Friday 20 January 2012

Bersabarlah

kita cepat melatah setiap kali berdepan dengan masalah.. tak kira la masalah tu kecik mahupun besar.. asal ada masalah mula lah itu lah ini lah.. macam2 lah.. kat sini aku jumpa 15 panduan yang boleh kita jadikan panduan.. luangkan sedikit masa anda untuk menghayati bait2 kata di bawah ni..


15 PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

1.           Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2.           Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3.           Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4.           Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5.           Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6.           Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7.           Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8.           Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9.           Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10.        Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11.        Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12.        Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13.        Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

14.        Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

15.        Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

kadang-kadang aku pon jenis tak sabar jugak, tapi tu depends pada keadaan la.. takkan tetibe je nak mengamuk tak pasal2 kan.. sori, aku bukan jenis macam tu..

p/s: sabar itu separuh daripada iman

Thursday 19 January 2012

10 Jenis Pekerja

sume orang tak sama cara kerjanya kan.. masing2 ada cara yang tersendiri.. cara BAIKkah?? cara BURUKkah??

just nak share info yang mencuit hati aku tadi..

1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain.. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain.. Asal ada unsur-unsur sales, terus fowardkan email ke ketua Sales and Marketing, asal ceritapasal pekerja je.. Terus passing memo tu kepada HR department... etc..

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?).. Mana ada peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala.. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan.. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja yang lebih sikit.. Kalau tolong print document sambil jawab telefon pun dia akan melatah..

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama.. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan.. Nampak cantik tapi buahnya takde.. Kalau nak showcase boleh lah..

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy?? Kedua-duanya pandai main senjata.. Actually both terlalu bergantung kepada senjata.. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down.. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works..

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familliar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam.. Wachaaa.....!! Dan macam-macam bunyi lagi.. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit.. Dah siap projek pun dia still let everybody knows dia punya contribution..

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ini low profile.. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah.. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu.. then.. Zasss.. hilang pergi lunch.. Datang semula office, pastu dan menyelinap pergi minum petang.. Arrange meeting kat luar, terus balik rumah.. Senang cerita, kaki ngular..

7. Ramboo
Berlagak hero.. Semua benda dia nak buat.. Kononnya dunia ini berputar di sekeliling dia sahaja.. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero.. Tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan..

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan.. Tak kira macam-macam jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya.. Scene gaduh mesti tak serius.. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan.. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini.. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serius..

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure.. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala.. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement.. etc, semuanya dia tak suka buat.. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja..

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport.. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja.. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila.. Tapi... as we all know, semuanya lakonan semata-mata..

so, renungkan anda berada dalam golongan mana..

p/s: buat kerja biar ikhlas, baru rezeki yang kita dapat tu berkat..

Lepas Ni Ape Pulak

tah ape la pas ni.. sumenye aku..


so sape2 yang berkenaan tu sila pulangkan barang2 aku ye..

sekian, harap maklum..

p/s: jangan ingat aku x tau sape yang amek

Wednesday 18 January 2012

Ingat Ingat Lupa

betol la kan, makin tua makin pelupa.. bulan januari pon x abes lagi aku dah x ingat dah pe yang jadi bulan lepas..

dah masuk tahun baru so umo pon baru la jugaks.. huhu.. dah tambah satu angka kat umo aku.. dah jadi twenty plus2 samting.. aigOo..

ni la die alkisahnye.. taipppppppppp...

 kesudahannya iklan aku xde hasil.. huhu.. terpaksa la g sesorang je kat OU tu..

sila abaikan tulisan tu ye, masa ni menulis dalam kete yang tengah bergerak n nilah hasilnya...

tetibe teringat lak kat peta ni.. carik punya carik rupanya ada terselit kat dalam dashbod kete.. ni aku buat masa memula nak g OU bulan lepas.. bukan tak ingat langsung tapi ingat2 lupa, tu yang aku takot nak drive sesorang.. dah la jalan sana jem pastu malam pulak tu.. tapi nak tak nak pon kena berani redah jugak malam tadi..

akhirnya sampai jugaks aku kat sana tapi ni plak yang jadinya..


  hehe.. biasa la budak2 baru belajar nak kenal jalan.. tapi aku selamat sampai dan selamat balik.. terbaekkk la aku.. hehe.. dah tu je nak cite, takleh nak taip panjang2 coz internet lembap.. k, bai..

p/s: nanti len kali leh la g shoping kat OU, mentang2 la dah tau jalan..

