Thursday, 9 February 2012

Tak Perasan Pon

"pesal dengan baju su tu?"

"pesal kenape?"

"baju tu memang besar ke atau su yang makin kurus ni?"

"oh, itu ke?"

..lau dah jadi camni memang takkkk ah..


daripada minggu lepas ade je opismet aku ni bertanya.. pas aku balik bercuti panjang aritu memang ada je yang menegur.. cuma kadang2 je bila dah terlampau banyak pikir aku tak lalu nak makan.. itukah penyebabnye??

semalam aku pakai kemeja opez yang tailor datang ukur badan tu, pon dorang menegur.. dorang cakap baju aku dah besar n menggelebeh.. dah tak sesuai dah aku pakai katenye.. tapi lau tak pakai sayang tu oiii, tempah mahal2 pastu tak pakai pulak.. membazir aje..

kat umah aku ada jugak telek2 cermin tapi macam biasa je.. tak nampak kurus pon tapi memang ada baju aku yang dah longgar..

p/s: ni buat aku tak sabar2 nak p timbang ni.. hehe..

Campak-Campak Lagi

sememangnya aku ni dah memang sebati dengan menu campak2 ni.. haha.. bukan ape, tiap kali nak masak aku akan taruk je bahan2 ramuan sesedap hati aku.. hehe.. lau jadi kira ok la tapi lau tak jadi pon aku telan jugak.. so far aku tak penah membazir lagi dalam menu campak mencampak ni.. hahahahahaa (sila gelak panjang2)

..ayam gOreng kruk2 (bukan nama sebenar)..

tapi ni la hasilnya.. hebat bukan?? (angguk2 tanda respons.. dah takde orang puji so terpaksa la puji sendiri).. kih3.. ramuannya:-

- ayam goreng kunyit
- bawang
- cili padi (kasi perghhh sket)
- sedikit sayur tak kesah la pape
(lau tak nak sayur pon takpe, campak la sesedap hati uols ye.. menu uols so ikot sedap uols ler)
- garam n gula secukup rasa

p/s: okeh, cukup2 je nasik ngan lauk.. tak membazir uols, gud gud c last bongsu ni kan..

Wednesday, 8 February 2012

Kembali Menyinari


..ehsan abam gOogle..

akhirnya cahaya kembali menyinari meja kerja aku setelah hampir dua bulan menyuram.. mau tak nye, 3 bijik lampu kalimantang ni terbakor, puas menelepon c pemaintenance bangunan ni tapi tiada sebarang jawapan..

kebetulan tadi aku ternampak dorang kat depan so aku panggil la mintak tolong.. lastly, lapan bijik mentol ditukar.. ha, hambek ngko.. aku nelepon tak nak jawab, dah banyak mentol berdekatan meja aku ni terbakor tau..

bulan lepas sanggup aku panjat meja ni semata-mata tak tahan dengan lampu "disco" ni berkelip2.. geram sangat aku panjat la cabut die punye starter.. hehehe.. malu plak nak gtau bile pemaintenance tanya tadi pesal starter tu bukan kat tempat asal die.. haha..

p/s: so sekarang ni bile dah terang macam ni rasa macam silau pulak nak buat keje, nak mengadap pc lagi..

Menanti Kedatangannya


alhamdulillah, setelah sekian lama memohon akhirnya permohonan aku diluluskan jugak.. setakat tahun 2009, dah dua kali permohonan aku direject oleh bos.. tapi memandangkan kejadian yang menimpa femli aku baru2 ni akhirnya permohonan aku diluluskan jugak w/pon dengan syarat mendapat penganti serentak..

so, maknanya selagi xde orang nak datang ganti tempat aku, aku xleh bertukar la.. hmm.. arap2 ada la sape2 yang sudi bertandang disini ye..

sekarang ni sume surat n borang dah bersign, dah hantar ke HQ.. aku harap dorang buat keje cepat la, so cepat la aku dapat bertukar ke kampung untuk menjaga mak..

p/s: menanti keajaiban tu datang kepadaku cepat2

Wednesday, 1 February 2012

DaripadaNya Kita Datang KepadaNya Kita Pergi

tak sampai dua jam lelapkan mata aku dikejutkan dengan satu panggilan..

"dik su, abang yu dah takde"

memang susah sangat nak percaya, tapi itu yang sempat aku dengar dari corong telefon awal 3.35 pagi tu.. kemudian mak aku telefon..

"jangan balik terus, siang nanti baru bertolak"

masa ni mata aku dah rabak dah dengan tangisan.. nak tido pon dah x lena.. pukul 4.30 pagi aku mandi n kemas pape patot n terus gerak balik Terengganu.. nak ajak kawan2 teman sume dah takde balik kampung masing2 raya cina, aku je yang sorang2 kat umah sewa Shah Alam ni..

dengan perasaan yang berkecamuk aku nekad dan gagahkan diri untuk drive dari Shah Alam ke Kuala Terengganu sorang2.. hanya Tuhan je yang tahu ape yang aku rasa masa ni..

alhamdulillah jam 11.30 pagi aku selamat sampai ke rumah, di celah2 orang ramai tu aku nampak arwah abang aku terbaring kaku.. nampak macam sedang tido lena je.. aku cari mak aku, kemas pelukan mak pada aku..

Al-Fatihah buat arwah abang, Ubaidillah bin Mohd Hanafiah yang telah kembali ke rahmatullah pada 22.1.2012..


al-fatihah juga buat arwah ayah dan abang sulung aku yang telah kembali kepadaNya terlebih dahulu.. tinggallah kami beradik perempuan je bersama mak.. mak cakap abang sesak nafas masa tido.. nasib baik ada akak balik cuti raya cina kat umah, lau x mesti mak sorang2 je yang ada masa kejadian tu..

sekarang ni tinggal mak je kat umah lepas arwah meninggal.. aku dah mohon tukar, insyaAllah dapat.. doakan yang terbaik buat aku dan cepat2 aku dapat tukar untuk temankan mak kat kampung..

p/s: semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh, amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...