KEPUTUSAN.. kadang ia muncul di permulaan n kadang juga di penghujung.. kadangkala keadaan yang memaksa kita untuk membuat sesuatu keputusan.. betul atau tidak semua adalah keputusan yang telah dibuat.. sebagai makhluk ciptaan Ilahi, kita perlu pikir setiap baik buruk untuk keputusan yang akan dibuat.. setiap keputusan boleh membawa kepada kebaikan namun ia juga punca kemusnahan.. tapi setelah keputusan telah dicapai, ia tidak bolah digugat lagi kerana KEPUTUSAN tetap KEPUTUSAN..
MANUSIA.. nampak sama tapi tak serupa.. nampak baik tapi sebaliknya.. ada akal fikiran tapi tidak tahu menggunakan anugerah yang satu itu sebaik mungkin.. ada kekuatan tapi selalu menindas golongan yang lemah.. golongan yang lemah hanya mampu bersabar di atas setiap apa yang terjadi.. nasib dan takdir adalah ketentuan yang Maha Esa.. namun yang pasti, manusia yang terbaik mampu membuat keputusan ke arah kebaikan semua pihak.. ini namanya manusia sejati..
MEMAAFKAN.. memang memaafkan itu indah.. memaafi seseorang membuatkan jiwa kita merasa tenang.. jauh di sudut hati, sukarnya untuk mengungkap kata2 maaf.. belajarlah untuk memaafkan seseorang, tiada ketenangan yang akan kita dapat daripada memaafkan seseorang itu.. kita adalah manusia biasa, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan..
PELUANG.. ia bukan senantiasa muncul di depan mata.. selagi peluang terbentang di depan mata, haruslah kita merebut ia.. jangan sia2kan peluang yang ada.. demi kebahagiaan semua, hargailah peluang itu dengan menggunakan ianya sebaik mungkin.. hargailah peluang kedua sebaik mungkin kerana sukarnya untuk mendapat peluang ketiga..
############
ntah la tetibe je ayat2 kat atas tu muncul di pikiran aku ni.. mungkin terlampau banyak masalah kot.. hehehe..(jiwa kacau dowh).. tapi sejenak aku berfikir aku scan balik setiap kejadian yang terjadi, aku jadi sayu.. kenapa sukarnya aku untuk memaafkan seseorang.. mungkin aku ni jenis yang x suka gaduh2 kot n mungkin aku ni susah nak terasa hati ngan orang sekeliling.. barangkalinya mungkin jugaks.. so sekarang ni aku dah tekad dengan keputusan yang satu ni..
"aku, nor suhaida mohd hanafiah sedia memaafkan kamu n sanggup memberikan peluang kedua ke atas diri kamu untuk membetulkan kesilapan yang lalu.. mohon maaf sekiranya selama ini aku menghukum perasaan kamu, sudikah kamu jadi sahabatku kembali macam dulu2?? aku harap kamu jangan lagi membuat keputusan melulu okeh"
sememangnya aku rasa lega sekarang ni, aku boleh bernafas seperti sediakala.. terima kasih kehadrat Ilahi kerana telah memberi keinsafan n kesedaran di atas setiap tindak tanduk aku lepas.. aku tahu inilah hikmah disebalik kejadian dulu, daripadaMu ku datang dan kepadaMu lah aku pergi..
p/s : tiada ketenangan yang kita dapat melainkan memaafkan dan memberi peluang kedua kepada seseorang..
No comments:
Post a Comment