Wednesday, 3 October 2012

Judika - Aku Yang Tersakiti



AKU YANG TERSAKITI
by Judika

pernahkah kau merasa jarak antara kita
kini semakin terasa setelah kau kenal dia
aku tiada percaya teganya kau putuskan
indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
kau pergi tinggalkanku

tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
aku pergi untuk dia

tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Tuesday, 2 October 2012

Dating Dengan Abang Polis Dalam Hujan Renyai


semalam aku berlari-lari anak dalam hujan renyai.. mahu dating dengan abang polis la katakan, hujan2 pon aku sanggup redah.. *mode cite bollywood nyanyi dalam hujan*

>> flashback jap<<

dua tiga hari sebelum balik beraya hari tu aku kena saman polis atas kesalahan mengganggu/menghalang perjalanan.. padahal aku parking kejap je dah kena, dah nasib kan nak buat cane.. masuk je kereta nampak kertas kat viper pastu amek la tengok ape.. tup tup saman polis, kalau MBSA takpe la jugak.. RM6 je sebab tengah promosi, murah sikit..

lokasi kejadian ~> Plaza Alam Sentral (PAS) tepi dataran yang ada jam besar dengan air pancut tu..

haishh nak dekat raya lagi rajin dorang2 ni beroperasi je.. tapi mujur la c puteh aku tu tak ditowingnye bawak lari..

pastu minggu lepas pon ingat nak keluar bayar tapi bos aku tak kasi half day pulaks.. adoyaii.. kul 4 petang baru dia bagi aku keluar dengan harapan kaunter bayaran saman tutup kul 4.30 ptg la.. sempat kot, bukan jauh sangat opiz aku nak ke situ..

sampai la balai polis cawangan trafik di Seksyen 11 tu rasanya lau tak sempat, masa tu baru 4.15 ptg.. kua je kereta nampak notis "SEBARANG URUSAN PEMBAYARAN SAMAN HENDAKLAH BERURUSAN DI IPK SEKSYEN 9" adoiiii angin aku.. lau tahu macam ni awal2 lagi aku ke Seksyen 9 tu, lagi la dekat dengan opiz.. sebelah aje..

melilau jugak aku tengok signboard sebab IPK ni besar, semua dah buka kat sini.. tapi bang polis cakap kaunter dah tutup kul 4 ptg, arghhhh cam nak mengamuk dah ni.. tapi tak pe la sebab dia cakap ari sabtu buka sampai tengahari..

hari sabtu ~> dengan yakinnya penuh bersedia aku melangkah ke tempat bayar saman tu.. sampai je kat pintu kaca tertampal satu notis lagi "HARAP MAAF, PADA 29.9.2012 KAUNTER BAYARAN SAMAN DITUTUP. SEBARANG URUSAN BOLEH BERHUBUNG DI BALAI POLIS BUKIT JELUTONG".. arghhhhh aku rasa nak mengamuk guling2 je kat situ, patut tak ramai sangat orang..

>>sambung balik<<

tak sampai 5 minit aku dah terpacak amek no giliran, masa tu lagi 15 minit nak pukul 1.00 ptg.. mata aku pon melilau la, rupanya lunch hour kaunter tutup.. lau aku datang kang naye je..

ALHAMDULILLAH, hutang selesai.. terbang RM100 aku bayar saman.. pasni tobat dah tak nak parking situ.. ni yang 1st and last aku parking kat situ..


p/s: esok dah naik ke RM150 kalau aku tak bayar lagi, pastu lau tak bayar jugak naik lak ke RM 300.. tu la aku kelam kabut nak bayar.. huhu

Tuesday, 25 September 2012

Hartaku Hartamu Jua

soalan pepagi tadi..

join tak kursus nanti?

lam hati aku kursus pe pulak ni, xde info pon datang kat aku pasal kursus hari ni..

tajuk ape?

hartaku hartamu jua

nak joinnnn... tekocoh2 aku capai hp ngan note seploh ringgit lam handbag.. menonong ikut akak2 opiz sebab kebetulan bos aku mc hari ni.. gatal nak ikut padahal kursus tahunan dah terlebih dah.. haha

jawapan aku >> nak tambah ilmu la hehe

dapat la goodies bag sorang satu.. ni sume isi dia..


 back dated mingguan wanita.. dapat yang bulan Jun punye.. ada yang dapat majalah Midi jugak, tengok nasib la pe yang ada lam bag tu..


yang penting dapat sijil.. haha tu yang sebenarnya semua orang nak..

orang jabatan agama duk ceramah kat depan tapi aku lak duk baca majalah kat belakang.. tak sempat habis lagi seminar kami dah blahh.. haha.. jahat kan..

so lau nak tau lebih lanjut leh masuk web JAIS la ye.. sebab aku sempat saved input sikit je, lau salah tafsir naye kang..

p/s: sebenarnya kan aku rasa tajuk betul dia "hartamu HARTAKU jua" hihihi

Monday, 24 September 2012

Mi Bandung Udang Galah

sekarang ni aku suka sangat makan.. mungkin sebab selalu tengok masterchef la kot.. hehe..

weekend lepas aku dan sidia pekene mi bandung udang galah plak.. tak caye?

ni dia buktinya..

lokasi : Restoran Bisik-Bisik
Seksyen 7 Shah Alam
(belakang UNISEL)



sidia punya menu.. ni mi bandung udang galah gred B

aku punya mi bandung muar je..

besar sangat udang tu nak makan kat lua, tapi lau kat rumah 2 3 ekor maunya tak cukup aku sorang.. hehe

teringat lak mak masak udang galah fresh ni.. dlu arwah abang aku mancing kat sungai pastu bela dalam kolam ikan bagi besar sikit n then kami pon menjamu selera la bila berkumpul adik beradik..

p/s: pasni nak cari tempat makan yang best lain plak..

Thursday, 20 September 2012

Kenapa Mata Berdenyut-Denyut??

dari semalam lagi mata kiri aku ni berdenyut.. memula tak nak pikir sangat tapi sampai ke hari ni masih lagi tak berhenti berdenyut.. mula la aku naik risau tapi tak nak la pikir bukan-bukan..


Dalam perubatan pakar menggelarkannya adalah eyelid myokymia

ia berlaku akibat pergerakan satu atau dua otot sekeliling mata. ini disebabkan ransangan berlebihan oleh saraf pada otot tersebut terutamanya otot yang bertanggungjawab untuk menutup mata (orbicularis muscle & superior oblique)


ia berlaku biasanya akibat beberapa faktor tertentu antaranya:-

1. Pengambilan kafein/Alkohol berlebihan
Kebanyakan pakar percaya bahawa kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching

2. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambilan ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh

3. Stress atau tekanan
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata

4. Kerja berlebihan/Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa (power) mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini

5. Tidak cukup tidur
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut

6. Penggunaan ubat/Ketidakseimbangan Nutrisi
Kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik

7. Alergi/Mata yang terlalu gatal akibat terdapat bendasing
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching



Keadaan ini biasanya berlaku sebentar sahaja ataupun boleh berpanjangan dalam masa tiga minggu.

antara cara untuk melegakan kesan mata berdenyut ini adalah dengan melakukan tuaman sejuk dengan menggunakan ais dan sebagainya. Jika berlarutan sila rujuk pakar. Namun, jika akibat tidak cukup tidur, rehatlah mata anda. InsyaAllah semua simptom akan hilang.

Jika ianya kerap berlaku, sila rujuk pakar untuk kepastian. Anda berkemungkinan mempunyai komplikasi lain

p/s: Tuhan tolong lindungi aku dari segala keburukan dan kejadian yang tidak diingini, ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...