Friday, 10 August 2012

Tinggal Beberapa Hari Je Lagi

Assalamualaikum & selamat pagi dalim2 ku.. moga kalian sehat2 je di pagi Jumaat ni..

eh2, jap je dah masuk ari Jumaat.. yeay, minggu depan dah nak balik kampung.. cuti pon dah approved semalam.. balik kg 16hb.. balik sini 27hb.. uihhhh, leh tahan jugaks cuti aku.. hehe

btw aku drive sesorang je balik raya, same la macam tahun2 sudah.. bila la nak merasa jadi mem duk seblah je kan.. bia cik abang lak yang bawak baru la syiokkk..

mood hepi coz petang ni nak gerak g umah kawan baik, weekend ni tido sana.. datang keje pon dari sana ari senin ni.. cantekkk ah leh lepak lama2 dengan sahabat sejati aku tu..

so ni mungkin last entry aku untuk bulan ni sebab la ni dah xde masa nak hapdet bagai.. *mood malas nak buat keje* hahaha

so bersama-sama ini dilampirkan sesalinan... cewah, cam buat surat opiz lak dah ayat aku..

so kat sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua, jangan tinggal pose yang berbaki bape ari je lagi ni ye.. andai ada terbuat salah mintak diampunkan..


ni gambar raya opiz aku taun ni.. pandai2 la cari aku yang mane satu k..

p/s: sume bank x bagi angpau ke tahun ni??

Friday, 3 August 2012

C Last Bongsu@copyright


amacam?? ok tak??

sesi penjenamaan dalam proses permulaan.. kihkihkih...

Monday, 30 July 2012

SUBHANALLAH.. Keajaiban & Keanehan Air Zam-Zam



Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.


Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.


Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.



Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.


Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).


Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.



p/s: Subhanallah, sesungguhnya setiap kejadian alam ini terjadi di atas kehendakMu..

Monday, 23 July 2012

Ramadhan Datang Menjenguk Kembali

Salam Ramadhan.. hari ni merupakan hari ketiga umat Islam di seluruh dunia berpuasa.. aku harap sebelum tido tu jangan lupa niat doa puasa dulu ye..


harap2 korang tak lupa lagi akan niat ni..

TERAWIH


Alhamdulillah, syukur aku diberi kesempatan untuk menunaikan solat sunat terawih pada malam menjelang puasa.. almaklumlah tahun lepas keadaan tidak mengizinkan aku bersama-sama umat Islam di masjid..

tahun ni aku bersama akak hosmet jalan kaki ke masjid berdekatan rumah.. mujur aku pindah rumah baru awal bulan ni (Julai) yang dekat dengan masjid.. seronok tatkala menjejakkan kaki di masjid yang penuh dengan jemaah muslimin dan muslimah sampaikan aku dapat tempat kat belakang dekat balkoni masjid.. aku ingat 8 rakaat aje tapi bila dengar tok imam cakap 20 rakaat, fuhhh kuss semangat.. selama ni belum pernah lagi aku buat 20 rakaat..

okeh, pas azan Isyak kami pon mula berterawih la.. yang mengejutkan aku bila selesai je 8 rakaat ramai yang beransur pulang.. separuh aje jemaah yang masih tinggal, mengucap panjang aku.. padahal ni malam minggu, bukan keje pon esok.. alang2 dah berjemaah di masjid, apa la salahnya solat terawih sampai habis sesame..

amin, tepat jam 10.45 malam solat terawih kami selesai.. berjalan la pulang aku dengan akak hosmet tu balik ke rumah yang jaraknya 3 lorong dari rumah sewa..

SAHUR


aku bersahur ala kadar je.. masak nasik, goreng telor n tuang kicap lemak manis aje.. sahur simple aje sebab bebudak rumah ramai yang balik berpuasa kat kampung.. untung la mereka yang tinggal dekat, aku jela yang kampung jauh nun di Terengganu.. hukhuk.. Mood sedih..

tapi takpe, malam ni meriah la kami bersahur sebab ramai yang dah kembali dari kampung.. aku ni jenis yang bersahur nasik, lembik lau x jumpa nasik.. alahai, memang melayu tulen la kan.. hehe

BAZAR RAMADHAN


petang semalam aku melilau2 sesorang kat bazar pas kua cuci kete.. pusing punya pusing aku sampai ke bazar Kompleks PKNS Shah Alam yang besar tu.. memang kat situ besar sangat, 3 kali jugak la aku pusing sebelum dapat parking..

dalam hati dah nekad takmo membazir, beli yang betul2 nak je.. mujur aku tak rambang mata bila tengok juadah yang boleh buat aku kecur.. so aku beli nasik lemak kukus, ayam percik seketul (untuk lauk sahur) ngan air, cukup la tu.. RM 12 jugak aku beli sume tuh..

