Monday, 10 September 2012

Dia Cucuk Lengan Saya Lagi

sampai sekarang ni kiri kanan lengan aku lebam2 lg, makin teruk dari gambar ni..

dah lama sangat rasanya aku x jenguk ke blog ni.. sib baik la ingat lagi passwordnya.. huhu..

baru je baik dari demam, makin hari makin ringan rasa badan ni..

ingatkan sebab tak cukup rehat pas raya ni yang buat kaki aku cramp.. asal malam je cramp sampai takleh tido.. malas la nak kejutkan kawan2, selagi boleh tahan aku akan tahan je kalau sakit..

petang2 lak badan mula lenguh2 kebas2 n panas2.. mula2 aku telan gak activefast sebijik dua tapi x jadi ape.. sampai nak abes satu papan activefast (bukan telan sekaligus ye) same aje x hilang gak sakit tu..

mcm ni.. 29hb-30hb Ogos kaki cramp.. 31hb-5hb Sept demam petang hingga ke malam tapi time nak tido xde demam dah.. risau jgk aku.. paling teruk 1hb-2hb Sept aku rasa memang tak larat sangat2 nk bangun, nak makan pon pahit aje tekak ni..

4hb Sept aku gi klinik walau dalam hati memang taknak jejakkan kaki ke tempat crowded dengan orang ramai tu, rimas+lemas.. mintak half day dengan bos n berdesup aku g klinik..

"saya nak jumpa doktor, saya nak amek darah" pasrah je aku tapi dalam hati takut jugak untuk terima segala kemungkinan bila result darah dah keluar..

"saya bagi awak timeslip je tp esok awak kena datang amek darah lagi tau sebab kemungkinan awak ni demam denggi.. ada bleeding mane2 tak? lengan, badan what else.." ramah doktor cun tu berceloteh..


esoknye.. aku g ke klinik lagi amek darah.. kali ni g klinik yang lain plak sebab doktor cun tu cakap klinik kesihatan yang dekat rumah aku dah buka untuk rawatan pesakit luar.. aku ingatkan lom buka lagi, sebab tu semalam tak direct ke sini..

aku sampai klinik kul 8.20 pg.. amek no pastu isi kad rawatan untuk pesakit kali pertama datang ke situ pastu tunggu no dipanggil.. actually tak dipanggil sebenarnya, mata aku kena paku mandang board yang bisu tu.. nape la board tu xde suara macam kat bank, kan baru orang alert bila dengar no dipanggil..

kaunter pendaftaran > amek darah > amek tekanan darah > Q nak jumpa doktor.. tepat kul 11.30 tgh br bua dari klinik.. rasa nak pitam je dah sebab penat lapar sume bersatu..

mujur doktor cun yang baik hati tu bagi mc.. walaupun 1 hari tapi dah cukup bagi aku untuk rehat.. doktor cakap aku dah tak demam, platlet dengan sel darah putih pun makin naik.. 


maknanya aku makin baik la n doktor cakap aku tak payah datang amek darah kat klinik lagi setelah kiri kanan lengan kena cucuk, risau jugak takot sakit nak drive balik rumah tapi Alhamdulillah.. x sakit pon cuma perit sikit je..

ni hadiah doktor bagi kat aku..


p/s: pas makan obat langsung aku x ingat pape dah, bestnya tido.. bila dah sihat sikit obat pon tah kemana =D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...