Friday 29 April 2011

cantiknya dia

tadi aku ada dapat satu emel ni.. just nak share dengan korang sume..

Jika seorang lelaki memiliki isteri yang cantik, biasanya timbul perasaan ujub dan sombong.

Kemana-mana ketika jalan berdua, ia akan merasa bangga sehingga mendabik dada....
Lelaki itu akan berkata dalam hatinya, “emmm cantiknya isteri aku.” kemudian ia akan melirik-lirik memperhatikan siapa saja yang memperhatikan isterinya. Semakin bangga dan seronok ketika isteri banyak diperhatikan orang dengan kagum dan terpesona oleh orang lain.

Bagaikan boneka cantik, kemana pun ia pergi, si isteri akan dibawa, dengan rasa bangganya.
ia akan tunjukkan pada kenalannya dalam setiap pertemuan atau pesta. Seakan-akan ketika itu ia berkata, “ini dia isteriku, cantik ‘kan? Kalau cari isteri seperti isteri aku. ada class gitu.


Dia tak tahu bahawa isteri cantik adalah ujian yang berat. Lebih-lebih jika wajah suami tidak kacak seperti budak suruhan. Permintaan cerai tidak mustahil terlontar dari si isteri cantik ini.

Sekiranya kita lihat keadaan sekarang ada isteri yang berlaku curang, mempunyai kekasih gelap yang lebih menjijikan membuat hubungan terlarang dengan lelaki lain. Mereka begitu senang mempunyai kekasih gelap malah ada yang terang-terang melakukannya tanpa rasa malu atau bersalah. Cuba bayangkan sebagai seorang islam, adakah sanggup bermaian, menyentuh dan memakan daging babi dengan sengaja dan terang-terang?....

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; 

“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata , boleh jadi
kecantikannya itu akan membawa kehancuran” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
"Jauhi oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat yang kotor. 'Mereka bertanya,
'Apa yang dimaksud rumput hijau yang berada di tempat yang kotor itu, wahai Rasulullah?'

Beliau menjawab, 'Yaitu wanita yang sangat cantik yang tumbuh (berkembang) di tempat
yang tidak baik."

(HR ad-Daruquthni, Askari dan Ibnu Adi).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...