Friday, 13 December 2013

Apakah Asid Folik?

Alhamdulillah, ada khabar gembira buat Mashu dan family.. baru sempat nak kongsikan bersama..

patut la asyik demam demam & tak sihat je kebelakangan ni, rupanya ada isi.. Alhamdulillah, anugerah yang tidak ternilai dariNya.. 

Sekarang ni tiap tiap hari kena ambil asid folik.. apakah itu asid folik? meh sini, Mashu nak bagitahu..

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini
juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. 

Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

·         bayam, 1 cawan;
·         kacang bendi, setengah cawan;
·         asparagus, setengah cawan;
·         lentil, setengah cawan;
·         hati, 1 keping;
·         11 batang taugeh brussels;
·         kacang mata hitam, 4 sudu makan;
·         emping bran, 7 sudu makan;
·         germa gandum, 25g / 1 aun;
·         betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

·         brokoli kukus, 2 pucuk;
·         buah oren saiz besar;
·         nasi putih, setengah cawan;
·         oat, setengah cawan;
·         kacang merah, setengah cawan;
·         jagung saiz besar, 1;
·         biji bunga matahari, 1 aun.

sumber : KLIK SINI

Mashu rasa la kan, lepas makan vitamin B complex tu terus 'sangkut'.. pape pun tu semua rezeki Allah nak bagi, jadi harus jaga sebaik yang mungkin. selain vitamin B complex, Mashu juga makan vitamin C sejak dulu.. semenjak muka kena kayap tu, Alhamdulillah kesan kesan kayap tu dah kurang.. kalau Mashu tak cakap orang pun tak perasan..



B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  •  B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


doktor pun cakap produk Shaklee ni bagus.. hehe.. so saya sokong kawan kawan yang jual Shaklee ye.. hidup Shaklee!!


p/s: sekarang dah 8 minggu dah baby.. semoga semuanya selamat, kena jaga makan semua tu.. tapi yang tak bestnya due hari raya..


Wednesday, 16 October 2013

Rendang Ayam Simple Mashu

Sayu hati bila terkenangkan tak dapat balik beraya, even Raya Haji sekalipun.. sOb.. sOb.. T_T nangis esak esak

ni merupakan kali kedua Mashu tak balik Raya Haji.. 1st tak balik masa tahun 2008 sebab musim banjir hujung tahun.. kang tersangkut kt rumah tak pasal pasal takleh ambil final exam.. tak nak Mashu repeat sem, maluuuu dooo.. kali ni tak balik sebab Sidia tak dapat cuti, kena kerja hari raya..

minggu lepas Sidia request nak makan rendang ayam.. aiyookk, kecut perut.. raya belah pantai timur mana ada rendang ayam pagi pagi raya.. nasi dagang dengan gulai ada lah..

petang isnin tu pas balik keje Mashu singgah la Mydin sebab selasa kan dah raya.. ingat nak beli ayam kat pasar malam tapi tengok takde orang jual ayam/ikan, dorang dah start cuti kot.. nak tak nak masuk la dalam Mydin kt sebelah tu.. ayam sekor sekor takde, beli jela peha ayam 3 ketul dengan kepak 3 ketul.. sib baik elok lagi rupa peha dengan kepak tu

Mashu beli la bahan-bahan seperti kat bawah ni ha:

- ayam
- rempah rendang adabi
- bawang merah
- bawang putih
- cili padi
- santan
- serai
- daun kunyit
- daun limau purut
- kerisik @ nyor gula
- asam jawa
- halia
- lengkuas

minyak untuk menumis dan garam/gula untuk perasa..

Cara-cara terpulang la pada korang, masak la stail korang takpe.. haha.. untuk makan mulut sendiri takpe la..

Mashu tumis sume bahan pastu masuk ayam santan dan last sekali baru letak garam gula dan daun kunyit daun limau purut tu. hentam jelah labuu..

Taraaaa, amacam jadi tak?? ofcourse la jadi (kan guna rempah rendang) kikiki


Sidia cakap sedap, siap tambah nasi lagi tau.. terharu jap rasa hati.. lepas ni ingat la bahan bahan nak masak rendang, pengajaran kahwin dengan orang utara..

masa ni pukul 6 petang baru masak semua sekali, sempat la Sidia balik kerja pukul 7 malam..

p/s: sorang sorang raya kat rumah di perantauan sebab Sidia kerja.. tiap hari menelepon mak, sedih jangan cakap la..


Wednesday, 2 October 2013

Doaku Untukmu Sayang - Wali Band

sebenarnya lagu ni Cik Abang aku yang bagi.. terharu jugak la masa tu.. masa tu lepas family dia datang merisik.. hihi.. terbayangkan kenangan lalu ^____^

pastu terus buat ringtone pakai lagu tu.. hehe..


DOAKU UNTUKMU SAYANG
By Wali Band

Kau mau apa
Pasti kan ku beri

Kau minta apa
Akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta

Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku
Tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


Aku tak akan berhenti

Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti


Tuhan tolong aku
Juga jaga dia
Tuhan aku sayang dia


Aku tak akan berhenti

Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti


p/s: sekarang ni dah tukar hp so ringtone pon tukar la jugak.. ngee~


Sandiwara Cinta - Repvblik

1st dengar lagu ni.. sedap halwa telinga

pastu cari kat youtube.. mak aih, sedih bebenor vclip.. sOb..sOb..



SANDIWARA CINTA
By Repvblik

Aku tahu ini semua tak adil

Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis


Alasan yang sering kali ku dengar

Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku


Chorus

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati


Mungkin ini jalan yang engkau mahu

Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu


Ulang Chorus 2x

Ku terima walau sakit hati

p/s: minta dijauhkan rumahtangga Mashu dari perkara sebegini


Wednesday, 25 September 2013

Makan Durian Di Tengah Malam

kejadian hujung minggu lepas baru nak kongsikan bersama.. huhu

Mashu bersama budak budak PPOC makan durian..


mula mula g Kelana Jaya kononnya makan sampai lebam la.. tapi bila kami 7 kereta sampai sana tengok sume dah tutup kedai.. durian dah abes daaa.. *kecewa

sebab dah keluar ramai ramai ni terpaksa la cari plan B plak.. tup tup buat keputusan makan durian yang dekat tapak pasar malam Seksyen 7 Shah Alam tu je.. tempat yang sama Mashu pergi dengan budak budak opiz dulu.. KLIK SINI

korang bayangkan pukul doblas baru start makan, pukul dua masih kat sini lagi.. balik rumah tu pukul 3 takleh tido lagi sebab panas.. haha.. nasib baik esoknya tak kerja

p/s: seronok makan ramai ramai macam ni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...