Friday, 13 March 2015

Jenis Susu Ibu


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk dan hindmilk.

Apa beza foremilk dan hindmilk ni?

Ringkasnya, apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sebab mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran bayi.

Kalau ikut mitos (kata orang tua), sebelah kanan makanan, sebelah kiri air.
Ini Salah, sebab kedua-dua breast kita adalah makanan dan air dan kedua-duanya ade foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.

Foremilk dan hindmilk ni kena seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration. kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, bayi tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.

kalau bayi meragam dan tak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan. Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.

Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.

Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau bayi sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa. Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk bantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. 

Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Jenis susu ibu

  • Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
  • Transitional - Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.

  • Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

p/s : Mashu baru je tahu susu ibu ni ada banyak jenis.. maknanya cakap orang tua yang sebelah air sebelah makanan tu tak bape betul la.. sib baik cara penyusuan yang Mashu bagi kat Anak Bujang betul selama ni.. haha SYABAS !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...