Tuesday, 8 May 2012

Apa Yang Kita Fikir Ketika Mengambil Air Sembahyang

..gambar ehsan dari abam gOogle..


DARI KITA BERDIAM... KOSONG, NIATLAH DENGAN YANG BAIK-BAIK...

  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.

p/s: marilah kita sesame mengerjakan pahala untuk diri sendiri, kalau bukan diri kita sendiri siapa lagi..


Thursday, 3 May 2012

Penyakit "M" Dah Datang

bila dah dapat penyakit "M" ni memang takde ubat lah.. MALAS..

penyakit "M" ni datang menyerang aku pas bershopping aritu.. kononnye nak beli kasut la..

pusing la JJ oops dah tukar nama AEON la leni.. lokasi Bukit Tinggi, Klang, Selangor.. nak cari kasut punya pasal aku pusing dari tingkat bawah sampai la ke tingkat atas.. sumer kedai kasut aku masuk, dua tiga kali pulaks tu masuk satu2 kedai..

sampai melecet2 kaki pastu balik dengan tangan kosong.. eehh2 tak, beli contact lens je.. stok dah habis, sebab tu la aku g wedim pakai spek.. hilang keayuan dan kecantikan.. chaittt, silakan muntah hijau.. haha

abes tu jumpa yang heel pat lima inci memang takkk ah nak beli.. nak tempah malu ke tersembam kat jalan nanti..


motif sebalik gambar ni dengan penyakit "M"??

korang ampak tak brader baju itam tengah sapu lantai kat meja merah 2?? hah, elok2 je aku sampai kedai ni dia tengah kemas2 meja tepi tu.. aku pon ape lagi..

"bang, nak order bang"

sambil tersengih2 mengoder makan.. bila dah duduk tu malas benor nak bangun n kua so aku order dari dalam kereta je.. haha, ngko ingat KFC McD je ada drive-thru.. hahahaha..

tak lama pastu dapat la makanan yang aku order, sib baik takde cas lebih.. huhu

sekian..

p/s: len kali nak buat lagi la.. lalalala

I Like Makan Nasi Minyak FREE

mulai sekarang dah start majlis kawen, nanti masuk cuti sekolah je tiap2 ari maunye ada jemputan kawen.. so mase ni la boleh jimat bab makan.. haha..

ni aku memeriahkan majlis kawen budak umah aku, Kak Hanum dan pasangannya Kelana Edy.. dorang nikah 28/4, majlis belah perempuan 29/4 dan majlis belah lelaki 5/5 ni..

so pasni WANTED la nak hosmet sorang lagi untuk ganti tempat Kak Hanum tu..

ni masa majlis belah perempuan yang telah diadakan di Sekinchan, Selangor.. elok2 kami sampai dorang tengah tunggu pengantin laki sampai nak bersanding :)

ni la pengantin perempuan merangkap bekas hosmet aku..

sebab pengantin laki dah nak sampai so aku makan la dulu.. ni dia nasi puteh lauk ayam celup tepung, kerang, daging masak kicap, masak lemak babat (perut lembu), n sayur.. makanan orang jawa, tah betul ke tak nama lauk2 tu.. aku tau makan je.. haha..

raja sehari : Kelana Edy n Nor Asrifahanum

aku heret mrs Conan ajak temankan :)

Kak Pikah : hosmet aku jugaks tapi dia tido sana masa kenduri

n ni, aku lah.. sape lagi.. tumpang duduk ye.. hehe

minggu ni lau free aku g majlis belah laki pulaks.. makan free tuh :p

p/s: sonok tengok kengkawan naik pelamin..

Friday, 27 April 2012

Rindu Kengkawan Lama

mood : tengok gambar2 lama.. gambar masa study kat Kuantan dulu..

kenangan depan Hyatt Regency Hotel, pas abes praktikum table etiq

TC : Teluk Cempedak pas jamuan last untuk kami sekelas plus lecture2

kenangan DSK B : Diploma Sains Kesetiausahaan

tunggu order sampai kat Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, 1st renunion pas masing2 dah keje tapi ramai yang x join..

 wedim Wan, masa ni la baru dapat jumpa ramai2.. kecoh!!!

amek angin kat Taman Gelora, Kuantan.. pastu masing2 dah balik rumah..

w/pon singkat je pertemuan kami tapi kecohhhh.. double triple thumbs up, nak jumpa lagiiii...

p/s: tengok gambar2 hepi coz ati x bape nak hepi

Thursday, 26 April 2012

Leukemia - Hikmah Disebalik Ketentuan Ilahi

baru je dapat berita yang menyedihkan.. anak buah yang umur dua tahun tu masuk hospital, demam mencecah 39.7 'C.. dengar suara Eishal yang ceria tadi sejuk sikit hati ni, insyaallah petang nanti dah boleh balik rumah..

akak (mak Eishal) juga ada gtau yang abang ipar kena leukemia stage satu.. baru minggu lepas doktor dapat detect dan sekarang ni tengah berusaha berubat.. insyaallah moga semuanya selamat.. amen..


kat sini aku nak share mengenai penyakit leukemia..

