Monday, 21 April 2014

Persoalan Jantina Bayi Terjawab

masih lagi tertanya-tanya jantina bayi anda? Mencari klinik untuk scan 3D/4D termurah? 

Alhamdulillah, Mashu dah settle semua tu.. Lega sangat-sangat.. Mashu nak suggest satu klinik yang ada perkhidmatan scan 3D/4D yang murah area Shah Alam.. rata-rata klinik cas bayaran RM150 ke atas untuk perkhidmatan scan ni..

Malam semalam Mashu buat scan di Poliklinik An Nisa' Seksyen 7 Shah Alam, bersebelahan Mydin Mart tepi tasik Seksyen 7 tu.. bukan Seksyen 7 pusat komersial yang ada I-City tau.. ingat tu.. Mereka buat scan pada hari Jumaat & Sabtu je, siang malam pon ada.. kalau nak booking sila la call terus untuk appointment.. bukan apa, kalau walk in takut penuh je..

tapi jangan risau la, sebab ramai yang tak tahu klinik ni ada buat scan 3D/4D.. Mashu google search pon takde yang bercerita.. ni nasib baik call sendiri tanya.. Mereka cas RM110, siap sekali dengan CD & 1 keping print gambar 4D baby kita.. doktor baik, banyak explain yang diberi.. ye la kan, Mashu ni mengandung anak sulong, nak tanya apa pon tak tau.. masuk jam 8.45 mlm, keluar bilik doc dalam jam 9.30 gitu.. lebih kurang sejam gak la duk godek2 perut dalam tu, sib baik baby tak tido & banyak posing.. senang doc nak buat keje scan tu..

Mashu punya baby..


wahh, hidung mancung gitu.. hahaha

Bila dah tau jantina baby, senyum lebar Sidia.. ye la kan, belah dia takde cucu lelaki lagi.. suka la femli mertua kalau tau.

p/s: pasni jadi cucu kesayangan la belah mertua, almaklom le cucu lelaki first..


Thursday, 27 March 2014

Ketam Bercili a.k.a Chili Crab Simple Mashu

cepatlah gajiii... dah seminggu ngidam nak makan ketam ni... buka tv je asyik tengok chef masak ketam je adOyaii, kronik + parah Mashu kalau lagu ni..

dapat gaji bulan ni terus singgah pasar malam petang tu jagak beli ketam segar.. Mashu beli 3 ekor, buat lauk nasi sorang seekor pastu yang seekor lagi ratah!! haha

ni mix punya resepi ketam bercili a.k.a chili crab hasil menggoogle seminggu.. juga campak2 je bahan yang ada kat dapur ikut suka hati sendiri


Ketam Bercili (Chili Crab)

Bahan-bahan:
- Ketam
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Cili Kering (rebus + Kisar)
kalau malas campak je cili boh
- Cili Padi
- Serai
- Halia
- Sos Tiram
- Sos Cili
- Serbuk kunyit utk menggoreng
- Garam + gula + aji

Cara-cara:
- Lumur ketam bersama serbuk kunyit + garam. Goreng ketam separuh masak. Ketepikan.
- Tumis bawang + cili kering + cili padi + halia + serai + sos tiram + sos cili sampai masak..
- Kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air + garam + gula + aji..
- Masukkan ketam & masak sampai masak sepenuhnya.

lain kali Mashu tak nak goreng dulu sebab isi ketam melekat kat kulit.. pasni nak masak macam biasa je ketam tu..

p/s: pijor tangan main cili, tapi mengidam punya pasal sangguppppp!!!


Tuesday, 18 March 2014

Ikan Jenahak Masak Stim

disebabkan dalam peti ais penuh dengan ikan pancing (rohu, siakap & kaci) maka setiap hari menu ikan la jawabnya Mashu dan Sidia.. semalam masak stim, resepi google dan campak2 je bahan yang ada kat rumah tu.. 

last masak stim pada tahun 2010 dan ni semalam punya hasilnya..


