Wednesday, 19 June 2013

Ketahuilah 30 Fakta Menarik Mengenai Wanita


:: 30 Fakta Menarik Mengenai Wanita ::


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti air.

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s: lepas kahwin ni seronok bila tinggal bersama dengan orang yang kita sayang dan cinta.. wink3


Thursday, 13 June 2013

Cepattt..Cepatttt..Siapa Nak Make Up ! ! !

sila rujuk entry sebelum ni, tengok gambar dia okeh..

cantik kan, so kalo ada sape2 yang berminat boleh la contact Eyza ye..
jangan risau, Eyza ni peramah & sporting habis.. dia la yang make up kan aku tu..



aku & Eyza


so boleh pm Eyza laju laju ye.. promote ni tau.. hasil kerja dia yang sangat aku rasa puas hati, esok dia turun KL make up kan raja lawak pulak.. semoga murah rezeki Eyza, Aminn..

p/s: jaminan 100% korang puas hati..


Walimatul Urus Lancar, Alhamdulillah

syoknya bercuti panjang tanpa sebarang gangguan calls/sms daripada office.. double triple thumbs up..

first day keje > melambak keje yang tak terupdated
second day keje > bos takde, hapdet time.. (sambil loncat loncat anak jari kaki)

Syukur Alhamdulillah hari besar aku berjalan dengan lancar selama 5 bulan membuta persediaan.. dah bergelar puan ye.. keh keh.. alhamdulillah semua selamat..

:: INFO ::
Majlis Resepsi (Kuala Terengganu)
1 Jun 2013 : Akad Nikah (10.00 pg)
1 Jun 2013 : Bersanding (12.30 tgh)

Majlis Bertandang (Ipoh, Perak)
8 Jun 2013 : Jamuan Makan
11.00 ph - 4.00 ptg

kepada kengkawan yang tak sempat datang majlis kami, nahh amek tengok gambar ni okeh..










lokasi : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak.. kebanyakan gambar belah lelaki, gambar belah perempuan ada pada photographer lagi.. dah dapat nanti aku upload ye, just tunggu new entry sal wedding yep..

p/s: sorry sesangat kepada yang datang tapi tak terlayan tu ye..


Thursday, 9 May 2013

"Pilih" And "Raya"


bukti aku keluar mengundi 5 Mei 2013
baru sahaja selesai "Pilih" and "Raya" as known as PILIHANRAYA.. saya sudah, anda macam mana.. apaa, tak pergi mengundai??? grrrr marah betol aku.. yang undi rosak pon satu, b***h!!!

1st time layak untuk mengundi, teruja mehh.. meh cini aku nak story cite aku masa balik mengundi weekend lepas..

aku bertolak balik 4 Mei pukul 9.30 pagi dari Shah Alam.. ikutkan hati memang nak gerak awal tapi kakak aku abes keje kul 2 petang kat Kuantan.. so kalau sampai awal aku takleh masuk rumah jugak kan.. macam kebiasaan aku lalu KESAS (sbb jln terus tak banyak simpang) keluar MRRII untuk sampai tol Gombak.. happy la sebab jalan tak jem sebab aku pikir ramai dah balik semalam (Jumaat).. dushhh dushh lepas tol Gombak jem teruk.. 



jangan harap la dapat tekan minyak, brek aje aku tekan.. sib baik kereta auto dik non.. aku sampai Kuantan pukul 2, sib baik kakak dah balik.. cabut keje awal katanya.. haha.. kedebak gedebuk pukul 3 baru gerak balik kampung sebab duk siapkan anak-anak.. pukul 5.45 sampai Kertih umah Ayah Su (singgah edar kad kawen) and pukul 6.30 baru gerak balik.. singgah ke berenti tu lama sangat.. so 6.30 petang gerak and finally pukul 9 malam baru sampai rumah mak.. ikotkan hati mau kuak lentang disitu tapi apakan daya rumah tengah renovation, angkat gerobok dulu tepi baru ada ruang nak bentang tilam..

hari mengundi aku jadi drebar angkut mak, kakak-kakak, makcik dan sepupu-sepupu ke pusat mengundi.. SKBP dah berubah wajah, kali pertama jejak kaki disitu selepas 13 tahun.. ada la sorang sepupu yang "lurus" sikit tu, nak tau kakak aku cakap apa?? "mung nanti pakoh hok mung nok, bukang pakoh hok mung takmboh.. reti dok??" dalam hati rasa nak gelak gak tapi dah dia macam tu, 1st time jugak macam aku keluar mengundi..

esoknye sebelum gerak balik ke sini sempat lagi aku merempit hantar kakak g cucuk anak kat klinik desa.. best, dah lama tak naik motor.. hehe.. kat klinik nurse mintak aku jadi assistant dia pegang kaki adik Adam masa nak inject.. dalam pukul 11 la gerak dari rumah mak.. pas hantar kakak balik Kuantan terus pecut ke ibu negara, drop je kakak depan rumah dia sebab dah lewat nak singgah..

lalala.. hepi sebab highway tak banyak kereta, agaknya dorang sume dah balik pas mengundi kot.. tapi ni kat RNR Temerloh.. mak aihh punya la penuh stesen minyak.. aku singgah isi minyak je kot2 sangkut tengah jalan..


aku ni pantang jumpa jalan lengang sikit terus pecut la.. hohoho.. tapiiiiii nak bayar tol Karak dah beratur 100 meter.. masa tu kereta dah makin banyak dah.. bukan makin tapi memang banyak la.. merangkak-rangkak nak sampai tol Bentong.. sampai tol Bentong mak aiiiiii.... tak nampak jalan, hanya nampak kereta je merata-rata jalan..



nampak tak tu depan tolllllll.. tak nampak eh?? takpe..takpe aku kasi zoom sikit..



hah ngko, sepanjang jalan penuh dengan kereta.. sampaikan dah bayar tol pon takleh nak lepas palang sebab depan dah sangkut.. memang RAYA kan..

Sekian.



p/s: pilihanraya dah habis, keputusan dah tahu so terimalah hakikat dengan seadanya.. peace yoo...


Thursday, 2 May 2013

Emm Sedapnya...

betapa jakunnya aku ni..

pavlova pon tak pernah makan??

iskkk3...

aku tau rupa pavlova tu cane sebab tengok dorang buat masa dalam masterchef dulu.. hikhik..

cuma tak pernah ada kesempatan nak merasa je..

cewahhhh

ayat cover ngko dik non..

 sarapan pagi yang tak dijangka..

masuk pantry untuk buat roti kosong sapu peanut butter+chocolate je tapi dapat pavlova sekali.. hikhik


yang ni tadi akak opiz aku bawak, so dapat la rasa.. aku orang pertama lak tu dapat.. hoho

p/s: nanti dah kawen nak masak pavlova la untuk hubby.. lalalaaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...