Thursday, 20 September 2012

Kenapa Mata Berdenyut-Denyut??

dari semalam lagi mata kiri aku ni berdenyut.. memula tak nak pikir sangat tapi sampai ke hari ni masih lagi tak berhenti berdenyut.. mula la aku naik risau tapi tak nak la pikir bukan-bukan..


Dalam perubatan pakar menggelarkannya adalah eyelid myokymia

ia berlaku akibat pergerakan satu atau dua otot sekeliling mata. ini disebabkan ransangan berlebihan oleh saraf pada otot tersebut terutamanya otot yang bertanggungjawab untuk menutup mata (orbicularis muscle & superior oblique)


ia berlaku biasanya akibat beberapa faktor tertentu antaranya:-

1. Pengambilan kafein/Alkohol berlebihan
Kebanyakan pakar percaya bahawa kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching

2. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambilan ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh

3. Stress atau tekanan
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata

4. Kerja berlebihan/Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa (power) mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini

5. Tidak cukup tidur
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut

6. Penggunaan ubat/Ketidakseimbangan Nutrisi
Kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik

7. Alergi/Mata yang terlalu gatal akibat terdapat bendasing
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching



Keadaan ini biasanya berlaku sebentar sahaja ataupun boleh berpanjangan dalam masa tiga minggu.

antara cara untuk melegakan kesan mata berdenyut ini adalah dengan melakukan tuaman sejuk dengan menggunakan ais dan sebagainya. Jika berlarutan sila rujuk pakar. Namun, jika akibat tidak cukup tidur, rehatlah mata anda. InsyaAllah semua simptom akan hilang.

Jika ianya kerap berlaku, sila rujuk pakar untuk kepastian. Anda berkemungkinan mempunyai komplikasi lain

p/s: Tuhan tolong lindungi aku dari segala keburukan dan kejadian yang tidak diingini, ameen..

8 comments:

  1. terima kasih utk input tersebut...sangat berguna..hehe

    ReplyDelete
  2. tq atas input yg dikongsi..sgt berguna :)

    ReplyDelete
  3. Sgt berguna.mata sy asyk berdenyut bawah blh kiri ini.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama ye awak hadapi mata berdenyut tu? sy dh dkt sminggu risau hati ni

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. terima kasih... baru kurang risau ....

    ReplyDelete
  6. Asyik berdenyut denyut je belah kiri....ingatkan ap lar...tq info

    ReplyDelete
  7. Terima kasih...info ini sangat berguna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...