Monday, 23 March 2015

Hilangkan Batuk Bayi Tanpa Guna Ubat

musim panas sekarang ni ramai yang jatuh sakit esp demam batuk dan selesema.. gitu la jugak nasib Anak Bujang Mashu.. masa ambil kat rumah pengasuh petang Jumaat tu badan dah start panas.. hari khamis tu Zikri demam muntah tak sampai separuh hari dah balik.. Jumaat lak Iman dah berair mata tanda-tanda nak demam.. alih2 malam tu Anak Bujang lak demam.. pass baton lak bebudak kat rumah tu.. melepet je dia makan taknak minum taknak.. 

hari Ahad dah baik demam batuk pulak petang tu.. batuk macam orang besar tapi nasib takde bunyi kahak.. kalau gi klinik pon doc mesti tak kasi ubat sebab baru umur 8 bulan.. so sambil2 sapu vicks kat dada tu Mashu google la..

Tips Hilangkan Batuk

Untuk pengetahuan ibubapa semua, menurut dari kajian Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Ibubapa boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak.

1) Rehatkan Anak

Tenaga perlu untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku.

2) Mandi Air Suam (semua peringkat umur)

Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak. Juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline Drops dan Bulb Syringe (semua peringkat umur)

Penggunaan Saline Drops melegakan hidung tersumbat.
Bulb Syringe bagus untuk bayi. Gunakan 15 minit sebelum menyusu bayi, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor Rubs (3 bulan ke atas)

Kajian menunjukkan kandungan Vapor Rubs tiada kesan ke atas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik kerana kesan penyejukan bahan vapor rubs.

5) Banyakkan Minum Air (6 bulan ke atas)

Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

6) Sup Panas/Suam (6 bulan ke atas)

Sup panas membantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan kepala Anak Semasa Tidur (12 bulan ke atas)

Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. Keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik.

8) Madu (12 bulan ke atas)

Menurut kajian, madu dapat membantu melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allat SWT akan menyembuhkannya daripada 77 penyakit"

9) Ajar Anak Keluarkan Kahak (2 tahun ke atas)

Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia sudah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10) Berkumur Dengan Air Garam (4 tahun ke atas)

Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

Selain itu, Mashu ada buat satu petua lagi sebab tak sanggup tengok baby batuk teruk sangat..


cara dia, ambil bawang putih.. hempap dengan lesung batu or pisau daging.. jangan sampai lumat.. pastu gorengkan bawang putih tadi tanpa minyak.. gorengkan dengan kulit dia sekali.. bila dah hitam2 sikit tu angkat dan campur dengan minyak zaitun.. tapi Mashu campur dengan minyak Johnson baby je coz takde minyak zaitun.. sapu kat dada ngan tapak kaki baby macam dah kurang sikit batuk tu..

p/s: rini datang keje dengan kepala ting tong tak cukup tidur.. spoil mood betol.. dah la Monday Blues ni..


Friday, 20 March 2015

Bubur Gandum Express

weekend.. oo bosan duk rumah aje.. nak keluar malas sebab Sidia keje.. nak makan nasi pon malas.. makan tadi pon kenyang lagi ni.. kalau ada keropok best jugak ni... kalau la ade..

bukan lapar pon yang sebenarnya, saja je nak kudap2 petang2 cenggini..

ok.. masuk dapur.. buka peti ais.. buka tong simpanan barang kering.. ada gandum.. so datanglah satu idea ni, walaupun tak pernah buat tapi cara masak dia simple je.. bubur gandum tau? bubur gandum??


bahan:
- tepung gandum
- gula pasir
- santan
- gula melaka *optional
- daun pandan *optional
- air

cara-cara:
bancuh tepung gandum dengan air.. buat sederhana cair.. masak air sampai menggelegak (bubble).. tuang bancuhan tadi tu sikit2.. agak2 besar cendol tu la saiz dia.. bila semua dah terapung dalam tu masukkan semua balance bahan2 kat atas ni.. campak je semua dalam periuk tu.. gula tu ikot la korang nak manis yang tahap mana.. masa ni Mashu tak letak daun pandan.. sebab? daun pandan takde.. lagipun fungsi daun pandan ni untuk mewangikan aje.. 

ok dah siap !!

p/s: kalau korang nak letak sagu ke.. keledek ke.. sengkuang ke.. ikot sesedap rasa korang la.. Mashu pakai gandum je sebab tu je yang ada kat dapur.. haha


Thursday, 19 March 2015

Homemade Meatball Cheese Leleh By Mashu

yang ni selingan daripada entry sebelum ni.. alang-alang dah kat Tesco tu Mashu grab la daging cincang sekali..

yang ni simple je, pejam mata sebelah pon boleh buat.. 

