Monday, 16 July 2012

Durian Tumpah Melanda

oopsss, terikut2 tajuk sorang akak opiz cakap minggu lepas.. durian tumpah melanda.. haha.. memang kena sangat dengan tajuknya.. ni muka kami2 yang syok dapat makan durian free.. ada dua lori durian datang.. selain tu ada manggis, duku dengan rambutan pon ada jugaks.. wawawahhh, seronok sakan berpesta buah di program Jom Makan Buah-Buahan Tempatan peringkat Negeri Selangor ni 12.7.2012 @ 13:00 pm @ Bangunan SUK Shah Alam..

jom tengok gelagat kami yang gilakan durian free ni.. sedapnya hingga menjilat jari..


sanggup beresak2 di celahan manusia untul feel durian ^_~


ada yang sanggup geget jari bila durian yang dicekah dihulurkan kepada orang lain dulu.. hahaha oh kak seni..


peace.. kami dah dapat bahagian kami..


bergambar dengan koleksi durian masing2..


yeahaaa, yang ni kami punya..

dan ni pulak bab makan, sambil tak hengat dunia.. haha..





meriah kan.. ni lah geng2 kami.. pas penat kemas2 opiz kami berpesta buah pulak..


peace.. muka2 kekenyangan..


n jangan tapau macam aunty ni ye.. xmo2  x baik.. orang dah bagi makan free jangan la tamak nak bawak balik..

seronok punya pasal sampai x sedar masing2 dah makan dua tiga bijik durian.. lau dapat yang isi kuning oren, terus berebut sampaikan yang tukang bukak pon tak dapat.. hahaha.. seronok...

p/s: ada yang makan sampai muntah2 n kepanasan.. g klinik untuk dapatkan mc.. hahaha.. terbaekkk lah tahun ni berbanding tahun lepas2..

Menjadi Cleaner Di Office

seharian bergelar mak cik cleaner ni opiz bagi program 5S.. dalam bahasa senang aktiviti gotong royong la.. hehe.. awas, anda sedang diperhatikan untuk memastikan kerja2 pembersihan berjalan.. hahaha..


okeh, langkah pertama.. mesti pakai mask dulu.. kalau tak, mahunya 1 opiz ni duk dengar aku bersin tak henti2.. ini adalah bilik aku, kat belakang aku tu bilik big boss..

lam poket tu?? henpon, senang orang nak contact aku.. sebab hari ni aku akan berlegar2 di opiz, so lau aku tinggalkan henpon kat meja susah plak kang nanti orang call x dapat..


keje pertama aku adalah bersihkan cermin alas meja ni.. sampai terduduk2 buat keje, tak sedar aku talah disnap oleh paparazi.. ohh tidakkk :p


ni antara cleaner2 yang menyahut program 5S yang berlangsung seharian di opiz.. muka hepi coz nak turun serang durian free kat depan lobby.. yeahhh, seranggggggggggg!!!!

p/s: next entry pasal durian free pulaks

Saat Berbahagia

waktu yang paling berharga adalah saat2 bersama keluarga, bersama Sidia dan bersama kengkawan.. wahhhh, masa ni la aku dapat releasekan tension.. dengan mereka lupa segala masalah yang melanda..

lokasi : The Secret Garden, One Utama, Damansara


macam kat tanah tinggi kan.. tenang sangat bila ada kat atas bangunan yang diolah menjadi taman.. sejuk pon sejuk kat atas ni..


cantik kan tempat dia.. ingat nak g sana lagi la pasni.. huhu


nah, pose untuk korang sume *lau ada orang tengok belog ni la* huhu..

p/s: tak sangka kat atas puncak bangunan shopping mall ada taman sedamai ini.. sesungguhnya aku yang dahagakan ketenangan

Tahniah Cik Ngoh

tahniah cik ngoh a.k.a Kak Dah yang bakal menimang cahaya mata sulong tak lama lagi.. ni ada sikit gambar masa wedim dulu.. aku tak sempat nak buat entry.. *mintak ampun penunggu gua :p



aku jadi pengapit bidang terjun nak sambut pengantin laki.. huhu.. sib baik la baju raya tahun 2007 ni muat lagi, nak samekan dengan tema majlis.. godek2 jumpa jugak lam gerobok.. huhu

p/s: cane ye aku taknak bagi stress masa kawen nanti ye.. cewahhhh, macam x sabar nak kawen aje.. 

Tuesday, 3 July 2012

Adab Makan


eii, sungguh tak sopan kan?? hari ni nak cite sal meja makan.. mesti rasa tak selesa kan bila kita tengah2 syok makan kat luar pastu orang meja sebelah duk bising bercerita mengalahkan speaker volume penuh.. confirm la penah kena kan.. sume nak bercerita, bab shopping, pakwe, makan, batuk pon tak terkecuali jugak.. yang seleseme pon takyah lah duk sedut kuat2... haishhh potong selera makan je..

agak2 la makan kat kedai, kena amek tau tahap keselesaan customer lain jugak.. jangan nak pentingkan diri sendiri aje..

macam ni ha baru betol.. baca doa dulu sebelum makan.. tertib dan sopan..


kat sini leh tengok adab makan, leh kita praktikkan sesame ye..

  1. Makan hanya bila terasa lapar
  2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
  3. Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
  4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
  6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan
  7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
  9. Jangan makan makanan lama. Perbanyakan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
    berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  10. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidangkan makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  11. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah
  12. Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'
p/s: kadang nak terbersin masa makan kat kedai pon aku cover cepat2, nanti potong selera orang makan plak kang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...