Tuesday 17 January 2012

Ida Mana??

ida..ida..ida..

aku pon toleh la ke belakang sebab dah tiga kali nama ida dipanggil.. dalam ati aku dia panggil sape?? aku ke??

panggil saye ke??

bapok bendulnye soalan aku tu padahal memang sah2 pon aku sorang je depan dia masa tu..

yela, saya panggil awak la Suhaida oii..

tak penah2 orang panggil saya guna nama tu kot..

seingat aku dedulu Syafinas je yang panggil aku guna nama Ida, tu pon masa zaman sekolah menengah..

pastu kalau ada pegawai baru kat opiz ni dorang panggil aku Ida jugak, tapi memula jela coz sekarang ni semua dah panggil aku dengan nama Su.. dari kecik sampai la sekarang memang aku guna nama Su je pon.. xde nama lain dah..

S.U. je, bukan S.U.E tau.. aku suwey sape panggil aku Sue tu.. n plez jangan panggil nama aku dua kali, aku taknak jadi SUSU.. awas kamoo!!

ni nama aku :

sila eja betol2..


 yang ni aku tak bape berkenan sangat, nampak macam lembik n perempuan melayu yang lemah lembut liuk lentok sangat.. so tak yah la panggil aku Ida, aku tak suka..


n ini adalah nama belog aku.. nak senang search c last bongsu je tapi lau nak susah leh taip link ashewcukibuk.blogspot.com.. hehe..

p/s: so harap maklum la semua ye.. jangan buat silap lagi, aku suwey nanti.. hoho..

Paprik Campur

balik keje petang semalam bermula la projek aku yang terngiang-ngiang kat kepala hotak ni.. dari opiz aku terus singgah kedai, sampai kat kedai baru la perasan yang resipi yang aku print tertinggal kt opiz la pulak.. hadoi la, ingat punya ingat aku beli je ape yang terlintas kat otak ni..

pas cekau itu sikit ngan ini sikit aku pon gi la bayar kat kaunter.. aku x beli ayam coz kat kedai tu xleh beli ayam sikit2 so aku beli udang ngan sotong jela..

pas tu sampai umah pon gedegung gedegang la aku masak kat dapur.. nah, ni die hasilnya..

ooopssss, iklan jap.. jangan menilai kesedapan rasa melalui pandangan luaran je tau, sekian terima kasih..

my 1st trial for paprik campur

ni kiranya resipi campak2 je coz resipi betol2 lupe nak bawak balik.. hehe..

bahan ramuan untuk paprik campur buatan aku..

- sotong sikit
- udang sikit
- kacang buncis (coz aku x bape suka makan kacang panjang)
- bunga kobis sikit
- jagung muda sikit
- sos tiram (tuang je sikit2)
- sos cili (tuang agak2 sama banyak dgn sos tiram)
- kicap manis sikit je
- daun limau purut pat lima lai
- garam, gula n bahan perasa ikot sesedap rasa lidah la
- rasanya dah xde dah kot

lau korang nak tambah pape lagi just campak je lam kuali tu, ikot selera memasing la..

pastu makan ramai2 ngan nasik panas2, telor dadar n ni ha yang paling perghhhhhh..

sambal tempoyak

huishh, berselera makan beramai2.. maknanya menjadi jugak la paprik pertama buatan aku ye.. hehe.. sampai licin pinggan kitorang kerjakan, sampai menjilat jari.. leh la buat lagi pasni..

p/s: balance bahan2 ada sikit lagi lam peti ais tu, nak masak pe ek petang ni plak?? (sambil mengaru-garu kepala)

Monday 16 January 2012

Pokodot Lagi

aku ni dalam tak nak beli tapi tetap beli jugak.. adoyai.. kain pasang oh kain pasang.. jap tadi beli lagi padahal yang ada kat umah tu tak berjait lagi.. sib baik la kain cotton, so tak la panas sangat dengan cuaca sekarang ni..

tapi masalahnya aku nak upah kat mane?? kat sape?? susah la nak pikir.. xde kedai yang best buat baju ke area sini?? huh, fening3.. nak pingsannnn....

p/s: nak buat baju kurung moden lagi la, kasi ketat2 sket.. hahaha macam la body mantap ye padahal badan sekeping je pon :p

Hidup Dalam 3 Hari 2 Nafas

hargailah hidup ini selagi kita berpeluang untuk bernafas.. dari emel aku panjangkan ke belog ini untuk makluman semua..


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI:
semalam - sudah menjadi sejarah
hari ini - apa yang sedang kita lakukan
esok - hari yang belum pasti

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
nafas naik
nafas turun

hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya..

bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu nafas yang terakhir yang keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini..

