4 Jenis Genggaman Salam
Genggaman Terlalu Kuat
Mudah
sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman
yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang
itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai.
Dia
sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki
rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda
terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.
Genggaman yang Lemah
Manakala,
genggaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri,
tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar
untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana
genggaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej
keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.
Genggaman Ganjil
Berhati-hati
juga dengan genggaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina
seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya
anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan
pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki
sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda
sebagai seorang wanita atau rakan niaga.
Beliau
mungkin mempunyai agenda tersendiri.
Genggaman Kukuh
Manakala
genggaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak
terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara
dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan
diri, berani dan menghormati orang lain.
Bila Perlu Bersalaman?
Mungkin
ada di antara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di
bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk
bersalaman.
Antaranya:
1. Ketika bertemu seseorang
dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2. Ketika bertemu orang
untuk pertama kalinya.
3. Ketika seseorang memasuki
rumah atau datang ke pejabat anda.
4. Ketika bertemu dengan
tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.
5. Ketika anda bertemu
seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.
6. Ketika mengakhiri sesuatu
acara atau meninggalkan acara sosial.
Sekiranya anda
menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman
disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai
kenal sedang berlangsung.
Apabila
tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama
jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas
tersebut.
Ini
menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka
yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
p/s: tolong la jangan genggam tangan kuat sangat masa bersalam, lagi tambah sakit bila pakai cincin.. Mashu rasa macam dah serik nak salam dengan sorang hamba Allah ni
No comments:
Post a Comment