Friday, 13 January 2012

Baik Diam

sekadar ingin ku kongsikan bersama kalian sume..



Sabda Rasulullah saw “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai”. ( Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Banyak kelebihannya berdiam diri.  Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang bukan-bukan. Jika tidak dapat berkata-kata yang baik eloklah mendiamkan diri. Manusia sekarang lebih suka berkawan dengan orang yang suka bercakap, manakala orang yang banyak diam atau pendiam dilabel sombong.
Adakah orang yang banyak bercakap itu, dia sebenarnya bercakap perkara yang bernas? Atau sebab suka bergosip hal orang lain? Atau mengumpat? Atau…atau..atau..dan sebaliknya??
Dan kenapa bila ada segolongan manusia yang pendiam, orang sekeliling suka melabel sebagai sombong atau berlagak atau macam bagus padahal dia tak kenal pun orang tersebut? Paling best orang cakap “tak suka campur orang”??
Manusia mempunyai berbagai-bagai jenis perwatakan. Ada yang banyak bercakap, ada yang ramah, ada yang mudah menyesuaikan diri, ada yang pendiam, ada yang memerlukan masa menyesuaikan diri, ada yang malas nak ambil tahu hal orang, ada yang berfikir “ lantaklah orang nak fikir apa pasal aku’.
Bagi saya bercakap bila perlu adalah yang sebaik-baiknya. Bila banyak sangat bercakap, percaya lah akan ada point untuk mengutuk orang lain. Dah kutuk, bergosip, orang lain pun masuk join sekali nak tumpang sekaki kutuk pulak orang lain. Dan Syaitan pun bertepuk tangan gembira dah bertambah rakan-rakannya!!
Oleh hal yang demikian, usahlah gusar jika dilabel budak pendiam, atau tak campur masyarakat”. Yang penting tak bertambah dosa bercakap bukan-bukan. Eloklah jadi diri sendiri, ada pendirian daripada berubah supaya tidak dicap sombong.
Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyak silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Ibn Naim)
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan.
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah? 
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa Kebesaran Tuhan.
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
Kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti mengumpat atau bercakap yang bukan-bukan,
Takut menyakiti hati orang lain.
Atau diam tanda menghormati percakapan orang.
APA KELEBIHAN BERDIAM DIRI?
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan mendapat seksa daripada ALLAH SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara”.
Antara hikmah berdiam diri:-
§  Ibadah tanpa bersusah payah
§  Perhiasan tanpa berhias
§  Kehebatan tanpa kerajaan
§  Benteng tanpa pagar
§  Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
§  Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
§  Menutupi segala aib

Rasulullah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:-
Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Riwayat Bukhari & Muslim).

p/s: pagi tadi terbaca kisah ni.. dengan tajuknya aje buat aku ingin baca keseluruhan artikel ini.. untuk renungan bersama..

Thursday, 12 January 2012

Semuanya Aku Kan

dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna.. mustahil la, semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing2.. terimalah ketentuan Yang Maha Esa..
  

manusia ni kalau SEKALI kita dah buat buruk sampai bila2 dia akan nampak plus mengungkit yang itu je sedangkan BERJUTA kali kita buat baik sampai bila2 pon jasa kita TIDAK nampak.. bukannya mengharap sebarang balasan tetapi hargailah titik peluh n usaha yang telah dibuat.. ucap TERIMA KASIH pon sudah memadai, sejuk sikit hati ini bile mendengarnya..

tapi bila semuanya tu terjadi adakah aku mengamuk?? adakah aku tunjuk protes x puas hati?? tak de kan??

itu salah ini salah, semuanya salah aku kan..


 aku sendiri dengar apa yang korang cakap tentang aku.. korang cakap..

