Tuesday 13 December 2011

Pssstt!! Jaga Lidahmu

sila hayati betul2 kata-kata dalam gambar kat bawah ni..


Pssstt!! Jaga Lidahmu..

kali ni entry yang agak berbeza daripada sebelum2 ni.. bukan sesaja je aku nak berbelog tentang hal ni tetapi dek manusia2 di sekeliling aku lain macam je sekarang ni membuatkan aku kena meluahkan pada sang belog agar lega sikit hati ini.. pelik semacam je orang2 yang rapat dengan aku.. menyembang pon dah tak macam dulu2 pastu cara pandangan dorang pon macam ada yang tak kena je..

memang aku akui yang aku terperanjat sesangat bila dapat tau hal ni.. orang yang rapat dengan aku bawak mulut n bercerita yang bukan2 kat belakang aku.. bercerita benda yang tak pernah keluar sedikit pun dari mulut aku.. ape korang rasa??

marah?? angin satu badan?? tak rasa pape?? sabar je??

aku ni manusia, ada hati dan perasaan.. janganlah bercerita hal bukan2 yang tidak betul kat orang lain.. kalau kena pada diri sendiri tak ke haru..

aku tak tahu ape motif "dia" bawak mulut kat belakang.. seingat aku,  tak ada pon aku buat salah kat "dia", menganiayai "dia" lagi la tidak.. kalau tanpa aku sedar aku mintak maaf la bebanyak, tegur la aku depan2..

makin lama makin banyak aku dapat tahu cerita yang "dia" cakap belakang aku.. serious aku tak tau nape perlu "dia" buat cite kat belakang.. ape pekdah yang "dia" dapat ek dengan bawak mulut ni?? aku tak pernah kacau periuk nasik "dia" pon.. cari pasal dengan "dia" pon x pernah..

yang pasti kenapa mesti "dia" cemburu dengan kehidupan aku sekarang ni?? setakat ni aku sabar dulu, aku nak tengok banyak mana mulut yang "dia" bawak pasal aku tuh.. aku xnak mengamuk n melenting, aku nak tenang je hadapi semua ni.. aku nak tengok tahap kesabaran aku n buat "dia" tak senang duduk tengok kesabaran aku yang lagi tinggi daripada tahap kebencian "dia" kat aku..

dah dapat bukti nanti aku jumpa "dia" face to face bincang secara aman tentang hal ni.. tunggu je la, saat tu akan tiba jua..

p/s: gambar ni aku tangkap masa khidmat kebajikan conference dua minggu lepas di rumah anak2 yatim House Of Hope di Klang.. aku nak "dia" tau bahawa dia sedang menganiaya anak yatim seperti aku ni.. moga Tuhan tunjukkan hidayah pada "dia", amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...