Kini bermulalah hari hari temujanji bersama puan doktor pada setiap bulan.. demi kesihatan baby dan ibu baby..
berlaku insiden yang Mashu agak tidak puas hati jugak la kat klinik hari tu.. mahu tak sakit hati sebab dalam tempoh sebulan je sampai TIGA kali duk alang alik pergi klinik..
MashuKAH yang berSALAH ataupun misiKAH yang berSALAH??
hmmmm............
9.1.2014 (Khamis)
Datang 1.45 ptg balik 4.45 ptg
Hati berbunga riang sebab nak pergi buat buku merah.. semalam dah call klinik tanya, dorang minta bawa sesalinan i/c suami je.. ok!
Ambil no, tunggu giliran, timbang berat, ukur tinggi, cek tekanan darah, urine test, blood test.. DONE!! lepas dah dapat result dari makmal tu Mashu pun pergi la tanya kaunter dah habis ke? Misi cakap dah habis, dah boleh balik dah.. ok, Mashu balik..
Esoknya datang office tunjuk buku merah dekat akak akak office.. akak tu cakap kenapa bawa balik dua2 buku sekali, satu tu klinik pegang.. kenapa kosong je page ni.. hahhh?? lunch tu Mashu pergi la klinik nak pulangkan buku pastu terus tanya misi tu kenapa page kosong.. misi cakap kena datang balik, so dia set 13hb kena datang balik..
13.1.2014 (Isnin)
Datang 1.45 ptg balik 5.00 ptg
Datang kali ni terus complaint kenapa jadi macam tu minggu lepas, dorang hanya cakap kena buat lagi sekali tapi tak payah ambil darah sebab hari tu baru je buat.. ok.
Ambil no, tunggu giliran, timbang berat, cek tekanan darah, urine test.. DONE!! masa ambil result dari makmal dia cakap kena buat blood test.. pulak dah!! masa buat blood test tanya misi tu kenapa kena buat lagi padahal kan dah buat 3 hari lepas.. misi cakap sebab HB (hemoglobin) rendah.. Oooo..
lepas tu tunggu giliran untuk masuk bilik doktor, lepas doktor pertama jumpa doktor kedua pulak.. adoyaii.. Doktor: nanti minggu depan datang buat scan ye, sebab kita nak tahu due date yang sebenarnya.. Mashu: yang saya scan ni takleh pakai ke doc? kalau scan petang ni terus takleh ke?.. Doktor: hari ni dah penuh, saya dah tulis temujanji awak minggu depan sebelah petang ye.. sekarang awak dah boleh balik lepas ambil ubat di farmasi..
20.1.2014 (Isnin)
Datang 1.45 ptg balik 3.00 ptg
Kali ni datang terus cakap ada temujanji scan dengan doc sebab tak payah dah buat semua benda macam sebelum2 ni tu..
Ambil no, tunggu giliran, jumpa doc.. lepas scan boleh balik.. Alih2 pakai result scan yang Mashu bagi tu jugak cehhh.. Mashu pesakit yang pertama pun kena tunggu sampai sejam untuk masuk ke bilik scan tu.. berbulu betol, dah la tengah lapar.. next date 19.2.2014 pulak..
yang jadi masalahnya bukan apa, masa terbuang begitu saja.. tunggu.. tunggu.. tunggu.. dan tunggu lagi.. haishhh
p/s: balik rumah terus masak siap2 sebab lepas tu kena pergi bengkel betulkan tayar kereta..
No comments:
Post a Comment