tersumbat:
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung:
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.

KULIT (peluh)

Peluh masin:
Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL:
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM:
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

KULIT PECAH DAN BERAIR:
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

RAMBUT GUGUR:
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sakit-Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan:
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri dan Lengan :
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku
Kebas Kaki :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-celah Kaki :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk

TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. 
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas. Menunjukkan penyakit tekanan darah  tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga :
Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya/Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian  kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING

a) Kerap Kencing :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi  kotoran
b) Air Kencing yang Berkapur
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak :
Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat :
Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit :
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh :
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas :
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22.             CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23.             RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

24.            RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.

25.             SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.

MENYINGKIRKAN TOKSIN
Makan sayur  dan  buah
Bersauna
Bersenam
Minum air masak/ air bertapis dengan banyak
Menggunakan penampal toksin


Wednesday 9 January 2013

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

pepagi lagi aku dapat info yang amat berguna ni.. sesame la kita perbetulkan pape yang terkurang semoga ibadat kita diterima Yang Maha Esa.. jom baca.. sharing is caringgggg ^_^


Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair ki...ta yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kesimpulan yang dapat saya ringkaskan ialah:
1)Mandi dalam keadaan bercangkung dan juga berdiri. Kerana apabila bercangkung celah punggung akan terbuka dan air akan rata dan sampai ke bahagian itu..
2)Mereka yang memakai pewarna rambut selain inai adalah tidak sah mandi wajibnya dan solatnya juga akan tidak sah sekiranya mandi wajib tak sah. Tapi dapat kita lihat ramai perempuan melayu kita yang beragama islam memakai dye rambut.mashallah
3) Niat mesti semasa air sampai ke anggota badan.


p/s: jangan  ingat kita sentiasa betul setiap masa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...