Thursday 25 July 2013

Sotong Masak Halia Simple Mashu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-16 kita semua berpuasa..

minggu lepas Mashu berbuka sensorang je kat rumah, cik asben kuar office pukul 7 malam, so tak sempat gak kalau rushing balik.. kesian dia stuck dalam jammed.. daripada buka puasa dalam kereta, Mashu suggest dia balik after berbuka je..

sementara tu Mashu pon start la masak sotong masak halia.. cubaan pertama, ok sedap tp cair sikit.. mungkin tak cukup bawang.. next time leh tambah pape yang kurang..


Bahan-bahan:
sotong
bawang putih
bawang merah
bawang besar 
cili padi
halia
serai
garam
gula
aji
air

masak la ikot cara korang ye.. menu ni simple sangat, cukup la kalau makan 2 org macam Mashu ni..

p/s: minggu yang penuh dengan eksperimen masak untuk buka puasa


Wednesday 17 July 2013

Bersahur

Salam Ramadhan Al Mubarak . . .

Sekejap je dah masuk hari kelapan umat Islam berpuasa.. Alhamdulillah Mashu tak ponteng puasa lagi setakat ni..

pepagi ni Mashu dapat info yang berguna, jom kita baca sama sama..


Rasulullah SAW bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis Riwayat Bukhari

Daripada Sayyidina Abi Sa’id al-Khudri beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW : Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya bershalawat ke atas orang-orang yang bersahur.” - Hadis Riwayat Imam Ahmad

Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." - Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi

"Rebutlah "keistimewaan" dalam BERSAHUR itu, kerana ianya bukan setakat PERSEDIAAN untuk berpuasa atau BERKAT yang ada padanya, tetapi ucapan "salam" dari para malaikat dan jauh lebih drpd itu dari Allah Ta'ala itu. Org yg MALAS bersahur itu, umpama org yg SOMBONG utk menerima "salam" drpd para malaikat dan Allah Ta'ala."

p/s: Petua best daripada Ustaz Kazim untuk isteri yang suaminya susah bangun sahur.. " pelan2 bisik kat telinga suami..'man rabbuka'.. In Sha Allah melompat suami tu bangun!"

Tuesday 9 July 2013

Ikan Rohu Masak Tiga Rasa Simple Style Mashu

ini kali pertama aku ikot asben n ipar ipar aku pergi memancing, selalu dorang mancing dekat kolam area rumah aku je.. disebabkan kali ni adik adik ipar turun dari Ipoh, asben Mashu ajak mancing kat kolam pancing Danau Pinggiran terletak di pinggiran Putrajaya..

so konvoi 2 kereta ke sana, sharp 4.30 petang Mashu punch out and bergegas balik rumah tukar baju.. takkan nak g mancing pakai kebaya kot dik non uiii, agak agak ler sikit..

masa ni Mashu jadi Mem duk depan, best ek naik camry.. huhu.. Mashu, asben, Eyza and Jimmy satu kereta dan abang Pais ngan Hanie satu kereta.. 6 orang ni pon dah gamat..

hasil tangkapan dapat la ikan rohu dua ekor, sekor lagi terlepas.. uhhh rugi rugi.. sebelum gerak tu dorang dah cakap kalau dapat ikan Mashu yang kena masak sebab orang baru dalam femli.. ye la kan, kawen pon tak sampai sebulan lagi masa ni..

ni la dia hasil ketang ketung ketang ketung aku kat dapur.. google search and campak campak aje.. percubaan pertama adalah menjadi tau, ikan Rohu Masak Tiga Rasa resepi Mashu..

Ikan Rohu Masak Tiga Rasa


Bahan-bahan:
- ikan rohu seekor
- tepung jagung *taknak pakai pon takpe
- bawang besar *potong dadu
- bawang merah 4 ulas *potong dadu
- bawang putih 2 ulas *diketuk
- cili benggala *potong dadu
- tomato *potong dadu
- serai 2 batang *diketuk
- halia 1 inci *diketuk
- cili padi ikut citarasa *diketuk
- sos tomato 2 sudu
- sos cili 2 sudu
- sos tiram 2 sudu
- daun limau purut
- daun sup *hiris halus
- kunyit
- minyak untuk menggoreng
- garam gula aji air secukup rasa

Cara-cara:
lumurkan garam & kunyit pada ikan (garam letak sikit je sebab nanti nak campur sengan kuah).. panaskan ninyak dalam kuali, goreng ikan (tenggelam dalam minyak) sampai masak dan ketepikan..

tumis bawang sampai layu, pastu masukkan semua bahan-bahan tadi (suka hati korang).. biarkan sebati dalam kuali.. kalau kuah pekat sangat boleh tambah air.. pastu masukkan gula garam aji secukup rasa.. rasa sikit dan kalau dah sedap boleh tutup api and tuangkan kuah atas ikan tadi pastu tabur daun sup.. dah siapppp...



Mashu masak dua kali sebab seekor tinggalkan untuk abang Pais sebab dia keje, rohu yang saiz besar sikit tu kami kenduri 5 orang.. masakan dapat pujian la plak *blushing*

Mashu kena bersedia sebab dorang nak pergi mancing lagi ni, kena cari resepi ape lagi nak masak ni..

p/s: masing masing dah tergolek depan tv pas siap makan.. rohu, tomyam, kepak ayam madu habis licin.. Alhamdulillah, rezeki kami jamu adik beradik dengan hasil tangkapan sendiri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...