  • aku malas
  • aku x reti buat keje
  • aku lambat
  • aku lembap
  • aku x bertanggungjawab
  • aku x komited
  • aku x puntual
  • semuanya taklah pasal aku
tapi aku rasa aku bukan orang yang jenis macam tu.. kalau aku memang macam tu nape aku dapat anugerah pekerja contoh? nape markah prestasi aku 90 plus somting?? nape punch kad aku xde yang merah?

lau betol aku seorang yang teruk, campak la aku keje kat memane pon.. aku redha kalau itu boleh buat korang senang.. padahal surat transfer aku sendiri pon x lepas pas DUA (2) kali submit.. apakah semua tu??

tepuk dada tanya selera la, sape yang makan garam lebih dia yang nak minum air bebanyak.. baik buruk diri kita datang dari kita sendiri, jangan buat sesuatu kerja dengan mengharapkan balasan semata-mata..

aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni, aku punya keluarga yang harmoni.. aku punyai kawan ketawa kawan menangis dunia akhirat.. aku punya sidia yang memahami.. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana berikan aku kenikmatan hidup ini w/pon sekejap..

p/s: janganlah mengikut emosi diri, kelak akan memakan diri sendiri.. jangan buruk sangka dengan orang n sentiasalah fikir positif..

Wednesday, 11 January 2012

Menangis Dalam Hati


sorry if entry kali ni macam sedih sikit.. actually memang sedih pon, senyum aku sekadar untuk mengaburi mata khalayak umum semata-mata..


first aku nak mintak maaf pada insan yang amat aku sayang, tak perlu la aku sebutkan namanya disini.. aku tau dia akan baca setiap apa yang aku coretkan ini..

saya mintak maaf sesangat pasal malam tadi, bukan niat nak mungkir janji.. saya akui memang silap tu datang daripada diri saya sendiri.. sebagai manusia, saya memang tidak sempurna.. saya berikan awak masa untuk berfikir tapi plez jangan diam je.. dari suara awak saya tahu awak marahkan saya, awak jauhkan diri dari saya.. tapi kita kan dah janji if ada pape masalah kita akan bincang sesame untuk cari jalan penyelesaian untuk kebaikan kedua-dua belah pihak..

keputusan yang dibuat saat hati tengah marah memang tidak pernah betul.. kewarasan otak untuk berfikir amat terganggu masa ni.. sebab itu saya bagi awak masa untuk fikirkan semua ni, fikir betul2 supaya tiada sesape yang akan rasa menyesal nanti.. kan saya dah janji akan terima sume kelemahan diri awak n akan lakukan yang terbaik untuk kita, saat2 indah yang kita lalui bersama2.. saya harap awak tak lupa semua tu.. saya tak nak kehilangan awak daripada senarai orang2 yang amat saya sayangi selama ni..

second aku terima satu ugutan daripada seseorang.. bukan ugutan ancam nyawa tapi ugutan berkaitan masa depan aku.. kan aku dah mintak maaf pagi tadi lambat sikit coz nak setelkan keje2 aku dulu.. bila aku dah setelkan keje aku buatlah seperti yang kamu nak tu.. aku mintak sabar je kejap, tu pon nak mengamuk n ugut aku pasal hal itu.. lagi2 kamu nak bangkitkan hal lama tu.. kira dah lama la aku bertahan dengan kamu, enam bulan tau tak.. enam bulan dimarah ditengking hampir tiap minggu.. seminggu pertama tahun baru 2012 ni dah buat aku pening, stress, sakit hati pasal kamu.

sampaikan aku jatuh sakit n dapat migrain pon sebab kamu tau tak.. bukannya aku nak menyalahkan takdir tapi lepas aku berpikir dalam2 semua ni berlaku selepas aku keje dengan kamu.. jangan ingat dengan pangkat duniawi kamu boleh buat sesuka hati, n tolong jaga hati kita sesama manusia ni.. tu je aku harapkan dari kamu, berubahlah sebelum terlambat..

kalau tak suka aku jangan simpan aku keje lama2 kat sini, ni setiap kali aku nak kua cari suasana keje baru awal2 kamu dah reject permohonan aku.. nape tak puas hati sangat dengan aku ni, lau aku ada buat salah tolonglah bagitahu.. jangan bila susah terhegeh2 cari aku time senang kamu senang2 nak marah n maki aku..