sampaikan Sidia pon request repeat versi bakar pulak pasni.. soon..

bahan-bahan:
- daging cincang
- cheese *ikut suka hati
- bawang besar *dadukan
- bawang putih *cincang
- sedikit tepung gandum
- sedikit lada hitam
- sedikit garam

cara-cara:
campurkan semua sekali kecuali tepung gandum..
gaul rata.. Mashu pakai tangan je senang..
kalau adunan lembik, masukkan tepung gandum..
masuk sikit-sikit sampai senang nak bolakan..
masa bolakan tu selit la cheese kt tengah meatball tu..
Mashu pakai chesedale, terpulang la kat korang..
pastu goreng la sampai masak..
makan panas2 leleh2 cheese tu sedap oiii..


haa.. nampak tak lelehnya tuh disitu !!

dah.. dah.. jangan kacau.. Mashu nak masuk dapur buat meatball lagi ni..

sayonaraaa......

p/s: korang punya resepi ikot suka hati korang la nak letak ape.. asalkan sedap ikot anak tekak masing-masing..


Macaroni Carbonara Mashu Style

okehh lepas habis kursus hari tu Mashu masuk Tesco intai-intai barang.. dah tempat kursus sebelah tu je kan..

dah lama ngidam nak buat western tapi takot kena complaint tu yang biarkan terpendam macam tu aje..

sampai je rumah Mashu terus wassap Sidia..

"malam ni tak masak nasi tau".."abis tu nak makan ape?" 

yela Sidia Mashu tu bukan mata biru, pape pon nasi juga yang dicarinya..

"cyg ingat nak buat western la".. "oo.. ok tak sabar abg nak balik awal petang ni"

yeayy dah dapat green light.. zassss trus masuk dapur siapkan bahan-bahan..


padahal sume bahan dah siap, tinggal masak macaroni je.. hehe

1. macaroni
2. sos carbonara mushroom
3. cendawan butang
4. susu rendah lemak HL
5. mix herb

*masa masak macaroni tu letak minyak & garam sikit supaya ianya tak melekat


setelah beberapa ketika ni la rupa  macaroni carbonara yang 1st time Mashu buat tu.. nampak sedap kan.. memang sedap pon sebenarnya..

tapi ni Mashu tambah pepper lada hitam untuk sesuaikan dengan tekak melayu ni..

pape pon nanti boleh buat lagi, bahan-bahan ada separuh lagi dalam peti ais tu..

p/s: ni kalau tambah cili padi dengan cheese sedap ni aihhh.. pedas-pedas cheezy gitu.. nomnom..


Wednesday, 18 March 2015

Tambah Pendapatan Tanpa Keluarkan Modal

Selamat Pagi Malaysia..


Jom jana pendapatan tanpa perlu keluarkan modal.. 



Tambah pendapatan cara mudah



1) tanpa modal

2) click dan daftar
3) dpt id blh copy n paste..
4) duit akan bertmbah jika anda rajin berusaha..
http://myinvitepay.com/?ref=229020



biar gambar berbicara..

p/s : selagi kita rajin copy paste link kita tu and then share kat public cth FB, Twitter, Blog & etc account akan bertambah.. tak percaya? jom cuba sendiri baru tahu..


Friday, 13 March 2015

Jenis Susu Ibu


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk dan hindmilk.

Apa beza foremilk dan hindmilk ni?

Ringkasnya, apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sebab mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran bayi.

Kalau ikut mitos (kata orang tua), sebelah kanan makanan, sebelah kiri air.
Ini Salah, sebab kedua-dua breast kita adalah makanan dan air dan kedua-duanya ade foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.

Foremilk dan hindmilk ni kena seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration. kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, bayi tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.

kalau bayi meragam dan tak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan. Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.

Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.

Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau bayi sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa. Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk bantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya. 

Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Jenis susu ibu

  • Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
  • Transitional - Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.

  • Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

p/s : Mashu baru je tahu susu ibu ni ada banyak jenis.. maknanya cakap orang tua yang sebelah air sebelah makanan tu tak bape betul la.. sib baik cara penyusuan yang Mashu bagi kat Anak Bujang betul selama ni.. haha SYABAS !!

Wednesday, 11 March 2015

Kenali Najis Bayi Anda : Normal Atau Tidak


Apakah najis bayi yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan berapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan kepejalan najis itu normal ataupun tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula, dan sama ada dia sudah mula makan makanan pejal.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah mengikut
pembesarannya, bermula daripada dia baru dilahirkan hinggalah ke penghujung tahun pertama usianya. Sepanjang tempoh itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia 
menyusu badanatau diberi susu formula.
  • Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.
  • Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.


Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik

Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza.

Kolostrum dari "susu pertama" anda bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi anda.

