Wednesday, 21 March 2012

Mereka Yang Bersalah Atau Akukah Yang Telah Berubah

# maaf jika entry kali ini mengganggu sensivity mana2 pihak.. n maaf jika entry ini panjangnya terlebih berjela-jela.. juz meluahkan rasa yang terbuku di dada ini..

watak utama : A, B, C (mereka) & D (dan lain2)


kali ni ntah ke berapa kali dah aku menangis dalam hati.. sedih, sebak, kecik hati, kecewa bergabung menjadi satu kerana diperlakukan sedemikian rupa..

mereka seolah2 melarikan diri daripada aku.. hal ni berlaku sejak awal tahun hari tu, dah masuk bulan ketiga dah means 3 bulan sudah berlalu.. ape lagi yang harus aku buat?? buntu sesangat.. memula sikit2 je pastu makin lama makin menjadi-jadi..

tiap kali aku cuba dekati mereka, ingin bercampur dengan mereka, tiap kali itulah aku disisihkan.. sedang rancak berbual tetibe mereka terdiam tatkala aku hadir.. so nampak sangat la macam aku ni "mengganggu ketenteraman" mereka yang tengah berbunga bahagia..

adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah atau menyinggung hati mereka?? apakah yang sedang mereka rancak bualkan?? atau mungkinkah aku sengaja membuat hati ini terasa.. ntah la.. buntu memikirkan hal ni..

bila aku tegur mereka (dengan niat ingin menyembang) mareka hanya membatukan diri.. adakah suara aku terlampau "dalam kelambu" seolah2 tidak dapat ditangkap oleh cuping telinga mereka??

apakan teguran aku itu merupakan hal yang remeh temeh dan tidak penting.. "alah, tak payah la hiraukan dia, pandai2 la dia nak hidup".. atau mungkinkah aku tidak layak untuk bersembang dengan mereka yang bertaraf "gud-gud" dan "orang ada-ada"?? kesian kat suara aku yang tersekat di kerongkong dek ketidakendahan mereka tu..

bila berseorangan, ikut suka la apa yang kita nak buat pon kan.. "ahh, lantaklah.. bukan ada sape2 pon, hanya diri aku je sendiri".. tetiba bila mereka muncul, zappp lantas menceroboh saat bahagia aku yang singkat itu.. takleh nak cakap ape la sebab "benda" tu dia yang punya dan aku hanya menumpang guna.. tapi macam tak beradab la kan tetibe mereka potong stim aku yang tak kacau privacy mereka tu.. *ketap gigi*

disini jelas menunjukkan mereka memang dah tak sukakan aku "disisi" mereka.. layan aku macam sampah.. adakah mereka tidak nampak yang aku yang terlebih dahulu mengguna "benda" itu sebelum kehadiran mereka.. apakah aku sebagai patung hiasan yang diletakkan ditengah-tengah ruang tamu sebagai perhiasan?? atau mungkinkah aku ni halimunan yang tidak nampak olehh mata kasar?? hanya mampu memujuk hati sendiri.. sabar3..

dulu bila mahu kemana-mana mereka akan ajak aku join mereka sekali, paling tidak pon mereka tanya sama ada aku nak ikut ke tidak mereka keluar.. tapi semenjak dua menjak ni aku sedar2 je mereka dah tiada, dah selamat keluar.. langsung hilang tanpa khabar berita..

mungkin kereta tak muat (4 orang untuk sebuah kereta) nak ajak aku n kalau aku join ruang dalam kereta tu jadi sempit untuk mereka melompat-lompat "hati berbunga riang".. apakah aku ni gemuk gedempol (guna banyak space) kot.. dedulu masa takde kereta boleh je pat lima orang aku sumbat dalam kereta aku tu.. atau mungkinkah aku ni spy (perisik) yang tidak boleh berkawan dengan sesiapa (orang yang tidak boleh dipercayai).. mungkin ada benarnya semua tu..

pernah juga aku terbaca status di fesbuk mereka, bercakap itu dan ini.. atau mungkinkah orang yang dimaksudkan disitu adalah aku?? separuh hati aku mengiyakan manakala separuh lagi menidakkan semua tu..

sekarang ni makan dengan tak makan sama je bagi aku.. bukan tahan perut tetapi selera telah mati.. tiada lagi keinginan makan banyak2 seperti dulu2.. ada yang tegur sebab nampak baju dah longgar, takde cutting dah katenye.. hmmm, takpe la.. nak buat macam mana kan kalau mulut dah takleh nak telan banyak makanan..

mereka tak adil buat aku sampai macam tu sekali.. ape salahnya berterus terang kan, bagitahu je apakah kesalahan yang telah aku buat.. kalau aku ada terbuat salah aku mintak maaf, semua tu jadi semasa ketidaksedaran aku.. tiada sesape yang sesuka hati berbuat salah kan.. plez la jangan seksa aku begini, aku mohon sesangat..

buat masa sekarang aku lebih selesa menyendiri, bawa diri sendiri.. senang dan tak perlu jaga hati mana2 pihak.. tapi sampai bila aku harus begini?? selama lamanya?? no way, can't live alone forever..

bagi mengubati hati aku akan layan certa lawak je buat masa ni.. tengok sesorang, gelak sesorang sampai berdekah-dekah buat hati aku puas.. lupa seketika masalah yang melanda diri.. yang penting aku tak kacau dan ganggu hidup sesape..

selama aku perhatikan orang yang berada di sekeliling aku ni suka cakap belakang.. depan orang tu cakap lain, belakang orang tu cakap lain plak.. manusia oh manusia, salu je tak sedar diri.. takde sesape yang sempurna di mata manusia, segala baik dan buruk pasti ada hikmah di sebaliknya.. kekadang aku rasa macam bersalah pulak sebab tak berterus terang dengan mangsa cakap belakang tu tapi lau aku berterus terang lagi teruk padah yang aku dapat nanti.. silap2 perang besar meletus n aku taknak dicop sebagai pembawak mulut..

aku tak nak tengok kengkawan aku gaduh, masam2 muka, berpaling belakang dan adik beradik sewaktu dengannya.. aku sayang kengkawan aku tapi dalam masa yang sama aku perlu jaga hati semua pihak.. berat sangat tugas ni.. kengkawan aku ibarat cubit peha kanan, peha kiri pon terasa sakitnya.. hati pedih..


aku perlu mencari penamat bagi semua ni tapi bagaimana caranya?? ahh, buntu..

bagi aku bila kita dah berkawan dengan seseorang tu, selamanya dia tetap jadi kawan aku.. mungkin aku jarang contact mereka tapi hati aku ingat dan mungkin bila dah jumpa kat mana2 nanti aku akan cakap "hey, thats my fren".. aku bangga punyai kawan seperti kamu..

aku bangga punya kawan gelak dan kawan nangis seperti kamu.. terima kasih kerana dengan kehadiranmu memberi berjuta erti kebahagiaan buatku..

setakat ni jelah dapat aku kongsikan, makin lega rasa dihati lepas semua yang terbuku berjaya diluahkan.. dah ringan sedikit kepala yang berat ni menanggung semua.. mungkin akan ada sambungannya lain kali.. ingat, biar pecah diperut n jangan pecah di mulut.. kawan tetap kawan..

dengan rendah diri aku minta maaf dan ampun jika aku yang bersalah + aku telah berubah.. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.. tegur2 lah jika salah seorang daripada kita telah tersasar jalan demi kebaikan semua pihak.. buang yang keruh dan ambil yang jernih..

p/s: berkawan biar beribu juta kali tapi bermusuh dengan kawan jangan sesekali, tanggung la sendiri padahnya nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...