Monday, 21 November 2011

Diam Aku Bukan Sebab Merajuk

haluu.. rindu bebenor nak menconteng belog aku ni, rasanya dah lama x hapdet kan.. lama la sangat konon kan, tapi lama la bagi aku.. rindu nak menulis.. rindu nak menconteng.. rindu nak sharing.. rindu serindu rindunya lah..

actually aku ni baru je lepas dugaan berat minggu lepas, ni baru boleh tarik nafas lega pelan2.. if korang perasan la, tajuk entry aku sedih2 sepanjang minggu lepas.. dengan keadaan yang tak mengizinkan aku cuti lagi la menambah beban pemikiran aku ni.. rasa kepala ni dh berdenyut2 xleh nak pk, dada pon sesak macam ditekan2 je.. tapi sume tu dah berlaku, dah lepas pon.. buat pe nak kenang lagi kan.. "dia" dah dapat peluang kedua dah..

mula2 aku dah xnak pk lagi dah, just nak luputkan terus dari kotak fikiran ni.. tapi apakan daya, setelah mendengar luahan hati "dia" nampak aku ni kejam sangat kalau buang "dia" memandangkan orang lain dah buang "dia" dulu.. aku tak nak perasaan macam aku dah lalui terjadi kepada orang lain, terutama sekali orang yang penah rapat dengan aku..

so aku putuskan untuk bagi peluang kedua kepada "dia".. tak lama lepas 2 baru aku dapat rasa lega.. lega selega leganya sama seperti aku memaafkan orang yang aku benci x lama dulu.. sekarang ni orang yang aku benci tu dah berkawan macam biasa dengan aku, sama seperti dulu.. arap2 kali ni aku tak kena tikam dari belakang macam dulu lagi.. benar kata orang, memaafkan itu indah..

kekangan masa yang tidak mengizinkan dan bebanan kerja yang banyak buat aku lupa seketika pada masalah yang melanda.. straight to the point la C Last Bongsu uiii.. hehe.. aku just nak gtau korang yang aku sakit minggu lepas, tu pasal la xleh nak update belog.. hehehe.. k, bai.. mekaseh muah3..


ni ha buktinya, aku dapat mc sehari sebab xleh nak bangun.. sib bek "dia" bawak aku g klinik amek obat.. harap "dia" hargai peluang kedua daripada aku tu..

p/s: dorang asik salah eja je nama aku dari dulu.. x puas ati betol la..

Wednesday, 16 November 2011

Tak Tahan Sakit Kepala


adoi tak tahan sakit kepala.. dah bape malam x lena nak tido.. makan ubat pon tak ngantuk2.. hmm, banyak sangat benda yang nak kena pk sekarang ni..

paling teruk 12hb lepas, tak sampai dua jam pon dapat tido dalam tempoh 24 jam.. ngantuk tu memang la ngantuk tapi bile pejam je mata pastu bape saat pastu la terkebil2 balik.. adoi, memang tak tahan.. sampaikan pukul 4 pagi aku bangun makan ubat dengan harapan rasa ngantuk 2 datang la tanpa segan silu tapi pukul 5 tak nak jugaks tido mata ni..

pastu aku kua la dari bilik, kali ni melingkar depan tv plak.. ingatkan kalo xde cite best dapat la tido sebab kebosanan tapi sampai jam dah masuk 6.30 pagi still tak jugak tido mata ni w/pon cite yang ade amatlah membosankan.. dekat pukul 7 baru lelap kejap tapi pukul 8 lebih terjaga.. pastu sampai ke tengah malam la baru aku tido balik, tu pon paksa tinge ni dengar lagu kat henpon.. tak larat la sesangat badan ni..

malam tadi lak xleh nak tido, adoi masalah datang lagi.. dah la pagi ni nak kena g keje.. dah tak terurus rasanya aku datang opiz buat keje yang melambak ni, nak buat camne aku mintak cuti tak dapat dengan keadaan opiz sekarang ni.. nk amek mc kt klinik?? ujung bulan kot, paham jela.. ohh, so sedey..