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN:
hidup dalam keredhaan Allah
hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
kekal di dalam neraka
kekal di dalam syurga

oleh itu, tidakah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat Allah kurniakan kepada kita.. sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai..

p/s: semoga kita berbahagia dan sejahtera senantiasa di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Friday 13 January 2012

Gambar Lucu

hokey, ini sedikit agak lucu.. tak pun amat2 lucu okeh.. bagi penutup entry2 aku yang agak sedih tu aku jamukan uolss dengan gambar ni ok.. hehe

TAPI.. jangan gelak kuat2, pelan2 je tau..

kelakor menengok muka2 yg selebek plus selekeh aku zaman dedulu..


patot org x kenal aku lau jumpa sekarang ni, rupanya lain sangat ye.. opss, 1 je yang same sampai sekarang ni --> pipi aku yang bambam tu

p/s: sila kontrol gelak je, ni post berani mati tayang ni.. hehe

Baik Diam

sekadar ingin ku kongsikan bersama kalian sume..



Sabda Rasulullah saw “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai”. ( Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).
Banyak kelebihannya berdiam diri.  Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang bukan-bukan. Jika tidak dapat berkata-kata yang baik eloklah mendiamkan diri. Manusia sekarang lebih suka berkawan dengan orang yang suka bercakap, manakala orang yang banyak diam atau pendiam dilabel sombong.
Adakah orang yang banyak bercakap itu, dia sebenarnya bercakap perkara yang bernas? Atau sebab suka bergosip hal orang lain? Atau mengumpat? Atau…atau..atau..dan sebaliknya??
Dan kenapa bila ada segolongan manusia yang pendiam, orang sekeliling suka melabel sebagai sombong atau berlagak atau macam bagus padahal dia tak kenal pun orang tersebut? Paling best orang cakap “tak suka campur orang”??
Manusia mempunyai berbagai-bagai jenis perwatakan. Ada yang banyak bercakap, ada yang ramah, ada yang mudah menyesuaikan diri, ada yang pendiam, ada yang memerlukan masa menyesuaikan diri, ada yang malas nak ambil tahu hal orang, ada yang berfikir “ lantaklah orang nak fikir apa pasal aku’.
Bagi saya bercakap bila perlu adalah yang sebaik-baiknya. Bila banyak sangat bercakap, percaya lah akan ada point untuk mengutuk orang lain. Dah kutuk, bergosip, orang lain pun masuk join sekali nak tumpang sekaki kutuk pulak orang lain. Dan Syaitan pun bertepuk tangan gembira dah bertambah rakan-rakannya!!
Oleh hal yang demikian, usahlah gusar jika dilabel budak pendiam, atau tak campur masyarakat”. Yang penting tak bertambah dosa bercakap bukan-bukan. Eloklah jadi diri sendiri, ada pendirian daripada berubah supaya tidak dicap sombong.
Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyak silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Ibn Naim)
Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan.
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah? 
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa Kebesaran Tuhan.
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
Kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti mengumpat atau bercakap yang bukan-bukan,
Takut menyakiti hati orang lain.
Atau diam tanda menghormati percakapan orang.
APA KELEBIHAN BERDIAM DIRI?
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan mendapat seksa daripada ALLAH SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara”.
Antara hikmah berdiam diri:-
§  Ibadah tanpa bersusah payah
§  Perhiasan tanpa berhias
§  Kehebatan tanpa kerajaan
§  Benteng tanpa pagar
§  Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
§  Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
§  Menutupi segala aib

Rasulullah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:-
Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Riwayat Bukhari & Muslim).

p/s: pagi tadi terbaca kisah ni.. dengan tajuknya aje buat aku ingin baca keseluruhan artikel ini.. untuk renungan bersama..

Thursday 12 January 2012

Semuanya Aku Kan

dalam dunia ni mana ada orang yang sempurna.. mustahil la, semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing2.. terimalah ketentuan Yang Maha Esa..
  

manusia ni kalau SEKALI kita dah buat buruk sampai bila2 dia akan nampak plus mengungkit yang itu je sedangkan BERJUTA kali kita buat baik sampai bila2 pon jasa kita TIDAK nampak.. bukannya mengharap sebarang balasan tetapi hargailah titik peluh n usaha yang telah dibuat.. ucap TERIMA KASIH pon sudah memadai, sejuk sikit hati ini bile mendengarnya..

tapi bila semuanya tu terjadi adakah aku mengamuk?? adakah aku tunjuk protes x puas hati?? tak de kan??

itu salah ini salah, semuanya salah aku kan..


 aku sendiri dengar apa yang korang cakap tentang aku.. korang cakap..