semua tak faham apa yang sedang aku tanggung sekarang ni, at least aku nak jugak meluahkan isi hati ni pada seseorang.. tengs pada Maya sudi jugak dengar luahan hati aku, ringan sikit kepala ni.. tapi masa ni aku nak sangat jumpa awak, bila dengan awak kepala saya ni jadi ringan..

makan breakfast pon tak habis, nak masuk sudu keempat hilang terus selera.. terpaksa jugak telan ubat sebab kepala ni dah mencucuk2..

p/s: terus terang saya perlukan bahu awak sangat2 sekarang ni sayang.. saya minta maaf atas sume yang telah terjadi..

Tuesday, 10 January 2012

Kenyang Neting Perut Ini

mesti korang tak penah dengar ayat ni kan "kenyang neting".. ni merupakan bahasa pior Terengganu..

maksudnya kenyang sangat2 a.k.a perut dah penuh n xleh nak masuk makanan lagi dah..

penyebabnye inilah..


hehehe.. menu lunch aku tadi.. kenyang siot, nak2 orang banje free.. kahkahkah (gelak yang amat jahat)..

kami berlima kua ke Seksyen 7 Shah Alam, makan kat gerai cendol tepi jalan tu.. die punya cendol sedap la jugaks tapi paling perghhh die punya laksa penang.. terbaekkk la, kuah pon pekat.. tu yg buat laksa ni la umphhh.. double thumbs up!!

sememangnya aku seorang yang gila akan laksa penang..

makan plak bawah pokok n pinggir bukit dengan angin sepoi2 bahasa lagi, wahh buat aku jatuh cinta la nak makan kat situ lagi.. mesti n wajib pergi lagi ni..

p/s: tengah2 makan tu nampak perarakan india mati la pulaks.. tak lupa juga ucapan mekaseh buat abang yang terpaksa dirahsiakan namanya atas sebab2 tertentu 2 ye.. kih3

Monday, 9 January 2012

Terjawab Sudah Sakit Kepalaku Ini



ingat tak entry aku Bila Semuanya Bergabung??

jumaat lepas, 6.1.2012 aku ke doktor n aku dah temui jawapannya.. very2 tak disangka ape yang doktor cakap kat aku masa tu.. sedih plus takot pon ade perasaan aku masa dapat tau penyakit ni..

aku : saya sakit kepala la doktor, bukan pening tapi sakit rasa macam ditekan2

doc : salu ke sakit macam tu

aku: salu tu tak lah tapi yang minggu ni susah sangat nak ilang, sampai makan tiga pat ari dah..

doc : takde amek pape obat ke?

aku : dah tapi takde efek la doktor.. salu pas makan activefast saya tido and then bangun tido baik la.. tapi kali ni sakit sangat, makan obat pon x rasa pape dah

doc : kalau ikot tanda2 yang awak cakap tadi awak ni kena migrain

aku : migrain? teruk ke?

doc : tak la teruk sangat, nanti saya bagi obat n mc tapi lau sakit berlanjutan datang jumpa saya balik.. tapi awak kena jaga2 ni, takot makin teruk nanti

 

migrain? terkejut aku bila dapat tau.. arini bila aku search kat abam google memang betol la tanda2 yg ada.. takotnya..

MIGRAIN

Pengenalan
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain berdasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine (sibelium), propranolol, sodium valproic (epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Apart from taking medications, patients are also advised to take non-pharmacological measures to reduce migraine attack, eg relaxation training, stress management, avoidance of triggering factors eg bright light, certain food, stress and sleep deprivation.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh mengganggu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

kebanyakan tanda2 ni ada pada aku.. sekarang ni aku makan obat mefenamic acid (ponstan) & metoclopramide (maxolon) ni je.. arap2 sakit ni x melarat la..


p/s: dapat mc pon x dapat nak rehat kt umah, asik bos sms je.. awal bulan feb ni baru cuti panjang, lambat lagi la.. adOi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...