Tuesday, 15 November 2011

Berangan Jadi Cikgu

dedulu masa sekolah mesti korang ingat kan cikgu tanya -"dah besar nanti murid2 nak jadi ape?" kan3.. yang pemes dulu cita2 nak jadi polis, cikgu n doktor.. aku ingat lagi..

sebenarnya aku ni banyak cita2 kalo korang nak tau.. tapi aku cite dua jela ek.. haha.. tetibe lak rasa malu tu datang.. haha..

skolah rendah aku nak jadi cikgu.. macam ni ha..


tapi bile cikgu suh tulis kat depan salu je tak sampai aku ni.. ketot kot.. hahaha.. pastu bile kena suh baca buku pon salu jgk kena tegur.. -"cane nak jadi cikgu suhaida oii kalo kamu baca pelan macam ni" huhu.. tah kenapa cikgu tu ingat lak cita2 aku..

masuk skolah menengah dah up sket, nak jadi doktor.. gaji doktor kan lagi besor.. haha kemain lagi coz masa tu x matang lagi.. mentang2 la dah amek aliran sains tulen kat skolah.. eksyen je melebih lebih.. dush dushhh

tapi resultnye x kemane, sekadar cukup makan je.. jadilah aku sekarang ni, kuli kepada bos.. huhu.. xpe la, dah rezeki kat kat sini kan.. alhamdulillah masa aku grad dulu dah keje, bangga la sket..

tapi sekarang ni kadang2 aku jadi cikgu jugaks.. cikgu bidan terjun.. haha.. cikgu untuk anak2 buah aku jela, if dorang xleh selesaikan tugasan alamat bergemalah suara aku bak buluh perindu ni mangaum.. ekekeke.. tapi lau bab2 math ni kepala dah berkarat sket, huhu.. tp add math aku surrender, tobat xmo dah..

sekarang ni bile dah keje aku jadi cikgu jugaks kadang2 tapi bidangnya meluas la.. cikgu buat air, cikgu potostat, cikgu nak godek itu ini n sat lagi insyaAllah merangkap jawatan cikgu untuk blogger junior.. hoho.. xde la aku ni terrer bebenor juz tolong kengkawan pape yang aku tau je.. kongsi maklumat, kongsi idea.. x ke gitu, ade jugaks pekdahnye.. haha

dah x berkesempatan jadi cikgu betol2, jadi cikgu macam ni kira orait jugaks la kan.. orang cakap x baik kedekut ilmu.. kan murid2?..

p/s: aku ngajor free je n x terima bayaran.. tapi lau ade yang nak banje makan sure aku tak tolak tepi.. makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan coz i love makan muah muaahhh..

Monday, 14 November 2011

Ya Allah.. Kuatlankah Hati HambaMu ini

perkara yang amat aku takut untuk terjadi nampaknya kian menghampiri diri.. entah dimana lagi ingin ku mengadu nasib melainkan pada Yang Maha Esa, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian yang terjadi di muka bumi ini.. aku hambaMu yang lemah, tidak berdaya untuk melawan kenyataan kehidupan duniawi.. aku bersyukur terhadap kebahagiaan yang telah Engkau berikan kepada aku walaupun ianya terlalu singkat, cukuplah.. tapi yang pasti hidup mesti diteruskan walau ada hati insan yang tergores andai kata keputusan yang akan aku buat pada hujung minggu ni.. akan ku pastikan bahawa ianya adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak..


aku hanya wanita, insan yang lemah.. tak bermakna aku diam dan senyum hidup aku selalu ok, walau nampak kuat dan ceria tak bermakna dalaman aku kuat.. wanita tetap wanita, mudah terusik.. ni kali yang kedua aku teresak esak di tikar sejadah, terasa diri ini begitu kerdil sekali..

p/s: pentingnya kepercayaan dan kejujuran dalam menjalinkan sesebuah perhubungan..

Friday, 11 November 2011

Sampai Hati Awak Buat Saya Camni


saya mintak maaf if teguran saya malam tadi buat awak sentap, bukan niat saya pon awak.. saya tau maaf bukan pengubat segala benda tapi saya betul2 mintak maaf kat awak.. saya nak awak tau tu tapi awak janganlah buat saya camni, sepi tanpa berita..

saya sms lagi, kali ni awak kat Subang lak.. mak ai, jauhnya tolong kawan cari barang.. xkan sampai malam pon x balik2 lagi padahal awak dah janji nak kua dengan saya malam ni.. saya tau kite jarang jumpa coz waktu keje kita x sama.. tapi kan ari ni awak cuti so saya nak la jumpa awk..

awak, jangan dera perasaan saya bleh x.. reply la sms saya, at least saya tau awak katne.. bukan saya nak pegi intai awak buat ape pon.. jangan la diam je, kita langsung x bercakap pon dari siang tadi.. ingatkan mlm ni leh jumpa tapi awak lak hilang tanpa khabar berita.. sampai hati awak..

p/s: saya bleh undur diri kalau awak dah x selesa dengan saya, tapi jangan diam macam ni je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...