  • aku malas
  • aku x reti buat keje
  • aku lambat
  • aku lembap
  • aku x bertanggungjawab
  • aku x komited
  • aku x puntual
  • semuanya taklah pasal aku
tapi aku rasa aku bukan orang yang jenis macam tu.. kalau aku memang macam tu nape aku dapat anugerah pekerja contoh? nape markah prestasi aku 90 plus somting?? nape punch kad aku xde yang merah?

lau betol aku seorang yang teruk, campak la aku keje kat memane pon.. aku redha kalau itu boleh buat korang senang.. padahal surat transfer aku sendiri pon x lepas pas DUA (2) kali submit.. apakah semua tu??

tepuk dada tanya selera la, sape yang makan garam lebih dia yang nak minum air bebanyak.. baik buruk diri kita datang dari kita sendiri, jangan buat sesuatu kerja dengan mengharapkan balasan semata-mata..

aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni, aku punya keluarga yang harmoni.. aku punyai kawan ketawa kawan menangis dunia akhirat.. aku punya sidia yang memahami.. alhamdulillah, terima kasih Allah kerana berikan aku kenikmatan hidup ini w/pon sekejap..

p/s: janganlah mengikut emosi diri, kelak akan memakan diri sendiri.. jangan buruk sangka dengan orang n sentiasalah fikir positif..

Wednesday 11 January 2012

Menangis Dalam Hati


sorry if entry kali ni macam sedih sikit.. actually memang sedih pon, senyum aku sekadar untuk mengaburi mata khalayak umum semata-mata..


first aku nak mintak maaf pada insan yang amat aku sayang, tak perlu la aku sebutkan namanya disini.. aku tau dia akan baca setiap apa yang aku coretkan ini..

saya mintak maaf sesangat pasal malam tadi, bukan niat nak mungkir janji.. saya akui memang silap tu datang daripada diri saya sendiri.. sebagai manusia, saya memang tidak sempurna.. saya berikan awak masa untuk berfikir tapi plez jangan diam je.. dari suara awak saya tahu awak marahkan saya, awak jauhkan diri dari saya.. tapi kita kan dah janji if ada pape masalah kita akan bincang sesame untuk cari jalan penyelesaian untuk kebaikan kedua-dua belah pihak..

keputusan yang dibuat saat hati tengah marah memang tidak pernah betul.. kewarasan otak untuk berfikir amat terganggu masa ni.. sebab itu saya bagi awak masa untuk fikirkan semua ni, fikir betul2 supaya tiada sesape yang akan rasa menyesal nanti.. kan saya dah janji akan terima sume kelemahan diri awak n akan lakukan yang terbaik untuk kita, saat2 indah yang kita lalui bersama2.. saya harap awak tak lupa semua tu.. saya tak nak kehilangan awak daripada senarai orang2 yang amat saya sayangi selama ni..

second aku terima satu ugutan daripada seseorang.. bukan ugutan ancam nyawa tapi ugutan berkaitan masa depan aku.. kan aku dah mintak maaf pagi tadi lambat sikit coz nak setelkan keje2 aku dulu.. bila aku dah setelkan keje aku buatlah seperti yang kamu nak tu.. aku mintak sabar je kejap, tu pon nak mengamuk n ugut aku pasal hal itu.. lagi2 kamu nak bangkitkan hal lama tu.. kira dah lama la aku bertahan dengan kamu, enam bulan tau tak.. enam bulan dimarah ditengking hampir tiap minggu.. seminggu pertama tahun baru 2012 ni dah buat aku pening, stress, sakit hati pasal kamu.

sampaikan aku jatuh sakit n dapat migrain pon sebab kamu tau tak.. bukannya aku nak menyalahkan takdir tapi lepas aku berpikir dalam2 semua ni berlaku selepas aku keje dengan kamu.. jangan ingat dengan pangkat duniawi kamu boleh buat sesuka hati, n tolong jaga hati kita sesama manusia ni.. tu je aku harapkan dari kamu, berubahlah sebelum terlambat..

kalau tak suka aku jangan simpan aku keje lama2 kat sini, ni setiap kali aku nak kua cari suasana keje baru awal2 kamu dah reject permohonan aku.. nape tak puas hati sangat dengan aku ni, lau aku ada buat salah tolonglah bagitahu.. jangan bila susah terhegeh2 cari aku time senang kamu senang2 nak marah n maki aku..

semua tak faham apa yang sedang aku tanggung sekarang ni, at least aku nak jugak meluahkan isi hati ni pada seseorang.. tengs pada Maya sudi jugak dengar luahan hati aku, ringan sikit kepala ni.. tapi masa ni aku nak sangat jumpa awak, bila dengan awak kepala saya ni jadi ringan..

makan breakfast pon tak habis, nak masuk sudu keempat hilang terus selera.. terpaksa jugak telan ubat sebab kepala ni dah mencucuk2..

p/s: terus terang saya perlukan bahu awak sangat2 sekarang ni sayang.. saya minta maaf atas sume yang telah terjadi..