Bahan-Bahan:
- ikan jenahak (ikot suka korang la nak pakai ikan ape)
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- serai
- daun limau purut
- cili padi
- sos tiram
- garam gula aji
- minyak untuk menumis

Cara-Cara:
- panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang halia serai cili padi dengan sos tiram.. tapi jangan sampai garing..

- masuk air terpulang la korang nak kuah banyak mana.. ikot selera masing2

- bila air dah menggelegak (buble) masuk ikan dengan daun limau purut dan bahan perasa garam gula aji tu sume..

- masak la la sampai ikan betul2 masak dan sedia untuk hidang.. tabur la daun sup, siap!!!

senang je kn, Mashu masak pakai kuali je, sebab xde bekas yg muat dalam steamer bujur tu.. haha.. janji ada rupa dan rasa stim dah cukup..

p/s: makan sampai kenyang ^_~


Wednesday, 5 March 2014

Bersalam - Siapa Diri Anda?


4 Jenis Genggaman Salam

Genggaman Terlalu Kuat
Mudah sahaja, sekiranya seseorang bersalaman dengan anda dengan genggaman yang terlalu kuat, ia menyatakan seseorang itu suka mendominasi atau menguasai, agak ego dan kurang dipercayai.
Dia sentiasa ingin menang dalam banyak hal. Berhati-hati jika anda memiliki rakan niaga sebegini. Anda perlu tegas untuk menyuarakan pandangan anda terhadap sesuatu keputusan supaya anda tidak dikuasai olehnya.

Genggaman yang Lemah
Manakala, genggaman tangan yang lemah pula menyatakan ketidakyakinan diri, tidak berminat, sambil lewa dan tidak mesra. Anda harus belajar untuk berjabat tangan dengan kemas dan kukuh.
Kerana genggaman tangan yang lemah boleh menjejaskan imej keyakinan diri yang anda ingin tonjolkan di mata klien anda.

Genggaman Ganjil
Berhati-hati juga dengan genggaman tangan yang ‘ganjil’. Terutamanya jika berlainan jantina seperti mencuit atau mengeletek tapak tangan anda ketika bersalaman.
Sekiranya anda wanita dan anda bertemu lelaki yang bersalam seperti ini di pertemuan pertama, maka eloklah awal-awal anda ucapkan selamat tinggal. Kerana lelaki sebegini jelas mencerminkan sikap yang kurang menghormati anda sebagai seorang wanita atau rakan niaga.
Beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri.

Genggaman Kukuh
Manakala genggaman tangan yang kukuh, tidak terlalu kuat dan dan tidak terlalu lemah disertai dengan raut wajah yang menunjukkan minat, berbicara dengan memandang muka anda mencerminkan seorang yang mempunyai keyakinan diri, berani dan menghormati orang lain.

Bila Perlu Bersalaman?
Mungkin ada di antara kita yang tidak pasti bilakah kita perlu bersalam. Tip di bawah boleh memberi anda sedikit idea bila perlu untuk bersalaman.
Antaranya:
1.    Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.
2.    Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.
3.    Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.
4.    Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.
5.    Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.
6.    Ketika mengakhiri sesuatu acara atau meninggalkan acara sosial.

Sekiranya anda menghadiri majlis sosial atau perniagaan, pegang gelas minuman disebelah kiri dan bukannya di sebelah tangan kanan anda ketika sesi suai kenal sedang berlangsung.
Apabila tangan kanan anda memegang gelas, amat sukar untuk anda bersalam terutama jika tangan anda lembab dan basah disebabkan titisan ais daripada gelas tersebut.
Ini menyebabkan anda kelihatan tidak perihatin terhadap keselesaan mereka yang menghulurkan tangan tanda perkenalan.
p/s: tolong la jangan genggam tangan kuat sangat masa bersalam, lagi tambah sakit bila pakai cincin.. Mashu rasa macam dah serik nak salam dengan sorang hamba Allah ni


Monday, 3 March 2014

Cara Terbaik Suami Melayan Isteri Hamil


Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan hormon dan emosi. Kadangkala mereka akan lebih emosi dari biasa dan perlukan perhatian yang lebih daripada sebelum hamil.

