Friday 6 May 2011

jenjalan naik kete

..bila xde buat pape aku suka nengok gambo2 ni..

..ni kat umah empat musim..

time lunch ari Jumaat aku kuar jenjalan kat umah empat musim.. maklumlah, gomen kan rehat lame.. masa ni aku datang tengah musim bunga.. pe lagi, pose sana pose sini la berlatar belakangkan bunga2an tu..

tempat ni diberi nama Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam atau familiar sebagai Bukit Cerakah oleh penduduk setempat dan terletak di Seksyen 8 Shah Alam..

banyak jugaks aktiviti yang boleh diadakan di situ, penginapan pon ada kalau nak.. penginapan kat sini unik sebab ada rumah2 mengikut negeri2 yang terdapat di Malaysia.. umah Terengganu, umah Perlis, umah Negori 9 n sume ada la kt Bukit Cerakah ni..
 salu aktiviti yang pemes kat situ adalah paintball, cycling, flying fox n banyak lagi..


..nuyer begin..

di dalam suasana bingit itu, kami berasak2 di celahan orang ramai.. tujuannya hanya satu, menanti detik doblas malam sempena sambutan tahun baru 2011.. ade cerita di sebalik kami beresak2 di celahan orang ramai ni.. nanti aku ceritakan okeh..

memula xde plan pape pon the end of year 2010.. 31 Disember 2010 kan cuti umum, korang dah lupe ek.. Malaysia kan menang bola, lawan indon.. ehehe.. malam tu tetibe je dorang gtau on the way datang amek aku kat umah.. kelam kabut la aku siap ala kadar.. kami berenam menuju ke destinasi yang telah ditetapkan iaitu e@curve Damansara.. jalan nak ke sana memang jammed giler aku cakap woo.. kemain jauh kami parking, kira dah ok la coz dapat jugaks parking kan..

masa 2011 countdown tu, mak aih orang ramai pakat jerit sekuat kuat hati.. huh aku x reti nak gambarkan macam mana sebab memang happening sesangat kat situ.. masuk je kul doblas, dum dumm dummm dummmmmmm.. bunga api bersepah sepah, santekkkkk.. salu tengok lam tv je, bila dah real camni fuhhhh, puas hati betol..


..ke Port Dickson..

malam tu dah la balik pagi pastu tido kejap n dorang ajak g PD pulaks dah.. kali ni berempat je, dua orang lagi xmo ikot.. x cukup tido katenya.. haha..

masa ni kami bertiga tengah masak tengahari, idea giler ni datang.. kul 3 petang baru kami gerak ke PD.. ni second time aku sampai PD, tapi x penah mandi pon.. ramai sangat manusia.. lawak betol la, masak kat Shah Alam pastu makan kat PD.. haha.. kitorang ni memang xleh nak dijangka la.. idea xde pon leh datang bila2 masa je, xkira tempat lak tuh.. adoyaiii...


..macam kat kampung aje kan..

ni kenangan kat Rumah Terengganu, antara rumah2 yang aku cakap ada tadi kat Bukit Cerakah tu.. sesangatlah aku suka nengok gambo ni.. macam gadis melayu terakhir kan.. hahahaha.. macam betol2 gambo kandid je, amatlah poyos aku ahaks..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...