PENGENALAN KEPADA LEUKEMIA

Leukemia adalah barah sel darah. Sel darah diproses oleh tulang sum-sum, tisu lembut di tengah kebanyakan tulang. Dalam kes leukemia, tulang sum-sum menghasilkan terlalu banyak sel darah putih dan kadang kala sel ini tidak “bertugas” dengan betul. Sel ini terus “membiak” sedangkan ia sepatutnya berhenti. Malah ia terus berkembang lebih cepat daripada sel lain. Sel abnormal ini kemudian akan mengatasi jumlah sel darah putih, sel darah merah dan platlet.

Sel darah putih membantu tubuh menentang jangkitan. Sel darah memastikan tubuh tidak terlalu berdarah (kalau terluka). Apabila sel leukemia melebihi jumlah sel normal, darah tidak akan berupaya melakukan tugas yang sepatutnya dan terjadilah gejala seperti yang dinyatakan di atas.

Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing :

Jenis sel darah dan fungsi
JENIS SEL
FUNGSI
Sel darah merah (eritrosit)
·  Membawa karbon dioksida (CO2) dari seluruh tubuh ke paru-paru.
·  Memberikan warna merah pada darah kerana jumlahnya yang paling tinggi
Sel darah putih (lekosit)
·  Bertugas untuk melawan penyakit.
·  Merupakan antibodi semulajadi dalam badan manusia.
Platlet darah (trombosit)
·  Menutup lubang apabila terdapat kebocoran pada pembuluh darah.
·  Membantu dalam pembekuan darah.
      
Ketiga-tiga jenis sel darah di atas dihasilkan di dalam sum-sum tulang iaitu bahagian tengah tulang yang berbentuk span. Semua sel darah yang masih muda(immature) berada dalam keadaan normal di dalam sum-sum tulang sehingga ia matang(mature).
      
Sel-sel darah ini dihasilkan secara teratur dan terkawal sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Jika terjadi sebarang pendarahan seperti kecederaan atau menstruasi, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah dengan lebih cepat dan banyak untuk mengekalkan kadar hemoglobin.

SEL LEUKEMIA

Sekiranya terjadi leukemia, sum-sum tulang akan menghasilkan sel darah merah yang tidak normal dalam jumlah yang berlebihan. Sel leukemia kelihatan berbeza dari sel darah yang normal. Di samping bentuknya, sel ini juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

JENIS LEUKEMIA

Terdapat banyak jenis penyakit leukemia yang boleh menyerang tubuh seseorang. Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu leukemia akut dan leukemia kronik. Leukemia akut berlaku apabila sel-sel abnormal iaitu sel muda (immature) abnormal tetap tidak matang sehingga tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

Manakala leukemia kronik pula berlaku apabila terdapat sel yang tidak matang tetapi masih terdapat sel yang lebih matang. Dalam keadaan ini perjalanan penyakit agak lambat.

Sel leukemia timbul dari 2 jenis pokok sel darah putih iaitu sel lomfoid dan mieloid. Apabila ia mempengaruhi sel limfoid, leukemia ini dipanggil leukemia limfositik. Manakala jika ia mempengaruhi sel mieloid ia dikenali sebagai leukemia mielositik.

LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU

Leukemia limfositik akut
Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.

Leukemia mielositik akut
Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.

Leukemia limfositik kronik
Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.

Leukemia mielositik kronik
Biasanya menyerang orang dewasa.

TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :

  1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
  2. mudah jatuh sakit
  3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
  4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
  5. mudah lebam
  6. hidung kerap mengalami pendarahan
  7. hilang nafsu makan dan turun berat badan


* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.

BAGAIMANA IA DIRAWAT?

Hingga kini rawatan terbaik leukemia adalah kemoterapi. Di negara barat peratusan untuk sembuh penyakit leukemia di kalangan kanak-kanak sangat tinggi selepas menjalani rawatan kemoterapi. Justeru, ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil herba atau makanan tambahan lain dalam usaha menyembuhkan penyakit. Walaupun banyak ubat-ubatan herba di pasaran yang mendakwa boleh membantu membunuh sel leukemia, ia masih belum terbukti keberkesanannya. Pengambilan herba mungkin akan hanya menambahkan lagi kesengsaraan pesakit.

p/s: mungkin ada hikmah disebalik semua ni berlaku, aku mesti berfikiran positif!! tapi lau boleh nak bersama femli di saat macam ni, pasti mereka memerlukan aku.. nak balik kampung T_T sobss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...