macam ni la kalau hati sudah mula berkata-kata..
begins..
Hadirnya awak dalam hidup saya tanpa dipinta. Setelah empat tahun terbiasa hidup sendirian akhirnya awak muncul dalam hidup ini. Dimulakan dengan ikatan persahabatan dan semakin hari semakin bercambah menjadi semakin sayang.
Bermulalah titik kehidupan sebagai ‘saya’ dan ‘awak’ kini bertukar kepada ‘cayang’ dan ‘sayang’. Semakin hari membuatkan kita dapat merasai kebahagiaan yang terjalin antara satu sama lain. Merasakan diri ini saling diperlukan untuk melengkapi hari-hari mendatang.
Pernah dulu hubungan kita makin ke penghujung sehinggakan saya tidak boleh menerima lagi kehadiran awak di dalam kehidupan seharian saya. Terus terang saya akui ‘masa’ itulah merupakan masa yang paling merudumkan jiwa. Sampai hati awak memperlakukan saya sehingga ke tahap itu.
Namun, itulah kenyataan yang harus saya hadapi untuk meneruskan perjalanan hidup yang berliku. Saya rela ‘melepaskan’ awak untuk terus berjuang dalam hidup. Mungkin ‘penghalang’ itu adalah demi kebaikan saya dan diri awak sendiri. Sebelum semuanya semakin parah, saya rela untuk undur diri dan biar masa yang menentukan segala-galanya buat kita.
Saya tidak tahu kenapa kita serasi bersama, dan mengapa amat senang untuk saya menerima kehadiran awak dalam hidup saya padahal sebelum itu ada yang cuba mendampingi saya tetapi hati ini sering menidakkan. A***g, F***i, F***e, S****e, E*o mahupun S****i, semuanya tidak dapat menembusi hati ini. Semuanya tidak lebih daripada menjadi seorang rakan.
Mungkin itulah yang dinamakan jodoh kan, akhirnya saya memilih awak. Hanya awak dan selamanya tetap awak yang bertakhta di hati ini. Susah senang kita telah lalui bersama. Saya bantu awak semasa dalam kesusahan dan awak juga sebaliknya, tolong saya saat saya teramat perlukan bantuan.
Mungkin awak selalu bising kenapa saya tak macam perempuan lain dan tak macam ‘kawan-kawan perempuan’ awak yang sebelum ni. Soalan yang selalu keluar dari mulut awak – “kenapa awak garang sangat? Kenapa awak tak tanya lebih-lebih? Kenapa cara awak berfikir tak sama dengan orang lain? Kenapa itu dan kenapa ini. Semuanya dimulakan dengan kenapa, kenapa awak?”
Bukan bermakna saya tidak ambil kisah dengan kehidupan awak dengan tidak bertanya kenapa itu dan kenapa ini tetapi saya rasa semua tu adalah hak peribadi awak dan tak perlulah saya muncul 100% dalam kehidupan awak. Saya percaya awak juga memerlukan masa untuk diri sendiri. Yang penting saya percayakan awak dan awak perlu semat kukuh rasa kepercayaan saya tu. Hanya itu yang saya pinta dari awak. Ibarat TRUST IS LIKE A PAPER, ONCE ITS CRUMPLED IT CAN’T BE PERFECT AGAIN.
Dari saat awak jumpa keluarga saya dan saya jumpa keluarga awak, saya dapat rasakan keikhlasan yang terjalin antara kita. Hubungan kita bukan dipaksa-paksa. Walaupun terdapat tentangan hebat dari sesetengah pihak untuk memisahkan kita, namun kita masih bertahan sehingga kini. Moga dikuatkan jodoh kita untuk menjadi yang halal pada masa akan datang.
Terima kasih Sayang kerana sudi terima saya seadanya dan buat saya rasa bahagia. Saya cintakan awak macam omputeh salu cakap tu – “I LOVE YOU” *hugs + kiss*
sekian, TQ..
p/s: mungkin entry kali ini agak jiwang sedikit.. bukan2, sesangat la jiwang abes.. huhu
hehhe saye pon sayang awak jugaks..!!!hahha
ReplyDeletesaya pon sayang sama kt awak
ReplyDelete