Monday 16 January 2012

Hidup Dalam 3 Hari 2 Nafas

hargailah hidup ini selagi kita berpeluang untuk bernafas.. dari emel aku panjangkan ke belog ini untuk makluman semua..


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI:
semalam - sudah menjadi sejarah
hari ini - apa yang sedang kita lakukan
esok - hari yang belum pasti

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
nafas naik
nafas turun

hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya..

bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu nafas yang terakhir yang keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini..

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN:
hidup dalam keredhaan Allah
hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
kekal di dalam neraka
kekal di dalam syurga

oleh itu, tidakah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat Allah kurniakan kepada kita.. sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..

p/s: semoga kita berbahagia dan sejahtera senantiasa di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...