Monday, 23 February 2015

Chicken Meatball & Blackpepper Mushroom Sauce

ohohooooitt.. dah lama tak ngedet resepi campak-campak versi Mashu kan..

bosan duk melepak 24/4 kat rumah CNY ni.. Sidia cuti 3 hari pun bukan boleh nak keluar jalan-jalan, sibuk dia nak gi memacing tido kelong dengan kawan-kawan haishh.. fed up Mashu kat rumah !

bebosan tu buka peti ais.. tu je 'tempat' lawatan yang paling kerap Mashu kunjungi selama cuti 4 hari tu.. Syukur Alhamdulillah rini dah keje, dah boleh nikmati alam sekeliling..

sambung tadi.. buka peti nampak ayam.. ikan talapia.. kubis and cendawan.. yang tray tengah tengah belah dalam tu kosong.. yang ade hanya bawang blend.. takde masa nak gi beli stok..

tengok ayam banyak tangan ni gatal nak buat bebola ayam.. tanya encik google.. bahan yang lain hentam saja la mana yang ada..

Bahan-Bahan Bebola :
- isi ayam *blend
- bawang besar/merah *cincang
- lada hitam *blend
- garam
- sedikit tepung gandum

Bahan Sos :
- cendawan
- lada hitam *blend
- Sedikit tepung gandum
- bawang putih *blend
- bawang besar/meran *blend

Cara-Cara :
Mashu campur je sume sekali, gaul sampai sebati.. macam main masak-masak pulak.. hehe..

sos pun macam tu jugak, korang ikut la macam step masak tiap hari tu.. tu pun nak kena ajar huihh.. yang bebola tu depends pada korang nak celur or goreng.. ikut cara masing-masing.. Mashu celur

 
gentel-gentel sampai jadi bulat

 celur dalam air mendidih.. kalau dah timbul tu maknanya dah masak

 ni yang dah masak

janji ada rupa.. makan boleh tapi nak jual takleh.. hahaha

p/s : ikut suka la ye korang nak buat macam mana, ikut suka hati bak kata Chef Ammar.. haha


Tuesday, 17 February 2015

Cafe Anggerik Terrace Hotel UiTM Shah Alam

nah, Mashu dan opismet dapat port baru untuk makan-makan bersulamkan lepakKing di lunch hour hari Jumaat yang panjang tu..

mula-mula ingatkan tempat ni mahal tapi standard biasa jugak.. still under budget lagi ni.. lain kali nak gi makan kat situ lagi..

oopsss, sebenarnya kami nak suprisekan Birthday Girl ni.. jenuh aku nak cari alasan nape Mashu bawak kakak ni pusing-pusing sementara kawan-kawan yang lain pergi set up dulu meja kat sana.. banyak soal lak gagap-gagap Mashu menjawab.. haihhh


Birthday Girl


 




 




Mashu makan Tomato Meatball Spaghetti

p/s : Harga berpatutan, portion banyak.. ada muzik iringan sambil makan-makan.. besttt


Monday, 16 February 2015

5 Petua Menyimpan Duit

Berhenti mengeluh dan tarik nafas panjang-panjang.. tarik.. hembus.. tarik.. hembus..

saban hari kos hidup semakin meningkat walaupun harga petrol dah turun.. bagi ibu bapa yang mempunyai tanggungan yang besar, In Sha Allah akan ada rezeki untuk anak-anak yang sedang membesar.. yang penting kena selalu positif..

Mashu ni walaupun anak baru seorang tetap merasa bahangnya.. lebih-lebih lagi bayi yang sememangnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.. mujur Anak Bujang ni tak memilih susu formula yang mahal, Alhamdulillah..

bermula tahun ni Mashu paksa diri untuk menabung.. dulu kalau ada lebih je baru menabung.. tapi sekarang hati dah nekad ada lebih ke takde lebih kena simpan juga untuk emergency !!

Mashu dah baca, nah ambik korang baca pulak..

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.

p/s: nampak macam dah makin tebal tapi tepiskan perasaan nak kira jumlah duit tu dulu.. hehe.. dah penuh nanti baru kira semua sekali..

Wednesday, 11 February 2015

Come Back !!

Assalamualaikum w.b.t..

dah agak lama Mashu tak menconteng di sini.. 
nak masuk setahun dah takde entry baru..

so sori.. bz banyak sikit lepas bersalin ni.. bz kat rumah.. bz kat office.. almaklumlah wanita bekerjaya kan.. kannnnn..

pada hari Jumaat 11/7/2014 @ 8.45 mlm Mashu dah selamat melahirkan baby boy seberat 3 kg melalui kaedah bersalin normal.. baby overdue 8 hari and 2 kali induce kt HSNZ..

tengah azan maghrib berbuka puasa Mashu kat dalam labour room tu.. lepas berbuka puasa ala kadar alas perut, Sidia pon datang meneman.. 

Mashu paksa Sidia teman !! hihi

ni dia rupa anak bujang Mashu.. nama dia Mior Adeeb Safwan.. 
hari ni genap 7 bulan Anak Bujang.. kejap je masa berlalu..

baru je fefeeling bujang lagi.. larikkkkk ! ! ! . . . .



antara kawan-kawan office yang datang melawat kat rumah..

p/s: Anak Bujang baru baik demam, makin banyak akal sekarang ni.. 


Monday, 21 April 2014

Persoalan Jantina Bayi Terjawab

masih lagi tertanya-tanya jantina bayi anda? Mencari klinik untuk scan 3D/4D termurah? 

Alhamdulillah, Mashu dah settle semua tu.. Lega sangat-sangat.. Mashu nak suggest satu klinik yang ada perkhidmatan scan 3D/4D yang murah area Shah Alam.. rata-rata klinik cas bayaran RM150 ke atas untuk perkhidmatan scan ni..

Malam semalam Mashu buat scan di Poliklinik An Nisa' Seksyen 7 Shah Alam, bersebelahan Mydin Mart tepi tasik Seksyen 7 tu.. bukan Seksyen 7 pusat komersial yang ada I-City tau.. ingat tu.. Mereka buat scan pada hari Jumaat & Sabtu je, siang malam pon ada.. kalau nak booking sila la call terus untuk appointment.. bukan apa, kalau walk in takut penuh je..

tapi jangan risau la, sebab ramai yang tak tahu klinik ni ada buat scan 3D/4D.. Mashu google search pon takde yang bercerita.. ni nasib baik call sendiri tanya.. Mereka cas RM110, siap sekali dengan CD & 1 keping print gambar 4D baby kita.. doktor baik, banyak explain yang diberi.. ye la kan, Mashu ni mengandung anak sulong, nak tanya apa pon tak tau.. masuk jam 8.45 mlm, keluar bilik doc dalam jam 9.30 gitu.. lebih kurang sejam gak la duk godek2 perut dalam tu, sib baik baby tak tido & banyak posing.. senang doc nak buat keje scan tu..

Mashu punya baby..


wahh, hidung mancung gitu.. hahaha

Bila dah tau jantina baby, senyum lebar Sidia.. ye la kan, belah dia takde cucu lelaki lagi.. suka la femli mertua kalau tau.

p/s: pasni jadi cucu kesayangan la belah mertua, almaklom le cucu lelaki first..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...