Setelah anda mula menghasilkan susu dengan sempurna, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.

Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda 
mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu.

Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu formula?

Jika bayi anda meminum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan
sembelit. Bincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasa bayi anda mempunyai masalah ini.

Jika kami bertukar dari susu badan ke susu formula, bagaimanakah kesannya ke atas najis bayi saya?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting bagi anda melakukannya secara perlahan-lahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit

Dan bagi diri anda pula, ini dapat mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik sahaja bayi anda dapat menyesuaikan diri dengan susu formula, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Apakah kesannya apabila bayi saya sudah mula memakan makanan pejal?

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan dan tidak berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberinya lobak merah lenyek, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah.

Begitu juga apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti 
kismis dan kacang panggang susah untuk dicerna, sehinggalah satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa najis bayi yang tidak normal?

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. 

Bayi yang diberikan 
susu badan kurang cenderung menghidap cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung mendapat jangkitan. Oleh itu adalah penting bagi anda 
mensterilkan peralatan dan mencuci tangan anda sekerap mungkin. Punca cirit-birit termasuk salah satu daripada yang berikut: 


Cirit-birit biasanya sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Para ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, bincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga merah seluruh mukanya. Simptom-simptomnya termasuklah:
  • kesukaran membuang air besar;
  • najis yang berbentuk seperti batu-batu kecil yang kering;
  • sakit perut;
  • kejengkelan;
  • kadang-kala terdapat darah pada najis yang mungkin disebabkan oleh rekahan pada dubur akibat pengeluaran najis yang keras.


Bayi yang diberi susu badan jarang mengalami masalah ini berbanding bayi yang diberi susu formula kerana susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan kelembutan najis.

Jika bayi anda mengalami sembelit, bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. 

Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau aprikot yang dikisar.

Najis hijau

Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mengambil terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa terdapat kuman dalam perut bayi anda.

Pastikan bayi anda habis menghisap susu daripada sebelah payudara sebelum beralih ke payudara yang satu lagi. Jika sakit perutnya masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya kerana ia mungkin disebabkan oleh 
kesensitifan terhadap makanan, atau ubat yang diambilnya, ataupun rutin penyusuan.

Palitan darah

Palitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit kerana proses peneranan semasa membuang air besar boleh menyebabkan rekahan pada dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini adalah sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.


Akhir sekali, layari 
galeri gambar najis bayi kami untuk melihat apa yang ditinggalkan oleh bayi-bayi lain di dalam lampin mereka!

info : KLIK SINI

p/s : kekadang confused Anak Bujang kentut or berak, kecik2 dah kentut busuk macam orang besar.. bila dah makan semua nanti cemane la tu.. pengsan satu rumah bau !


Tuesday, 10 March 2015

Penyediaan Air Barli

okeh entry lepas Mashu dah bercerita pasal khasiat barli kan.. so entry kali ni kita study cara-cara nak buat air barli.. sebenarnya tak payah study pon, senang je.. oleh sebab tak pernah takde pengalaman Mashu buat research sikit.. ingatkan barli tu kembang sendiri dalam air panas masa bancuh tu.. lalalaa..

yang penting kena ada barli, air dan gula.. optional untuk daun pandan.. bukan ape, nak kasi bau wangi aje pon..

bahan utama dia mestilah barli.. RM0.60 je ni, stok seminggu Mashu



masukkan barli dalam bekas jarang (tapisan) macam ni senang nak basuh


pas basuh toskan kejap


rebus air sampai mendidih baru masukkan barli.. kalau nak tambah gula siap2 dalam ni pon boleh aje


nak tau barli dah masak bila isinya bertukar jadi jernih.. kalau gigit tu xde rasa macam jelatah (beras mentah)


taraaaa.. ni Mashu punya.. kat rumah xde gelas kaca cantik, so taruk je dalam shaker ni..


yang banyak tadi tu leh simpan dalam peti bila dah sejuk.. so bila rasa nak minum boleh la bancuh dgn air sejuk or suam.. Mashu suka yang suam2 aje, rasa segar badan ni.. lagi pon boleh tambah susu badan untuk mommy2 yang breast feed macam Mashu ni..

dah.. dah.. dah baca ni boleh buat dah.. kacang je, pejam mata pon dah boleh buat kan..

p/s : ritu minum air barli masa sahur, seharian tak rasa haus.. padahal Anak Bujang breast feed macam biasa je.. tu la ada balance 9 hari lagi kena ganti puasa, nak buat cemana dah terbersalin bulan puasa..


Friday, 6 March 2015

Khasiat Barli Yang Perlu Diketahui


Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di Negara-negara barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bartanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dyspepsia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yagn diperlukan oleh manusia.

Malah dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.


Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakkan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

p/s : my new addicted.. hohoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...