Tidak kiralah kali ini adalah kehamilan yang pertama, kedua mahupun seterusnya, seorang suami harus memahami bahawa kehamilan ini harus dipikul tanggungjawabnya oleh kedua-dua pihak. Berapa ramai yang kita dengar berkenaan suami yang mengabaikan isteri ketika hamil dalam keadaan sedar mahupun tidak.

Berikut adalah panduan buat para suami:

Luangkan Masa Bersama Isteri
Kadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Sentiasa Mendengar
Suami mestilah jadi pendengar yang setia. Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu sakit-sakit dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka mahukan perhatian yang tiada berbelah bahagi.

Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

Sentiasa Membantu
Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami yang sedia membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yang tidak lagi berbasuh atau dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami diperlukan untuk mengendalikan anak-anak yang lain.

Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

Sediakan Tempat Yang Selesa
Isteri yang hamil memerlukan tempat yang selesa. pastikan tempat tidur dan istirehat yang baik untuk kehamilannya. Ini bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia melahirkan anak nanti.

Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat. Wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.

Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

Pastikan Isteri Menjalankan Pemeriksaan Rutin Ketika Hamil
Pemeriksaan rutin ketika hamil adalah wajib untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan pilihlah klinik atau hospital yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan rutin.

Merancang Perbelanjaan Keluarga
Apabila isteri hamil, maka perbelanjaan keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan rutin, kos hospital, barang-barang bayi

Memastikan Barang Keperluan Bayi Dan Isteri Cukup
Memang ianya nampak remeh tetapi ianya sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin, baju, sarung tangan dan kaki dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi lahir lagi. Barang ibu pula seperti kain batik, lampin pakai buang, baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam senarai barang yang di senarai suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai pengalaman indah ini!

Mencari Dan Memilih Bidan Yang Baik Dan Sesuai Untuk Isteri
Bagi orang Melayu, penjagaan selepas bersalin amat penting. Bidan yang dipilih akan mengurut dan memandikan bayi untuk beberapa hari selepas bersalin.

Fahamilah Isteri
Wanita yang mengandung mengalami pelbagai perubahan. Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi. Selalulah bertanya, belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan isteri agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi ‘driver’ kepada isteri.

Berdoa Dan Solat
Suami janganlah lepas daripada menjalankan tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat sunat seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar isteri dan anak yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca al-Quran kerana al-Quran mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.

Semoga dengan kehamilan ini akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.

p/s: Alangkah beruntungnya jika suami memahami peranannya pada masa sebegini.. sesungguhnya Mashu jeles tau tak.. sob.. sob..


Friday, 28 February 2014

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya... dan Bagaimana Pulak Pelukan Suami Tu Boleh Buat Isteri Kurus?

jom baca sesama info yang Mashu baca pagi ni..

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....


1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

p/s: bagi Mashu, bila suami peluk tu rasa macam Mashu ni berada dalam keadaaan yang selamat sangat.. *blushing*


Tuesday, 18 February 2014

Ayam Goreng Sedap Dan Murah

oyeahh, terasa lagi kesedapan ayam goreng ala-ala kfc yang sedap lagi murah untuk menu lunch tadi.. Mashu lupa apa nama menu tu sebab akak office yang order dulu masa Mashu pergi pejabat pos..

ayam goreng dia tu kan memang kita dapat panas2, ada coleslaw, bun sebijik macam snack plate kfc tu la.. isi ayam rangup, lembut and juicy.. yang penting sedap dan MURAH.. hahaha.. ni gambar Mashu google..


kalau tak salah nama menu ni eater light, rasanya la..

Mashu makan yang ni tadi dengan air sirap bandung hanya RM9.90 je.. kira kategori murah la tu kan..

sape2 nak try boleh ke Restoran FC bertempat di tingkat bawah Kompleks PKNS Shah Alam.. btw kebab dia pon memang terbaekk and femes..

p/s: nak kena ajak Sidia teman makan kat sini lain kali, wajib.. ngeee


Friday, 7 February 2014

Mee Celup

ah ha.. semenjak baru baik sakit kepala yang amat teruk selama seminggu baru2 ni Mashu jadi kuat makan dah.. sekarang ni kejap2 je lapar, kejap2 je buka peti ais, kejap2 je makan.. 

