Tuesday, 10 January 2012

Kenyang Neting Perut Ini

mesti korang tak penah dengar ayat ni kan "kenyang neting".. ni merupakan bahasa pior Terengganu..

maksudnya kenyang sangat2 a.k.a perut dah penuh n xleh nak masuk makanan lagi dah..

penyebabnye inilah..


hehehe.. menu lunch aku tadi.. kenyang siot, nak2 orang banje free.. kahkahkah (gelak yang amat jahat)..

kami berlima kua ke Seksyen 7 Shah Alam, makan kat gerai cendol tepi jalan tu.. die punya cendol sedap la jugaks tapi paling perghhh die punya laksa penang.. terbaekkk la, kuah pon pekat.. tu yg buat laksa ni la umphhh.. double thumbs up!!

sememangnya aku seorang yang gila akan laksa penang..

makan plak bawah pokok n pinggir bukit dengan angin sepoi2 bahasa lagi, wahh buat aku jatuh cinta la nak makan kat situ lagi.. mesti n wajib pergi lagi ni..

p/s: tengah2 makan tu nampak perarakan india mati la pulaks.. tak lupa juga ucapan mekaseh buat abang yang terpaksa dirahsiakan namanya atas sebab2 tertentu 2 ye.. kih3

Monday, 9 January 2012

Terjawab Sudah Sakit Kepalaku Ini



ingat tak entry aku Bila Semuanya Bergabung??

jumaat lepas, 6.1.2012 aku ke doktor n aku dah temui jawapannya.. very2 tak disangka ape yang doktor cakap kat aku masa tu.. sedih plus takot pon ade perasaan aku masa dapat tau penyakit ni..

aku : saya sakit kepala la doktor, bukan pening tapi sakit rasa macam ditekan2

doc : salu ke sakit macam tu

aku: salu tu tak lah tapi yang minggu ni susah sangat nak ilang, sampai makan tiga pat ari dah..

doc : takde amek pape obat ke?

aku : dah tapi takde efek la doktor.. salu pas makan activefast saya tido and then bangun tido baik la.. tapi kali ni sakit sangat, makan obat pon x rasa pape dah

doc : kalau ikot tanda2 yang awak cakap tadi awak ni kena migrain

aku : migrain? teruk ke?

doc : tak la teruk sangat, nanti saya bagi obat n mc tapi lau sakit berlanjutan datang jumpa saya balik.. tapi awak kena jaga2 ni, takot makin teruk nanti

 

migrain? terkejut aku bila dapat tau.. arini bila aku search kat abam google memang betol la tanda2 yg ada.. takotnya..

MIGRAIN

Pengenalan
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain berdasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine (sibelium), propranolol, sodium valproic (epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Apart from taking medications, patients are also advised to take non-pharmacological measures to reduce migraine attack, eg relaxation training, stress management, avoidance of triggering factors eg bright light, certain food, stress and sleep deprivation.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh mengganggu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

kebanyakan tanda2 ni ada pada aku.. sekarang ni aku makan obat mefenamic acid (ponstan) & metoclopramide (maxolon) ni je.. arap2 sakit ni x melarat la..


p/s: dapat mc pon x dapat nak rehat kt umah, asik bos sms je.. awal bulan feb ni baru cuti panjang, lambat lagi la.. adOi..

Thursday, 5 January 2012

Menangislah Pada Allah


Disaat hati terluka dan perih, pada siapa kita menangis? Bila ingin menangis, menangislah pada Allah. Sebab Allah menyukai tangisan hamba-hambaNya yang bertaqwa sebagaimana hadis yang diriwayatkan Abu hurairah, Rasulullah bersabda, 'Tiada sesuatu pun yang Allah lebih sukai daripada dua titisan dan dua luka iaitu setitis air mata karana takut kepada Allah dan setitis darah yang tertumpah dijalan Allah. Dan ada dua bekas itu adalah bekas di jalan Allah dan bekas pada perintah-perintah Allah yang fardhu (HR. at-Tirmidzi).

Aisyah juga berkata, 'Rasulullah duduk sambil menangis hingga tanah menjadi basah. Lalu datang Bilal mengumandangkan azan waktu solat. Ketika Bilal melihat Rasulullah menangis, ia bertanya, 'Wahai Rasulullah, engkau menangis sedangkan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu mahupun yang akan datang?' Rasulullah menjawab, 'Apakah engkau tidak suka, jika aku menjadi hamba yang bersyukur? Malam ini telah turun satu ayat kepadaku celakalah orang yang membaca satu ayat tapi tidak merenungkannya.' Adapun Abdullah bin Asyakhir berkata, 'Aku datang menemui Rasulullah sedang solat isyak sambil menangis. Suara tangisnya seperti bunyi air dalam bekas sudah mendidih. Beliau juga bangun diwaktu tengah malam dan melakukan solat tanpa henti menangis hingga pangkuannya beliau menjadi basah.' Maka berbahagialah kita yang masih bisa menangis karena kecintaan dan rasa syukur atas karunia Allah yang dilimpahkan kepada diri kita.

Ingin menangis? Menangislah Pada Allah!

p/s: menangis hati ini mengenangkan diri ini dperlakukan sebegini

Wednesday, 4 January 2012

Bila Semuanya Bergabung

arghhhh, nak bernafas sekajap pon terasa sesak sesangat.. kiri kanan depan belakang orang mencari..

tengah buat yang ini pastu ada suara itu yang memanggil.. tengah jawab telepon pastu henpon plak berbunyi.. dua2 orang penting, pening3.. tengah menaip ini pastu ade pulak tangan lain yang menghulur kertas keje yang lain..

andai kata tangan ni ada enam sekalipon belum tentu cukup untuk memuaskan hati sipolan2 itu.. adoyai, tensyen stress sume ada.. satu keje tak setel pastu datang pulak keje lain.. semuanya urgent abes tu aku nak kejar yang mana satu..

lain tak bukan aku balik awal n buat keje ni la..

emm, yami yami yam yam

makan banyak2, mandi lama2 pastu tido.. hanya ini yang dapat menghilangkan stress aku.. jangan sesape berani tegur kalau aku dah makin gemuk nanti..

p/s: profession aku ni bukan segelemer namanya n indah khabar dari rupa semata2.. argghhh, mau tido kejap..

Tuesday, 3 January 2012

Mahu Ketenangan

bestnye lau dapat duduk kat sini sorang2 saat ni

hanya ketenangan yang ku mahu saat2 ini..

hari pertama aku berhadapan dengan orang ramai pada tahun baru 2012 ini buat jiwa aku tak setenang yang disangka.. sememangnya semua senyum yang kulemparkan pada semua orang hari ni rasakan tak ikhlas..

ahh, mulut je mampu tersenyum tapi dalam hati toksah cakaplah.. huh.. orang kata tak elok mengeluh tapi aku memang dah tak tahan dengan semua ni.. somebody, plez stop this..

sebab??

hanya aku sorang saja yang paham situasi ini.. bagai diluah mati mak, ditelan mati bapak.. aku tak sanggup dah macam ni setiap kali..

aku harap tahun baru ini akan memberi aku sinar baru dalam hidup ni..

p/s: cepat2 surat confirmation dapat so aku boleh mintak tukar.. nak balik kampung, miss my mom T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...