Monday 16 February 2015

5 Petua Menyimpan Duit

Berhenti mengeluh dan tarik nafas panjang-panjang.. tarik.. hembus.. tarik.. hembus..

saban hari kos hidup semakin meningkat walaupun harga petrol dah turun.. bagi ibu bapa yang mempunyai tanggungan yang besar, In Sha Allah akan ada rezeki untuk anak-anak yang sedang membesar.. yang penting kena selalu positif..

Mashu ni walaupun anak baru seorang tetap merasa bahangnya.. lebih-lebih lagi bayi yang sememangnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.. mujur Anak Bujang ni tak memilih susu formula yang mahal, Alhamdulillah..

bermula tahun ni Mashu paksa diri untuk menabung.. dulu kalau ada lebih je baru menabung.. tapi sekarang hati dah nekad ada lebih ke takde lebih kena simpan juga untuk emergency !!

Mashu dah baca, nah ambik korang baca pulak..

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.

p/s: nampak macam dah makin tebal tapi tepiskan perasaan nak kira jumlah duit tu dulu.. hehe.. dah penuh nanti baru kira semua sekali..

1 comment:

  1. aku pon dah start menabung beb..hahhaha tp start dr rm1 muahahhaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...