Tuesday 10 January 2012

Kenyang Neting Perut Ini

mesti korang tak penah dengar ayat ni kan "kenyang neting".. ni merupakan bahasa pior Terengganu..

maksudnya kenyang sangat2 a.k.a perut dah penuh n xleh nak masuk makanan lagi dah..

penyebabnye inilah..


hehehe.. menu lunch aku tadi.. kenyang siot, nak2 orang banje free.. kahkahkah (gelak yang amat jahat)..

kami berlima kua ke Seksyen 7 Shah Alam, makan kat gerai cendol tepi jalan tu.. die punya cendol sedap la jugaks tapi paling perghhh die punya laksa penang.. terbaekkk la, kuah pon pekat.. tu yg buat laksa ni la umphhh.. double thumbs up!!

sememangnya aku seorang yang gila akan laksa penang..

makan plak bawah pokok n pinggir bukit dengan angin sepoi2 bahasa lagi, wahh buat aku jatuh cinta la nak makan kat situ lagi.. mesti n wajib pergi lagi ni..

p/s: tengah2 makan tu nampak perarakan india mati la pulaks.. tak lupa juga ucapan mekaseh buat abang yang terpaksa dirahsiakan namanya atas sebab2 tertentu 2 ye.. kih3

Monday 9 January 2012

Terjawab Sudah Sakit Kepalaku Ini



ingat tak entry aku Bila Semuanya Bergabung??

jumaat lepas, 6.1.2012 aku ke doktor n aku dah temui jawapannya.. very2 tak disangka ape yang doktor cakap kat aku masa tu.. sedih plus takot pon ade perasaan aku masa dapat tau penyakit ni..

aku : saya sakit kepala la doktor, bukan pening tapi sakit rasa macam ditekan2

doc : salu ke sakit macam tu

aku: salu tu tak lah tapi yang minggu ni susah sangat nak ilang, sampai makan tiga pat ari dah..

doc : takde amek pape obat ke?

aku : dah tapi takde efek la doktor.. salu pas makan activefast saya tido and then bangun tido baik la.. tapi kali ni sakit sangat, makan obat pon x rasa pape dah

doc : kalau ikot tanda2 yang awak cakap tadi awak ni kena migrain

aku : migrain? teruk ke?

doc : tak la teruk sangat, nanti saya bagi obat n mc tapi lau sakit berlanjutan datang jumpa saya balik.. tapi awak kena jaga2 ni, takot makin teruk nanti

 

migrain? terkejut aku bila dapat tau.. arini bila aku search kat abam google memang betol la tanda2 yg ada.. takotnya..

MIGRAIN

Pengenalan
Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.
Gejala-gejala
A. Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
B. Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
C. Faktor pencetus:
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus :
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.
Diagnosa
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain berdasarkan gejala-gejala yang khas seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaan fizikal bahawa pesakit tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian, ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.
Rawatan
Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.
a. Rawatan akut:
Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen, diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.
Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan alahan terhadap ubat sebegini.
Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan muntah ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil).
Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah jantung.
b. Rawatan pencegahan
Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap, dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.
Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah: pizotifen (sandomigran), flunarizine (sibelium), propranolol, sodium valproic (epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.
c. Rawatan tanpa ubatan
Apart from taking medications, patients are also advised to take non-pharmacological measures to reduce migraine attack, eg relaxation training, stress management, avoidance of triggering factors eg bright light, certain food, stress and sleep deprivation.
Komplikasi
Jarang sekali, pesakit mungkin boleh mendapat angin ahmar yang berkaitan dengan serangan migrain. Sesetengah pesakit pula mungkin mendapat serangan yang sangat teruk dan berpanjangan yang dipanggil ’status migrainosus’, di mana ubat tahan sakit yang lebih kuat biasanya diperlukan.
Kesimpulan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh mengganggu kehidupan seharian. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

kebanyakan tanda2 ni ada pada aku.. sekarang ni aku makan obat mefenamic acid (ponstan) & metoclopramide (maxolon) ni je.. arap2 sakit ni x melarat la..


p/s: dapat mc pon x dapat nak rehat kt umah, asik bos sms je.. awal bulan feb ni baru cuti panjang, lambat lagi la.. adOi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...