Wednesday 5 March 2014

Bersalam - Siapa Diri Anda?


4 Jenis Genggaman Salam

Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai.
Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.

Genggaman yang Lemah
Manakala, genggaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana genggaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.

Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan genggaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga.
Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.

Genggaman Kukuh
Manakala genggaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.

Bila Perlu Bersalaman?
Mungkin ada di antara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.
Antaranya:
1.    Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2.    Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3.    Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4.    Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.
5.    Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.
6.    Ketika mengakhiri sesuatu acara atau meninggalkan acara sosial.

Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.
Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.
Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
p/s: tolong la jangan genggam tangan kuat sangat masa bersalam, lagi tambah sakit bila pakai cincin.. Mashu rasa macam dah serik nak salam dengan sorang hamba Allah ni


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...