Alhamdulillah selera makan makin bertambah, kalau dulu sehari sekali je makan nasi masa awal2 preggy.. tu pon tak habis sebesar penumbuk pon amat payah..

balik kerja sekarang ni wajib menyinggah beli makanan.. paling frust bila 3 kali Mashu sampai food court Seksyen 24 nak beli mee celup tapi mee tak siap2 lagi, padahal dekat pukul 6 petang dah tu.. esoknya menyinggah ke restoran Sri Warisan Seksyen 18, tapi masih tak puas hati sebab tak dapat yang 24 tu..

ni rupa mee celup tu kalau ada sesape yang tak pernah tahu.. rupa dia macam mee sup jugak tapi rencah dia rasa lain sikit.. makan panas2 pedas2 memang terangkat.. uihhh, kecur ailio..


petang ni nak singgah beli laksa penang + cendol abang motor bawah pokok la pulak.. hehe.. mee celup 24 tu postpone minggu depan aje.. haha

p/s: minggu depan kena buat list siap2 ni.. nak harapkan Sidia, meleleh la ailio baby..


Thursday, 6 February 2014

Rojak Buah Pedas Menyengat

weekend lepas Mashu balik kampung Sidia, tau2 la jalan nak ke utara time raya cina ni camne.. balik Ipoh 2 jam setengah pun boleh jadi 4 jam setengah malam tu..

cuti CNY tu keluarga ajak berfamily day kat Segari, Lumut.. tido sana 1 malam sebab lelaki semua keluar memancing naik bot petang tu.. malam pancing depan dorm yang kami sewa je.. best sebab dapat makan ikan fresh dari laut..

tapi hari ni bukan nak bercerita bab memancing.. Mashu nak cakap mak mertua Mashu buat kuah rojak buah yang sedap sangat, wpn pedas tapi sekali makan memang terasa nak tambah..


bawak office pagi ni ramai cakap sedap and nak tempah.. nanti Mashu order kat mak mertua ye kalau balik Ipoh, mintak sekali resepi kat mak untuk korang..

p/s: nak sambung makan rojak lagi, yummehhh..


Tuesday, 4 February 2014

Perkembangan Janin Dalam Rahim Ibu

Siapa tak teruja bila dapat tahu dirinya mengandung kan? Terutamanya nak dapat baby pertama macam Mashu ni.. hehe.. tiap hari mengorat dengan encik google sebab nak tau macam macam.. itu lah ini lah, kalau boleh semua nak digooglenya.. peace!!

ni hasil semalam punya google, meh sini kita baca sama sama tentang perkembangan bayi dalam kandungan ye..



Minggu 1

Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Minggu 2

Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

Minggu 5

Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.

Minggu 6

Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 8

Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

Minggu 9

Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.

Minggu 10

Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.

Minggu 11 

Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.

Minggu 12

Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Minggu 13

Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.

Minggu 15

Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.

Minggu 16

Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Minggu 17

Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.

Minggu 18

Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.

Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.

Minggu 19

Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.

Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.

Minggu 20

Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Minggu 21 

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.

Minggu 22

Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.

Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.

Minggu 24

Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.

Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.

Minggu 25

Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.

Minggu 26

Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.

Minggu 28

Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.

Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Minggu 29

Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.

Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.

Minggu 30

Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.

Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.

Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.

Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.

Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

ni masa Mashu scan 13 minggu, lusa terus buat buku merah.. yang jalur putus2 tu sebab doc tengah ukur dari kepala hingga tulang punggung baby sebab nak tau usia sebenar..


macam ni la kot baby dalam perut sekarang ni..


Alhamdulillah sekarang ni kandungan Mashu dah masuk 18 minggu bersamaan 4 bulan setengah dah, tak sabar nak rasa pergerakan baby pulak lepas ni..

p/s: semoga baby sihat ye sayang kat dalam perut ibu ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...