BERBUKA PUASA


teringat zaman belajar dulu buka puasa reramai di Padang MPK2 Kuantan Pahang, meriah sesangat..

hari pertama aku berbuka puasa bersama Sidia, adat la bila femli memasing jauh2.. tu pon nasib la Sidia cuti, lau tak hari sabtu keje je manjang.. hari kedua aku berbuka sesorang kat rumah n hari ketiga hari ni aku berbuka reramai dengan bebudak rumah.. meriah sikit.. aku harap sangat dapat berpuasa dengan femli tercinta, ohh miss u mom..

p/s: teringat kat masakan mak di bulan puasa aku sedih, sesungguhnya anakmu jauh di perantauan mencari rezeki.. azam tahun ni balik beraya lebih dari seminggu!!!

Thursday, 19 July 2012

3 Tips Berdepan Dengan Si Panas Baran

gerun kan bila berdepan dengan c panas baran.. tak kisah lah c panas baran tu laki or pompuan.. still sama je.. takot jugak kalau2 amukan dia boleh membawa kecederaan.. ampun, mintak dijauhkan..


sini ada sikit baeekkkk punya tips untuk berdepan dengan golongan ini.. jom prektis!!


Tips 1: diamkan diri, jangan respon apa-apa pada kemarahannya
 
Api bila dilawan dengan api, sampai bila-bila kedua api tu tak akan padam. Bila api dilawan dengan air, sudah tentu api cepat padam.
 
Berdiam diri satu sikap yang sejuk dan sejuk adalah sifat air. Jika Anda sedang berdepan dengan orang panas baran yang tengah marah, biarkan dia lepaskan kemarahannya. Elak untuk tidak melakukan apa-apa selain itu.

Tips 2: Jauhkan diri darinya buat seketika
 
Jika Anda jenis orang yang tak suka bunyi bising dan asap rokok, sudah tentu anda tak suka duduk berhampiran dengan orang panas baran. Anda tak akan selesa dengan sikapnya. Ada-ada saja dia nak marah, hempas tu, hempas ni.

Biasanya orang yang panas baran ni suka menyalahkan orang lain atas segala masalah. Dia lebih suka menuding jari dari mencari salah dalam diri sendiri. Apabila kawan anda yang panas baran tu sedang naik marah atau menunjukkan air muka kurang senang kerana dia marah, jauhkan diri buat seketika.

Sebab? Anda akan cepat terjangkit oleh aura negatif yang terpancar dari emosi kemarahannya. Anda akan terjangkit sama.

Kesannya Anda akan rasa tertekan secara tiba-tiba. Apabila Anda sudah tertekan, mudahlah untuk masalah muncul bertimpa-timpa dalam hidup Anda semuanya kerana Anda tertekan. Jauhkan diri supaya Anda dapat menjaga aura positif pada diri Anda.

Tips 3: beri masa untuk dia sejuk sendiri
 
Orang panas baran ni sebenarnya akan malu sendiri apabila marahnya sudah reda juga apabila kepanasan hatinya berlalu pergi. Orang yang cepat marah samalah dengan orang bodoh, sebab dia tidak mengawal kemarahannya. Orang yang cepat naik marah senang diperbodoh-bodohkan.

Lembu jantan yang cepat naik marah juga senang diperbodoh-bodohkan untuk dijadikan sumber hiburan masyarakat sekeliling. Itu sebab kenapa matador di Sepanyol tu suka mengapi-apikan kemarahan lembu jantan sebab dia nak buat penonton terhibur dengan radukan bodoh si lembu.
 
Orang sekeliling suka melihat orang yang sedang naik marah sebab orang marah tu akan buat perkara-perkara bodoh yang melucukan
 
 
Orang yang sedang marah biasanya bertindak mengikut perasaan. Dia akan bertindak sesuka hati.

p/s: sila hati2 jika anda berada dalam situasi ini.. cari pelindung keselamatan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...