Dear all, please respects others.. full stop!!!
hari ni pagi pagi Mashu hangin satu badan.. pagi pagi dah berhadapan dengan manusia yang tak reti nak hormat orang lain..
PERTAMA. masa nak pergi kerja.. ada la seorang "PEMANDU BERHEMAH" tu keluar susur dengan lajunya.. dah la keluar macam harem, dengan tak bagi signalnya lagi.. nyaris nyaris terhimpit Mashu.. Mengucap panjang..
KEDUA. dalam kawasan office.. nak masuk petak parking.. Mashu Q no. 2, bagi signal duk tepi sementara kereta depan tu masuk parking betul betul.. lepas turn dia turn Mashu la pulak kan.. memang tiap hari parking reverse sebab petang senang nak keluar.. dengan signal tadi yang masih menyala Mashu tekal minyak sikit demi sedikit.. dan dan pulak masa tu ada la "PEMANDU YANG SABAR" potong dari belah kanan nyaris nyaris nak berdentum dengan Mashu.. entah dari mana datang pun tak tau tiba tiba berdesup je.. Mengucap panjang..
sekali dua Mashu boleh sabar tapi kali ketiga tu memang meletup la.. Mashu ni manusia jugak, ada had sabarnya.. takkan la sewenang wenangnya nak biarkan kita dibuli..
so moral of the story ni SILALAH HORMAT KEPADA ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU JIKA NAK ORANG LAIN HORMAT KEPADA KITA.. tak kira la orang tu berpangkat ke, orang biasa ke.. sila la peka dengan keadaan sekeliling walau berada di mana sekalipun.. SEKIAN.
p/s: orang besar perlu bersekolah balik lebih dari budak kecil bersekolah..
No comments:
Post a Comment