Wednesday, 5 December 2012

Lagi Dan Lagi Dan Lagi

hadoiiii memang menguji tahap kesabaran aku betul la.. tapi walau macam mana pun aku tetap kena buat jugak.. ini bukan kerja aku okeh, bukan salah aku okeh, bukan aku buat last minutes okeh, so jangan memandai nak salahkan aku okeh..

sebenarnya bahagian aku kena key in dah lama siap, ni semua bahagian bos aku yang kena key in.. yelah aku ni kan sape nak bersuara.. aku ni SYMP aje.. saya yang menurut perintah.. hendak atau tidak terpaksa jugak buat atas dasar arahan.. ada faham??

kalau macam ni kena panggil aku bos la lepas ni :p
uwekkkk

bengang tak kalau macam ni

dan ini

sepatutnya sistem yang ramai pengguna macam ni tak boleh la selalu ada masalah je, loading memanjang.. sedar-sedar dah failed.. pihak sepatutnya kena la cari jalan penyelesaian..

masa buat untut PYD ok lagi tapi nak masuk PPP dengan PPK bapak susah.. dua minggu tak siap-siap lagi aku nak key in markah SKT semua pegawai ni..

p/s: aku hanya PYD tapi PPP dengan PPK aku jugak, acaner tu?? gred 27 dah jadi gred 54
(T__________T)


Monday, 3 December 2012

Mentarang Pedas Menyengat

Mentarang??

nama dia aku pernah dengar dan aku jugak tahu mentarang tu spesies kerang, lala etc.. tapi aku belum pernah makan lagi apatah lagi nak masak..

selalu nampak gerai "Mentarang Ada Dijual Disini" masa pergi kenduri kengkawan kat area Kuala Selangor dan Sabak Bernam tu.. tapi tak terfikir pulak nak beli..

yang ni ada la sorang budak rumah beli, katanya teringin nak makan tapi tak reti nak masak.. so am I la, aku ni lagi la tak pernah sentuh+masak+makan Mentarang ni..

disebabkan takde orang nak tolong masakkan kat rumah sewa aku tu, aku ambik cabaran si hosmet yang beli mentarang ni..



nampak sedap kan?? ofcourse la sedap.. semua hosmet komen positif bila kami makan (ratah sebab malas nak masak nasi) lauk ni.. alhamdulillah cubaan pertama aku untuk masak mentarang ni menjadi.. tapi kenapa namanya "Mentarang Pedas Menyengat"?? hahaha.. sebab aku taruk cili padi banyak giler dalam ni.. nah, aku bagi resipi ringkas cara orang bujang..

bahan-bahan:-
- 1/2 kg mentarang
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi (ikut suka hati)
- halia
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu kicap manis
- garam gula secukup rasa

selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

p/s: pasni boleh la nak berlagak sikit sebab dh makan + masak mentarang ni.. muahahaha

Thursday, 29 November 2012

Inilah Kesudahannya T_T


ini memang betul betul mencabar tahap kesabaran aku.. rasa nak hempuk je sistem ni.. dah la lembap.. adoyaii.. nasib baik aku punya dah settle, kalau tidak lagi stress berlipat kali ganda.. tapi takleh nak lega sangat sebab yang bos punya ni sure aku jugak yang kena buatkan.. aiyakkkk lariiiiiiiiiii setempat (dalam office ni sejuk sangat) hoho.. esok la sambung buat pepagi masuk kerja, dah fed up ni wey.. sekian SYMP

p/s: tak lahan kalo sokmo lagu ni, nok wat kije pon dokleh

Monday, 26 November 2012

Totally Down


yup, i'm totally down today.. so just leave me alone and do not ever ever disturb me, i'm warning you!!

mintak tolong temankan aje pon, bukan aku mintak duit ke hape ke..

janji MELAYU memang layu, tak boleh pakai..

tayar kereta aku tu nanti masa nak pecah je dah, nak bawak laju pon dah tak berani..

p/s: bila nak berjanji tu sila pikir betol2

Tuesday, 20 November 2012

Rembulat Oh Rembulat

yup, rembulat!! memang aku tak salah dengar sebab kiri kanan akak sebelah pun asyik berpandangan..

kah..kah..kah.. akhirnya berderai gelak tawa kami berempat.. macam nak pecah rumah bunyinya

nak tau apekah dimaksudkan "rembulat" tu??

ni dia


tahukah anda logo apakah ini??

bulatan @ roundabout

mungkinkah roundabout+bulatan=rembulat

*gelak guling guling, sakit perut weh*

peta di bawah ni pula peta bandar Shah Alam, cuba kira berapa rembulat yang ada


memang tidak dinafikan Shah Alam terkenal dengan bulatan.. memula aku datang sini pun confius bulatan ni semua.. sekarang ni dah terror la.. sikit.. haha..

p/s: bulatan kat sini kena ambil arah pukul 12 je, tup tup keluar ikut jalan sama jugak ahaks!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...