Thursday 19 January 2012

10 Jenis Pekerja

sume orang tak sama cara kerjanya kan.. masing2 ada cara yang tersendiri.. cara BAIKkah?? cara BURUKkah??

just nak share info yang mencuit hati aku tadi..

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain.. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain.. Asal ada unsur-unsur sales, terus fowardkan email ke ketua Sales and Marketing, asal ceritapasal pekerja je.. Terus passing memo tu kepada HR department... etc..

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?).. Mana ada peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala.. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan.. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja yang lebih sikit.. Kalau tolong print document sambil jawab telefon pun dia akan melatah..

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama.. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan.. Nampak cantik tapi buahnya takde.. Kalau nak showcase boleh lah..

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy?? Kedua-duanya pandai main senjata.. Actually both terlalu bergantung kepada senjata.. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down.. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works..

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familliar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam.. Wachaaa.....!! Dan macam-macam bunyi lagi.. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit.. Dah siap projek pun dia still let everybody knows dia punya contribution..

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ini low profile.. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah.. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu.. then.. Zasss.. hilang pergi lunch.. Datang semula office, pastu dan menyelinap pergi minum petang.. Arrange meeting kat luar, terus balik rumah.. Senang cerita, kaki ngular..

7. Ramboo
Berlagak hero.. Semua benda dia nak buat.. Kononnya dunia ini berputar di sekeliling dia sahaja.. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero.. Tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan..

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan.. Tak kira macam-macam jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya.. Scene gaduh mesti tak serius.. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan.. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini.. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serius..

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure.. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala.. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement.. etc, semuanya dia tak suka buat.. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja..

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport.. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja.. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila.. Tapi... as we all know, semuanya lakonan semata-mata..

so, renungkan anda berada dalam golongan mana..

p/s: buat kerja biar ikhlas, baru rezeki yang kita dapat tu berkat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...